13

31 3 0
                                    

"Dia dibebaskan tahun lepas atas perilaku baik."

"BULLSHIT! Perilaku baik? Dia tu hampir bunuh budak 13 tahun tau!" Geram Minho mendengarkan itu. Dia bahkan ingin melemparkan sofa yang dia duduk itu.

Felix cuba menenangkan lelaki itu. Dia memandang ke arah abangnya Lee Taemin yang ada di depan sana. Taemin menganggukan kepalanya dengan perlahan.

Minho memicit kepalanya dengan perlahan. Dia memandang ke arah Felix lalu membuang nafas dalam.

"Adik aku tersiksa dan dia boleh bukak kedai?" Tanya Minho masih cuba menahan amarahnya. Felix berdehem kecil lalu memandang Minho.

"Hyunjin...akan ke Itali balik?" Minho memandang Felix lalu menggelengkan kepalanya dengan perlahan. Dia tidak mahu kehilangan sang adik lagi.

Setelah berjumpa dengan abang ipar, dia berjalan keluar daripada balai dengan Felix. Masuk ke dalam kereta lalu membuang nafas dalam dengan perlahan.

"Hyung sabar okay."

"Sabar?"

"Mark hyung pun takkan lepaskan patient dia macam tukan?"

"Hope so. Haaaahh Lix nak makan?" Tanya Minho dengan senyuman dia. Felix menganggukan kepalanya dan berjalan untuk pergi.

Dia mula memandu untuk ke sebuah restaurant yang ada. Setelah sampai dia melihat ke arah Felix yang termenung diluar tingkap.

"Kenapa sayang?"

"Hyung...Felix terfikir. Macam mana kalau benda tu jadi pada kita? Kenapa takdir mereka waktu itu kejam?" Minho membawa isterinya ke dalam pelukan.

Felix memang berhati lembut. Jadinya dia faham kalau Felix banyak terasa dengan kejadian dan kes itu.

"Mungkin itu memang dah jadi takdir mereka." Itu saja yang mampu dikatakan Minho bagi memujuk Felix dengan lembut.

()()()()()()()()()()()()()()()()

"Aaaaa?"

"Berapa kali aku cakap, aku bukan budak kecik." Jisung tetap berkeras untuk menyuap bubur. Hyunjin menerimanya dengan baik sambil tersenyum.

"Aku rindukan waktu tu."

"Waktu indah itu jangan dirindu."

"Kenapa?"

"Sebab ada waktu yang duka. Biarkan sekarang indah je semua." Hyunjin mengusap kepala Jisung.

"Aku minta maaf."

"Kenapa?"

"Walaupun kau tak ingat, aku tetap nak minta maaf. Aku akan selalu minta maaf sebab aku gagal jaga kau." Katanua dengan perlahan. Jisung meletakkan mangkuk itu lalu menarik kepala Hyunjin.

"Aku tak ingat apa-apa Jin, tapi aku sangat yakin kau jaga aku sampai selamat." Hyunjin memandang mata Jisung.

Sekilas dia teringat mata merah yang bengkak dengan air mata yang mengalir. Wajah pucat memohon semuanya untuk berhenti.

"Jisung-ah."

"Aku tak nak dengar permohonan maaf. Aku nak kau makan bubur dan sihat."

"Aku dapat apa?"

"Dapat sihat dan bawak aku jalan-jalan. Kau tahu tak aku bosan duduk sini." Hyunjin menganggukan sambil tertawa.

Mark dan Renjun yang dihujung sana masih memerhatikan lelaki itu. Renjun mengeluarkan handphone nya dan mencatatkan sesuatu.

"Dia akan ke Itali? Perawatan di sana lebih tenang, hyung kata dia berjumpa dengan penjahat tu." Mark memicit kepalanya dengan perlahan. Dia memandang Renjun lalu menggelengkan kepala.

"Minho hyung tak bagi. Katanya perawatan akan dijalankan dekat sini apapun resikonya."

"Ta-"

"Hyunjin pun dah setuju." Keluahan keduanya dilepaskan. Mereka kembali melihat kedua pasangan itu. Memang sekarang menjadi tugas mereka untuk memerhatikan perkembangan Hyunjin.

"Jun balik hospital dulu, kalau ada apa-apa bagitahu Jun."

()()()()()()()()()()()()()()()()

Berus itu dicelupkan ke dalam bekas yang berisi air. Dia membuka headphone nya dengan perlahan. Melihat lukisan yang baru dia lakukan.

"Mulai sekarang terapi kau cuma satu. Aku dengar daripada Puan Hwang kau minat melukis. Jadi kalau kau rasa stress, takut dan susah untuk tenangkan diri kau boleh melukis. Lepaskan pada lukisan."

"Apapun?" Renjun menganggukan kepala. Dia mengeluarkan sebuah kotak besar dan berikan kepadanya.

"Ini barang lukisan pertama kau. Aku akan hantar link untuk kau beli barangan dekat sini."

Dia kembali bangun dan ingin mengambil warna yang berbeza. Tiba-tiba dia mendapat panggilan membuatkan dia mencapai handphone nya. Tidak peduli dengan tangan yang masih ada catnya.

"Humm wea?'

"Kau tak tidur lagi?"

"Aku mana pernah tidur."

"Esok boleh kita jumpa sekejap. Ada benda aku nak kena bagitahu kau."

"Okay." Panggilan dimatikan. Hyunjin bersandar memandang lukisan itu semula. Dia mengesat peluh yang ada.

"HYUNJIN! TOLONG AKU! HYUNJIN!"

Tanganya laju memegang dadanya. Memejamkan mata dengan rapat lalu mengira daripada belakang. Dia keluar daripada bangsal itu sambil mengatur nafasnya.

"Kau masih dekat sini?" Hyunjin terkejut melihat Jisung ada di depanya. Jisung mendekat lalu memeluknya dengan erat.

"Hyunjin-ah...hentikan semuanya. Jangan fikirkan lagi. Aku dah tak kena ikat, aku dah tak kena siksa. Aku sekarang dah ada dengan aku."

Hyunjin memandang Jisung. Jisung memberikan senyuman dia.

"Aku dah tunjukkan mata yang kau suka. Senyuman yang kau nak. Kita dah boleh bahagia."

Dan malam itu tangisan Hyunjin menjadi penghantar malam. Jisung hanya mampu memeluk dan memujuk lelaki lemah yang penuh dengan kesiksaan.

'Jin-ah...maafkan aku sebab lupa pada semua benda dan biarkan kau siksa sorang diri. Aku minta maaf."

()()()()()()()()()()()()()()()()

CulikWhere stories live. Discover now