Bab 24
JOHARI ingin membawa kesemua ahli keluarganya itu keluar makan tetapi kasihan akan Asif. Dia tidak dapat turut serta. Akhirnya Johari memanggil tukang masak dari restoran yang dia ingin membawa ahli keluarganya itu memasak di rumah Amirul
Johari dapat bermain bersama anak kepada cicitnya. Seronok mereka dapat bermain bersama.
Mirza bertanya kepada Amirul tentang Johari. Dia sendiri pun terkejut melihat atuk kepada Amirul datang.
Atuk wey! Atuk!
Amirul dan Mirza pun dapat cucu dah. Ini kan pula atuk Amirul. Belum meninggal lagi.
Alhamdulillah.
"Kena panggil nonno ka?" soal Mirza.
"Atuk pun dah okay Mirza" jawab Johari. Setelah berbual. Johari selesa dengan ahli keluarganya
Semuanya ahli agama. Bila ditanya Fateh bagaimana? Jawab Fateh ialah Amirul yang mengajar mereka dan mendidik mereka semua menjadi begitu.
Johari terharu.
Dirinya pun bukanlah baik mana. Dia dahulu ketika muda pun sama seperti Jefrey. Perbuatan jenayah itu sudah terlalu biasa baginya.
Namun apabila dia teringat akan Amirul dan apa yang berlaku terhadap Jefrey dan apa yang Jefrey memberitahunya seminggu sebelum Jefrey ditangkap. Memang menusuk hati Johari
Dia rasa ingin dekat dengan Amirul supaya Amirul dapat membimbingnya seperti mana dia ingin membimbing Jefrey meskipun Jefrey menolak.
Dan ya. Pada hari Jefrey ditangkap. Jefrey ingin meminta maaf namun semuanya itu ditunda kerana dia diserang Hendra. Hendra tidak akan pernah lari dari barannya. Sekarang pun masih baran cuma kurang sikit.
Mungkin sebab dah ada cucu.
"Kenapa nama kamu Amin?" Amirul menyoal Amin yang sedang bermain bersama Fateh dan yang lain
"Sebab mak saya suka nama tu" balas Amin
"Nama penuh kamu apa?"
"Nama saya Muhammad Amin Hudzaifah" jawab Amin
"Oh... Urm bukan apa. Sebab nama kamu tu sama dengan nama arwah anak saya" Amirul teringat kembali akan anak syurganya itu
"Anak tuan?"
"Ya. Anak saya. Isteri saya gugur waktu tu. Terpaksa lahirkan dia walaupun nyawa dia Allah nak ambil. Sifatnya sempurna. Saya namakan dia Amin Hazrullah. Dia tidak sempat lahir ke dunia. Hanya di kandungan ibunya yang ketika itu baru nak masuk enam bulan"
"Oh... Maaf tuan saya tak tahu"
"Tak apa..."
"Asif macam mana dah?" soal Johari. Dia dapat tahu tentang Asif demam itu tadi.
"Dia... Demam lagi tu nonno..." jawab Amirul
"Esok nonno nak keluar jalan jalan. Kamu nak ikut tak?" soal Johari. Bertanyakan kepada Amirul
"Hm tak tahu lah nonno. Amirul nak jaga Asif dan Husnina dan Arrian"
"Don't worry. Amin dan Imran boleh jaga. Nonno nak spend time with my beloved grandson. Can you?" Johari ingin mengajak Amirul bersiar siar. Dia ingin bersiar dengan cucunya itu
"Hm..." Amirul berfikir sejenak.
"Okay. Fine" Amirul bersetuju. Dia akan keluar bersama nonnnonya hari ni
"Bisnonno nak pergi mana esok? Amirah nak ikut boleh? Ingat nak ajak Zayden sekali sebab Zayden ajak keluar esok. Boleh kan papa?" Amirul hampir lupa tentang Zayden dan Amirah. Amir ada beritahu yang Zayden ingin membawa Amirah keluar bersiar

YOU ARE READING
Zayden's © [ OG ]
Fanfiction[ KARYA KETIGA ] [ SEKUEL AMIRUL HAZEER : REVENGE MISSION ] DATELINE START : 22/7/2024 END :