BAB 41 🤍🤍

52 5 0
                                    

Bab 41

"ASSALAMUALAIKUM!" Amirul memberi salam sambil mengetuk pintu.

"Waalaikumussalam! Kejap!" kedengaran suara Adreana dari dalam

Sebaik pintu dibuka. Wajah Adreana nampak ceria

"Eh. Paklang! Masuk lah!" Adrean mengalu alukan kedatangan Amirul. Sudah lama paklangnya itu tidak balik. Lagi pun Amirul datang ni ada hal sikit dengan Aiden

"Abi ada?" tanya Amirul

"Abi tidur... Ibu ada"

"Oh... Boleh juga. Panggil ibu. Kesian pula dekat abi nak gerak" Amirul melabuhkan punggung di atas sofa yang empuk itu

"Okay. Kejap ya. Ana panggil ibu" Adreana berlari naik ke atas untuk memanggil ibunya.

Beberapa minit kemudian. Syiela turun ke bawah lalu menyuruh Adreana menyediakan air teh tanpa gula untuk Amirul.

Dah tahu dah...

"Abang Mirul... Ada apa datang? Nak jumpa Aiden ka?" Syiela datang melabuhkan punggung di atas sofa bertentangan dengan Amirul

"Ya nak jumpa Aiden. Dia tidur ka? Kalau tidur tak apa la. Tak nak ganggu dia"

"Boleh ja kalau nak gerak sebab Aiden dah lama tidur"

"Tak apa lah. Bagi dia tidur dulu" lembut Amirul menolak.

"Abang nak jumpa Aiden atas urusan apa?" soal Syiela. Mana tahu dia boleh tolong beritahu Aiden

"Hal adik beradik... Ada sikit nak bincang"

"Kenapa... Syiela pun adik beradik abang juga... Tak nak kongsi?" Syiela memujuk Amirul.

"Boleh..." Amirul ingin mulakan cerita

"Abang datang nak bincang tentang Syauqi... Amirah..."

"Kenapa bang? Ada masalah ka?"

"Syauqi tak suka family abang... Dia nak jadikan Amirah sebagai mangsa. Amirah pula nak mengaji di luar negara. Abang risau sebab dia orang boleh buat apa sahaja dekat Amirah... Abang takut Amirah... Di apa apakan" perlahan sahaja suara Amirul. Dia takut.

"Dia nak sambung belajar dekat mana?" tanya Syiela

"Mesir"

"Oh ya ka? Bagus lah tu. Dia pergi tempat bagus abang... Allah jaga dia. In Syaa Allah. Tak ada apa-apa akan terjadi. Abang jangan risau ya?" suara lembut Syiela tidak pernah berubah daripada dulu

"T...tapi" Amirul masih ragu ragu. Kenapa kali ini dia rasa susah nak terima.

"Jemput minum paklang" Adreana meletakkan secawan teh panas tanpa gula. Dah tahu dah, Amirul memang tak minum manis

"Terima kasih ana" Amirul mengucapkan terima kasih lalu menghidup dengan perlahan air teh itu.

Adreana kembali ke dapur untuk membersihkan apa yang patut.

"Abang buat lah solat istikharah. Allah akan bantu abang dan berikan petunjuk" cadang Syiela

"Abang dah buat... Jawapannya Amirah pergi tapi tak tahu kenapa... Hati ni tak boleh terima dan masih risaukan keadaan Amirah..." Amirul tidak tahu apa yang perlu dia lakukan. Dia sudah buat solat istikharah setiap hari. Jawapannya sama tapi hatinya menidakkan perkara tersebut

"Firasat abang kut... Tak apa. Yang penting abang percaya dengan Allah. Allah itu maha melindungi. Dia akan lindungi Amirah" Amirul menggangguk faham. Sudah banyak jawapan begini dia terima. Mungkin dia perlu terima dan memujuk hatinya untuk menerima.



Zayden's © [ OG ]Where stories live. Discover now