BAB 75 🤍🤍

42 5 1
                                    

Bab 75

"PAKCIK dilahirkan tak macam orang lain. Pakcik ada masalah otak sejak kecil dan pakcik juga ada penyakit jantung. Pakcik speech delay sampai umur tujuh tahun. Ayah pakcik tak macam orang lain. Pakcik pun bukanlah baik sangat. Pakcik dilahirkan sebagai... Anak... Tak Sah taraf... Tapi pakcik tak kisah semua tu sebab pakcik bangga ibu pakcik mampu lahirkan dan besarkan pakcik walaupun ayah pakcik... Suka dera pakcik" Amirul bercerita tentang kisah dirinya kepada mereka. Dia buat solat istikharah sehari yang lepas sama ada dia boleh ataupun tidak untuk menceritakan tentang hal ini.

"Ni tandanya" Amirul menyelak lengannya. Ada kesan lebam di situ

"Uish"

"Ni tanda yang ayah pakcik suka dera pakcik. Ayah pakcik suka dera pakcik sejak kecil sampai lah umur pakcik 17 tahun. Lepas 17 tu pakcik tak kena dera sebab pakcik lari rumah dengan adik pakcik"

"Ibu pakcik macam mana?" tanya Wafiy

"Ibu pakcik meninggal waktu pakcik umur 14 tahun. Waktu tu memang dunia pakcik terasa gelap sebab lepas dari tu... Abang pakcik bawa pakcik, adik pakcik dan ada lagi seorang abang pakcik dan kakak pakcik keluar dari rumah tu tapi ayah pakcik dapat tahu dan marah. Ayah pakcik sasarkan pakcik dan adik perempuan pakcik. Kami berdua kena angkut dengan ayah pulang ke rumah manakala abang abang dan kakak pakcik sempat melarikan diri. Abang bertemu dengan abang sulung pakcik lepas habis SPM" sambung Amirul

"Kemudian... Ada satu kejadian berlaku yang di mana ia meragut nyawa adik perempuan pakcik. Waktu tu sekali lagi pakcik rasa dunia pakcik gelap selepas kematian arwah ibu pakcik. Pakcik bergegas nak bawa adik pakcik ke hospital walaupun pakcik tahu dia dah tiada. Tapi malang tak berbau. Pakcik kemalangan dan pakcik tak sempat solatkan jenazah arwah adik pakcik sebab pakcik koma agak lama. Bila pakcik dah bangun. Pakcik amnesia. Nama pakcik pun pakcik tak ingat"

"Habistu macam mana sekarang pakcik boleh ingat semua tu?" tanya Firdaus

"Waktu umur pakcik 31 ataupun 32. Pakcik tak ingat. Pakcik ingat semula apa yang berlaku. Sebelum dari tu pakcik susah sangat nak kembalikan ingatan. Macam macam cara pakcik buat. Sampaikan rahsia sebesar itu pun pakcik tak pernah tahu"

"Abang pakcik tak ceritakan tentang pakcik ka?"

"Tak. Dia cerita sikit ja sebab dia kata dia tak nak pakcik teringat benda tu. Dia tak nak pakcik ingat dan trauma dengan apa yang pakcik lalui waktu zaman kanak-kanak pakcik. Waktu pakcik remaja paling mencabar. Dengan keluarga. Kawan kawan dekat sekolah. Kena buli. Mental pakcik sampai tak boleh nak kawal. Pakcik kena jumpa dengan psikiatri. Syukur dapat psikiatri yang betul betul care dengan pakcik. Dia anggap pakcik macam adik dia. Kalau boleh pakcik nak jumpa dia. Rasanya dia hidup lagi tapi tak tahu dia duduk mana sekarang"

"Patut saya nampak pakcik macam matang" ujar Hadif. Yang lain hanya menggangguk. Mengiyakan apa yang Hadif kata

"Anak pakcik yang perempuan ni... Susah juga pakcik nak dapatkan dia. Sebab sebelum kelahiran dia. Pakcik dan isteri pakcik dikurniakan cahaya mata yang sudah jadi tiket kami ke syurga. Dia meninggal dalam perut sebab orang suruhan ayah pakcik. Ayah pakcik masih ganggu pakcik waktu tu. Anak pakcik meninggal sebab mereka. Pakcik reda. Tapi kadang kadang pakcik rasa kehilangan tu" semua orang berasa kasihan mendengar cerita Amirul. Mereka berasa sangat bersyukur kerana hidup mereka tidak seperti Amirul

"Walaupun ayah pakcik kaya. Tapi... Kami tak bahagia. Pakcik cuma bahagia dengan ibu dan adik beradik pakcik"

"Sekarang ayah pakcik macam mana?" tanya Taufiq

Amirul mengukirkan senyuman sebelum dia bercerita

"Ayah pakcik pembunuh" semua orang terkejut. Tapi Amirul nampak tenang sahaja.

Zayden's © [ OG ]Where stories live. Discover now