6

38 1 0
                                    

"Terima kasih seam." Namjoon menganggukan kepalanya. Dia berkemas dan berjalan keluar. Jisung mengeluh perlahan sambil menyandarkan dirinya.

Dia melihat sekeliling. Keadaan rumah sepi. Tiada siapa di sini, Felix tidak akan datang harini kerana dia ada kelas tambahan. Dia sudah beritahu semalam.

"Ekehem." Ada deheman daripada tangga membuatkan Jisung menoleh memandang ke arah tangga. Hyunjin yang baru saja turun ke tangga membuatkan dia berkerut.

"Kau tak sekolah?" Hyunjin terkejut dengan teguran itu. Dia memandang ke arah Jisung lalu menggeleng.

"Kau sakit?" Hyunjin ditarik dan Jisung memegang dahi Hyunjin. Dia meraskan panas yang ringan membuatkan Jisung memandang Hyunjin.

"Kau duduk sini, aku amik kau air dengan ubat."

"Jisung..." Suara serak Hyunjin menghentikan Jisung. 

"Aku tak perlukan ubat, hanya air." Kata Hyunjin dan Jisung hanya menurut. Dia berjalan untuk pergi ke dapur dan mula mengambil gelas.

"Jisung nak minum air manis?"

"Eh tak ahjumah, untuk Hwang. Dia sakit." Kata Jisung sambil mengambil air suam. Ahjumah Ying menganggukan kepalanya.

"Kalaulah Hyunjin tak takut untuk makan ubat." Jisung yang mendengarkan itu hanya diam. Dia kembali ke arah Hyunjin yang sudah melelapkan matanya.

Setelah memberikan minuman Jisung memandang Hyunjin yang nampak sangat lemah.

"Kau boleh tidur dulu. Janganlah paksa diri untuk sedar."

"Kalau aku boleh tidur dengan mudah."

"Maksud kau?" Hyunjin menggelengkan kepalanya dengan perlahan. Hyunjin hanya melelapkan matanya dengan perlahan.

Jisung sendiri hanya mengemas buku-buku yang ada. Dia melihat ke arah Hyunjin yang masih baring di sofa membuatkan dia mengeluh.

"Kau nak bubur?"

"Kau bukan boleh masak."

"Setekat bubur tu boleh je." Katanya dan berjalan kedapur. Hyunjin membuka sebelah mata melihat Jisung. Ada senyuman kecil di bibirnya.

Di dapur Jisung berhenti seketika-

"Macam mana dia tahu aku tak pandai masak?"

()()()()()()()()()()()()()()()()

"Kau susah nak makan ubat dan kau sakit. Boleh tak sekali je jangan ego. Melarat nanti."

"Hyung...dah bertahun aku macam ni."

"Sebab dah bertahun lah kau kena ubah. Makanlah ubat ni Hyunjin." Paksa Haechan sambil menghulurkan ubat. Dia memandang ke arah Haechan dan Mark yang masih memaksanya.

Hyunjin menggelengkan kepalanya dengan perlahan. Masih menolak dengan sangat keras. Akhirnya Haechan dan Mark mengalah. Tidak lama itu Felix dan Minho masuk ke dalam rumah itu.

"Ada apa ni?"

"Adik kau nilah." Keluh Mark memandang ke arah Hyunjin dengan jelingan. Felix dan Minho hanya membiarkan saja.

"Jisung mana?" Tanya Felix melihat sekeliling.

"Tidur mungkin." Kata Hyunjin dengan keluhanya. Felix ingin pergi berjumpa Jisung namun Hyunjin menahan seketika.

"Please...jangan buat apa-apa yang memberikan Jisung hint tentang penculikan ni."

"Jin, aku sendiri tak tahu kenapa kau culik dia. Bawa dia masuk dalam rumah yang kau duduk sekali. Trauma kau masih belum pulih kalau aku tak salah."

Hyunjin memandang Felix dengan tajam.

"Jangan pandang aku dengan mata tajam kau tu. Kau cuma manusia bodoh yang biarkan trauma kau hantui hidup kau." Hyunjin bangun dan mencengkam kuat kolar baju Felix.

"Kau jangan berlagak kau tahu apa yang jadi dalam hidup aku."

"Yang kau cengkam tu isteri aku Hwang. Kalaupun kau tak hormat dia sebagai abang ipar sepupu kau, hormat aku sebagai abang sepupu kau." Minho menjatuhkan tangan Hyunjin.

"Fuck off!" Marahnya dan berlalu pergi.

()()()()()()()()()()()()()()()()

"You know you shouldn't say that to him? You don't know anything about his past life."

"I'm just upset with his behavior."

"Whatever he does and even if you are upset with him, don't hurt him. He is still in treatment and we are afraid it will affect his treatment. In this matter Jisung is not wrong. Maybe he can be one of the medicines we are looking for."

Felix mengeluh perlahan. Meskipun Minho menasihatinya dengan nada yang lembut, dia masih dapat merasakan Minho sedang memarahinya.

"Do not force someone who does not want to recover. Do not give medicine to him who does not want to be healthy." Felix mengatakan itu dan berjalan pergi.

Ada rasa kesal dalam nada Felix. Minho hanya membiarkan saja isterinya menenangkan diri. Tidak lama itu dia melihat seseorang turun daripada tangga.

Itu kali pertama Minho melihat Jisung begitu juga dengan Jisung. Jisung nampak sedikit awkward melihat Minho.

"Hai. Aku Lee Minho, suami Felix." Minho memperkanalkan diri. Jisung nampak beroh saja mendengar pengenalan itu. Jisung tahu dia tidak perlu kenalkan diri kerana semua dalam rumah ini tahu.

Jisung meminta diri untuk pergi ke dapur. Minho kembali mendudukan diri dan tidak lama itu Mark menghampirinya.

"Kenapa?"

"Aku rasa kita memang kena paksa Hyunjin makan beberapa pill. Aku perhatikan hypnagogic dia makin teruk."

Minho memandang Mark lalu menghela nafas dalam dengan perlahan. Dia menepuk perlahan bahu Mark.

"Aku serahkan yang terbaik kepada kau Mark. Aku tahu kau boleh buat."

"Aku perlukan seseorang untuk bantuan." Mark mengatakan itu tepat dengan Jisung keluar daripada dapur. Dia memandang ke arah Jisung.

"Aku perlukan dia."

"Tapi kau tahukan ada sesuatu yang patut kita ceritakan."

"Ceritakan mana yang patut je."

()()()()()()()()()()()()()()()()



CulikWhere stories live. Discover now