1

143 5 3
                                    

Dia berlari dengan sangat laju untuk masuk ke dalam kelas. Dia sudah sangat-sangat lambat dan itu membuatkan dia takut. Harini kelasnya adalah kelas dengan guru yang boleh dikatakan kejam.

Baru saja dia nak membuka pintu kelas, dia mendengarkan seseorang bercakap dan bukan suara sang guru.

"Hwang Hyunjin, murid pindahan. Semoga kita boleh berkawan." Itu yang didengarinya. Ada budak baru?

"Mana Han Jisung? Lambat lagi?" Suara petir sang guru terdengar membuatkan dia terkejut. Dia terus membuka pintu dan masuk ke dalam kelas. Memberikan sengihanya.

"Seam.."

"Kamu ni Jisung! Bila nak berubah?! Dah pergi duduk, kalini je saya maafkan kamu." Jisung tersenyum dengan ceria dan berjalan untuk ke tempat duduknya. Dia melihat sosok yang tidak dikenalinya.

Jisung mendudukan dirinya di sebelah sang kekasih.

"Dia siapa?"

"Hyunjin. Budak baru." Kata Eric dengan tenang. Memberikan Jisung sebungkus roti seperti biasa. 

"Ouhhh handsome."

"Ekhem." Jisung tersengih memandanng Eric yang nampak jealouse.

"Puji sikit tak boleh."

"Yang belakang tu! Jangan nak bercinta sangat!" Dan keduanya mula focus dengan pembelajaran. Sehinggalah jam rehat.

"Nak makan apa? Ric pergi belikan."

"Macam biasa." Eric menganggukan kepala dan berjalan untuk pergi ke kantin. Jisung melihat lelaki di depanya itu. Masih sedang berkemas. Dia mengetuk perlahan kerusi lelaki itu sehingga menoleh.

"Aku Han Jisung." Lelaki itu melihat tangan Jisung yang ingin menyalamnya.

"Kekasih kau tak marah?"

Jisung hanya tergelak kecil dan menarik semula tanganya. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tidak tahu lagi mahu mengatakan apa sebagai pengenalan.

Lelaki itu bangun dan berjalan keluar daripada kelas. Dia tidak melihat Jisung langsung membuatkan Jisung mencebik.

()()()()()()()()()()()()()()()()

"Ric tak suka sangatlah dengan si Hyunjin tu." Jisung memandang Eric dengan kerutan di dahinya. Baru 2 minggu mereka sekelas bersama dan sudah tidak suka?

"Kenapa?"

"Dia macam terlalu sombong."

"Dia introvert kot." Kata Jisung dengan senyuman dia. Eric hanya mengangkat bahunya saja. Tidak tahu mahu mengatakan apa dan tidak mahu mengatakan tentang lelaki itu lagi.

Jisung menghirup supnya sehingga selesai, tiba-tiba dia merasa ingin ke tandas, jadinya dia bangun dan berjalan untuk ke tandas.

Saat sampai di tandas, dia masuk ke dalam tandas dan mula membuang hajatnya. Setelah selesai dia mencuci tangan namun dia terlihat Hyunjin yang juga baru keluar tandas.

"Ouh hai!" Hyunjin hanya menganggukan kepala dan mencuci tanganya. Jisung berjalan keluar daripada tandas.

"Dia sakit ke? Kenapa muka dia merah?" Tanya Jisung sendirian. Setelah itu dia berjalan untuk kembali ke meja makan. Dia melihat Eric yang masih sedang menghabiskan makanan.

"Eric, Jisung masuk kelas dululah."

"Okay." Jisung mengambil begnya dan berjalan untuk pergi daripada sana. Saat dia masuk ke dalam kelas dia melihat Hyunjin sudah ada di mejanya sambil memandang handphone.

"Hyunjin," saat Jisung menegur, Hyunjin memandangnya sambil menyimpan handphone nya sendiri. Dia memandang ke arah Jisung dengan mata tajamnya.

"Kau sakit ke? Muka kau merah." Katanya dengan perlahan. Dia mendudukan dirinya di sebelah Hyunjin.

CulikWhere stories live. Discover now