Bab 62
"UNCLE! Mak ada buat kuih ni. Uncle makan ya?" Syahmi memberikan sebekas karipap untuk Amirul
"Terima kasih. Oh ya. Kamu nak ikut uncle tak? Bawa adik-adik sekali. Mak pun boleh"
"Pergi mana uncle?"
"Kita nak pergi mall. Nak pergi tak? Kita sambut keputusan SPM kamu dan Amirah sekali. Amirah ajak Zayden juga. Nak ikut tak?" mendengar nama Zayden itu Syahmi tiba-tiba menjadi ragu ragu.
"Pergi je lah nak. Kita pergi sama-sama ya?" emaknya tiba-tiba datang dari belakang
"Tapi mak..."
"Ini lah masanya untuk kamu berbaik" emaknya memujuk
Syahmi tidak sampai hati ingin menolak. Akhirnya dia ikut sahaja Amirul ke Mall bersama-sama dengan mak dan adik-adiknya.
AMIRUL membawa mereka semua makan di Johnny's. Sesuai dengan permintaan Amirah.
Boleh dikatakan keseluruhan kedai itu dipenuhi ahli keluarganya.
Amirul. Mirza. Asif. Luthfia. Amir. Alicia. Amirah. Syafiq. Syariq. Zayden. Fateh. Arrian. Damia. Amar. Syahmi. Mak Syahmi dan lagi lima orang adik Syahmi.
Johari dan anak-anaknya juga dipanggil Amirul. Boleh kata satu tempat itu mereka sudah booking untuk 'mereka' semua.
Zayden berasa gembira melihat keluarga ini bahagia. Dia rasa dia ialah sebahagian daripada mereka.
"Amirah..." Zayden mengeluarkan sebuah kotak kecil untuk Amirah lalu diberikan kepadanya.
"For you..." Zayden menolak dengan perlahan kotak tersebut.
Amirah juga perlahan mengambil kotak tersebut daripada Zayden
"Buka dekat rumah. Jangan dekat sini. Malu ah" muka Zayden merah padam. Amir sudah tahu apa isinya. Kerana Amir lah orang pertama yang melihat hadiah itu sebelum Amirah.
Amirah menyimpan kotak tersebut.
"Mi..." panggil Zayden. Syahmi mendongak memandang abangnya
"Ikut abang kejap. Meh sini" ajak Zayden. Syahmi teragak agak. Dia melihat emaknya. Emaknya menggangguk sahaja.
Syahmi mengikut Zayden.
"Jalan jalan dengan abang jom" ajak Zayden
Syahmi tidak tahu ingin menolak ataupun tidak.
"Jom lah... Abang nak belanja kamu ni" senyuman Zayden nampak ikhlas
Syahmi teragak agak. Dia menggangguk sahaja.
Zayden terus menarik tangan Syahmi untuk bersiar siar di dalam pasaraya itu.
Amirul hanya melihat bayang mereka berdua hilang. Dia rasa gembira melihat dua beradik itu ingin membaik
"Perhatikan mereka" bisik Amirul
"Tak perlu pa. Amir yakin. Mereka berdua tu okay" Amir sudah perhatikan Syahmi agak lama. Mungkin Syahmi sudah biasa. Lagi pun kalau Syahmi nak buat apa-apa. Amir minta kepada Zayden untuk melawan.
TANGAN Syahmi tidak lepas dari genggaman Zayden. Orang di keliling mereka melihat mereka agak pelik kerana Zayden memegang tangan Syahmi
"Adik abang nak apa?" tanya Zayden. Syahmi hanya menggeleng. Dia tidak tahu apa yang dia ingin balas. Matanya hanya melihat tangan Zayden menggenggam tangannya. Dia rasa janggal.
Zayden tahu Syahmi janggal. Akhirnya Zayden melepaskan tangan Syahmi darinya. Mungkin Syahmi tidak selesa
"Nak beli apa-apa tak? Abang nak belanja ni. Sempena keputusan SPM kamu" Zayden masih memujuk. Syahmi masih diam tidak berkata.

YOU ARE READING
Zayden's © [ OG ]
Fanfiction[ KARYA KETIGA ] [ SEKUEL AMIRUL HAZEER : REVENGE MISSION ] DATELINE START : 22/7/2024 END :