8

44 0 0
                                    

"Kau berjaya." Jisung memusingkan badanya melihat Felix yang ada di depan pintu bersama dengan Haechan. Jisung memandang keduanya dengan senyuman dia.

"Aku tak sangka kau berjaya." Katanya dengan senyuman dia. Felix dan Haechan mendudukan diri dan memandang ke arah Jisung.

"Mesti kau ada sebab lain kenapa kau nak tolong kami kan?" Jisung berhenti daripada melipat kain bajunya. Dia membetulkan duduknya lalu memandang ke arah Felix dan Haechan.

"Aku cuma nak tahu kenapa aku ada dekat sini." Haechan membuang nafas.

"Ada benda kau boleh tahu ada benda kau tak perlu tahu." Katanya dengan tenang. Lalu berjalan keluar daripada sana.

"Maksud Haechan apa?"

"Takde apalah, jomlah makan sekali." Felix berjalan pergi daripada sana. Jisung berkerut dahi masih tidak faham. Jisung sangat yakin semua yang ada dalam rumah ini menyembunyikan sesuatu.

Punca kenapa Hyunjin takut untuk tidur dan makan ubat. Trauma apa yang dialami Hyunjin dan sebab kenapa dia ada di sini. Semuanya tahu tetapi dirahsiakan.

Sementara membantu Hyunjin, dia juga akan mencari jalan sendiri untuk mengetahui semuanya. Dia menyelesaikan semuanya dan berjalan keluar.

Seperti biasa, dia akan diikuti Jaemin dan Mingyu untuk bersama. Sebagai bodyguard Jisung di rumah ini.

Jisung mendudukan diri dan mula menikmati makan bersama dengan Haechan dan Felix. Sesekali akan berbual mengenai isu semasa. Tiba-tiba pintu rumah terbuka dan-

"Aku cakap aku tak nak aku tak nak!"

"Eh cuba kau dengar cakap aku! Kau nak sakit kau makin teruk? Kau tahukan benda ni boleh jadikan kau gila?"

"Aku hidup macam ni pun dah buat aku gila lah hyung! Jadi aku tak perlukan ubat bodoh ni untuk pulihkan gila aku."

BRAK

Botol pill itu dirampas lalu di campak ke dinding sehingga isinya terabur. Hyunjin terus berjalan ke atas dan-

BALM!

"SIAL!" Kesal Mark dan keluar daripada rumah itu. Pintu rumah juga dihempas dengan kuat.

"Sekali lagi?"

()()()()()()()()()()()()()()()()

"ARRGHH SIAL!" Marahnya sambil menghempas semuanya. Dia mendudukan dirinya bersandarkan dinding. Dia mengusak rambutnya dengan kusut.

Dia tidak faham kenapa mereka semua paksanya untuk melakukan semua benda. Dia cuma ingin perkara itu hilang dengan sendiri tanpa perlu dia berhadapan dengan trauma nya.

TOK TOK TOK

"Hyunjin, aku masuk boleh?" Tidak perlu menunggu jawapan Jisung masuk ke dalam bilik yang sudah bersepah itu. Dia berjalan masuk dan mendudukan diri di depan Hyunjin. Lelaki itu hanya memeluk kakinya.

"Kau ada sakit mana-mana? Bilik kau banyak barang kaca dan berat." Hyunjin mengangkat kepalanya.

Jisung memberikan senyuman kecilnya. Senyuman yang menenangkan Hyunjin seperti selalu.

 Senyuman yang menenangkan Hyunjin seperti selalu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
CulikWhere stories live. Discover now