BAB 68 🤍🤍

39 3 2
                                    

Bab 68

"PAPA!" Asif dan Amir masing masing terkejut dan hampir pengsan melihat 'duit' yang selama ini hanya Amirul sahaja tahu tempat rahsia tersebut

"A...abang simpan duit d...dalam rumah?" ini lah rahsianya. Rumah sebesar ini disimpannya duit berpuluh billion malah lebih daripada itu lagi

"Ada tempat rahsia yang kami tak tahu lagi ka papa?" Amir menyoal

"Banyak" jawab Amirul sepatah

Sekali lagi mereka berempat terkejut.

"Patutlah budak budak datang beraya seorang dapat RM100. Hairan juga bilanya papa pergi bank keluarkan duit. Oh duit ada dalam ni rupanya"

"Asif. Amir. Zayden. Kamu bertiga kumpul 20 Billion seorang. Papa dan ibu pun akan kumpul 20 Billion. Cara nak kira. Satu paket ni ada dalam 1 Juta. Jadi pandai pandai lah kira"

"Papa nak bagi cukup semua 100 Billion ka? Kalau kita tipu tak boleh ka? Bukannya dia kira betul betul pun"

"Daddy tak. Daddy akan kira betul betul. Kalau tak cukup walaupun RM1. Akan ada nyawa yang terkorban" Zayden mewakili Amirul.

"Ya betul. Sebab tu papa tak nak main main dengan dia. Dia boleh jadi gila kalau kita tipu dia. Silap hari bulan nyawa Amirah jadi taruhan nanti"

"10 paket baru 10 Juta. 100 paket 100 Juta. 1000 paket baru 1 Billion. Jadi kena ambil 20,000 paket la nak bagi 20 Billion and 100,000 paket baru cukup 100 Billion?" Asif membuat kira kira. Amirul hanya menggangguk sahaja. Kiraan yang Asif buat adalah tepat.

"Banyaknya pa. Nak angkut macam mana?" soal Amir

"Kamu bertiga akan ikut papa dan papa akan ajak Stephane sekali. Syahmi jangan ajak. Papa lagi better kalau Zayden yang ikut berbanding Syahmi sebab Syauqi tak kata dia nak Zayden. Dia kata dia nak Syahmi dan adik-adiknya yang lain. Jadi esok, papa, Stephane, Asif,Amir, Zayden dan... Pakngah akan turut serta"

"Papa nak ajak pakngah?"

"Kena ajak. Kalau dia tahu nanti tak memasal kena dengar ceramah free. Kamu tahu kan. Kalau dia tahu nanti dia akan kata 'Kau ni memang nak buat aku sakit jantung kan'. Papa malas nak dengar ayat tu. Nicko pun papa beritahu tapi papa tak ajak. Dia sakit lagi sebenarnya. Haritu tu sebab dia terpaksa ja. Ni dia sakit balik"

"Dah. Pergi kumpul. Sayang ikut abang. Kita kumpul sama-sama" ajak Amirul. Sebaik semua orang sibuk mengumpul Wang tebusan itu. Amirul mengunci pintu bilik tersebut.

Pintu itu memerlukan cap jari. Imbas muka. Password. Penyelesaian matematik dan scan body. Dan semua itu hanya Amirul sahaja boleh membukanya. Keselamatan bilik ini amat ketat. Datangkah hacker sebagus mana pun. Tidak akan boleh menggodam password yang digunakan Amirul. Amirul amat menjaganya dan kerana itu lah dia tidak memberitahu hal ini. Aiden sendiri pun tidak tahu hal ini. Hanya Amirul... Dan Stephane sahaja yang tahu.

"SIR!" panggil Stephane dari jauh. Semalaman Amirul tidak dapat tidur kerana amat risaukan keadaan Amirah dan dia juga memeriksa jika duit itu betul betul cukup ataupun tidak. Dia tidak mahu berperang dengan peluru nanti.

"Wey Mirul. Biar betul dia minta 100 Billion?" Aiden tidak percaya. Mungkin kerana jumlah itu agak banyak

"Ya. Aku tak ada pilihan lain. Nyawa anak aku den..." Aiden faham apa yang dirasakan Amirul sekarang. Nyawa anak sendiri dipertaruhkan. Kalau dulu Aiden pernah membantu Amirul ketika Amirul sendiri diculik. Sekarang dia akan bantu Amirul menyelamatkan anaknya pula.

"Okay. Baiklah. Jadi. Mana duit duit tu semua?"

"Aku minta Asif, Amir dan Zayden bawakan. Mereka dah pergi dulu" ujar Amirul

Zayden's © [ OG ]Where stories live. Discover now