BAB 74 🤍🤍

32 5 1
                                    

Bab 74

"NAH" Amirul memberikan sebekas buah strawberry untuk anak perempuannya itu.

"Wah! Strawberry. Terima kasih papa" Amirah gembira kerana dapat strawberry daripada papanya

Amirah baru pulang daripada orientasi bersama dengan kakak kakak senior. Ketika pulang Amirul kebetulan ingin berjumpa dengan Amirah dan dia juga kebetulan terjumpa Amirah

Rakan rakan Amirah melihat Amirah yang berjumpa dengan papanya itu.

"Papa dah makan ka? Macam mana rumah sewa tu? Okay tak?" tanya Amirah prihatin

"Semuanya okay. Alhamdulillah. Papa dah makan. Kamu dah makan ka?"

"Dah. Tadi mereka bagi makan nasi beriani. Amirah ada ambil lebih satu. Papa nak?"

"Tak apa. Kamu simpan ja untuk satgi"

"Tak boleh pa. Satgi ada makan lagi takut tak habis pula nasi ni. Papa ambil lah" Amirul mengambil plastik itu dari Amirah. Nasi beriani eh. Bau macam sedap.

"Hm ya la. Anak papa okay ka?"

"Okay ja pa. Tak ada apa-apa pun berlaku. Papa jangan risau ya" Amirah masih meyakinkan Amirul. Walaupun sudah sampai di sini tetapi ia masih baru.

"Ya. Anak papa nampak gembira"

"Hehehe"

"Amirah! Cepat! Nanti akak fasi marah" Amirah terdengar rakannya memanggil namanya

"Oh okay! Papa. Amirah minta diri dulu ya. Papa jaga diri juga tahu" Amirah menyalam Amirul. Amirul tersenyum melihat anaknya gembira berada di sini. Dia tidak perlu risau apa-apa.



AMIRUL tidak tahu apa yang boleh dia lakukan. Dia sedikit bosan kerana tiada cucu untuk dia bermain. Telefon dia dah muak.

Amirul ingin mencari satu hobi supaya dia tidak terlalu bosan tinggal di sini. Nak jalan jalan. Dia mencari di sosial media tempat yang menarik dan dekat yang boleh dia pergi.

Amirul ingin ke masjid Al Azhar. Boleh la juga dia ingin menambah pahala membaca Al Quran dan melaksanakan solat sunat sementara menunggu solat fardhu yang seterusnya.

Amirul melihat ada sekumpulan pelajar sedang mengaji bersama Sheikh mereka. Amirul ingin turut serta. Dia turut mendengar apa yang diajar Syeikh tersebut.

Amirul rasa tenang apabila di sini. Dia tiba-tiba berfikir. Jika di sini sudah tenang rasanya apatah lagi di tanah Haram. Mesti ketenangan itu akan lebih lebih indah lagi






MIRZA termenung seorang diri di dalam bilik guru. Fikirannya masih teringatkan Amirul. Dia sudah rindu akan suaminya itu. Walaupun dia pernah hidup tanpa Amirul selama enam tahun tetapi kali ini dia rasa betul betul meronta ingin memeluk suaminya lagi.

"Haih Mirza. Menung jauh kenapa?" Fikri masih bekerja di situ sebagai guru Bahasa Melayu dan Geografi. Bilik gurunya di tempat lain tetapi saja dia ingin berjumpa dengan Mirza kerana dia mendapat mesej daripada Amirul supaya jagakan Mirza untuknya apabila di sekolah.

"Tak ada apa. Tengah risau ni anak-anak SPM macam mana sekarang" hari ini pelajar SPM menduduki mata pelajaran matematik tambahan.

Hampir 20 Tahun lebih Mirza mengajar. Mata pelajaran matematik tambahan lah paling susah untuk peratus naik. Mirza berharap tahun ini akan ada perubahan kerana peratus pelajar yang cemerlang matematik tambahan agak tinggi berbanding tahun tahun yang lepas. Peperiksaan percubaan mereka pun kebanyakkannya mendapat B+ dan keatas. Mirza bangga dengan anak muridnya yang mampu berjuang dalam menuntut ilmu.

Zayden's © [ OG ]Where stories live. Discover now