15

23 3 0
                                    

"Hai..." Jisung menoleh memandang ke belakang. Seorang lelaki tua menegurnya dengan senyuman. Jisung membow sebagai tanda hormat.

"Ne?"

"Han...Jisung?" Jisung menganggukan kepala dengan senyuman dia. Dia berkerut dahi takkan lelaki tua ini pun kenalnya?

"Tak berubah macam dulu."

"Sorry?" 

"Jisung?" Seseorang menegur Jisung. Dia menoleh dan Minho menghampirinya. Sangat terkejut Minho melihat siapa yang ada di depan Jisung.

"Hyung kenal pakcik ni? Pakcik ni kenal Jisung." Minho mengepal tanganya namun dia cuba menahan sabar. Dia melihat ke arah Kwon dan memberikan senyuman kecil.

Minho menggelengkan kepala. Dia menyuruh Jisung untuk masuk ke kereta. Hyunjin sudah mencari. Jisung akur dan pergi.

Kwon ingin pergi namun Minho menarik lelaki tua itu dan menolaknya ke dinding. Menendang perut lelaki itu dengan sangat kuat sehingga mengerang sakit.

"Ini peringatan aku. Jangan kau dekat 100 meter dengan Jisung dan Hyunjin. Atau kau nak tengok aku ratah daging perut kau." Kata Minho dengan mata tajamnya dan berjalan untuk pergi. Namun-

"Ha ha ha, jadi budak tu lupa? Aku ada niat baik untuk ingatkan dia balik."

BUGH

BUGH

BUGH

BUGH

BUGH

Minho seperti kerasukan setan kerana menumbuk lelaki itu bertubi-tubi. Bahkan sekarang bajunya ada kesan percikan darah daripada lelaki itu.

Segala amarahnya selama 5 tahun dia luapkan hari itu. Sehinggalah seseorang menarik tubuhnya menjauh.

"HYUNG!" Felix terkejut melihat keadaan sekarang. Lelaki tua itu masih berani tertawa di depan Minho.

"Tak sangka...keluarga kau semua menarik."

"CELAKA!"

"Hyung sudah! Hyunjin tengah cari kita." Felix terus menarik tangan Minho dan berjalan pergi.

()()()()()()()()()()()()()()()()

"Aku dah cakap kita kena bawak dia balik Itali semula!"

"Kau faham tak?! Itali tu jauh dan aku tak nak apa-apa jadi dekat Hyunjin atau Jisung!"

"Kau rasa dengan cara macam ni si Hyunjin akan membaik? Jisung dah jumpa di b4ngs4t tu takkan kau nak biarkan Lee Minho?" Changbin merasakan amarah diseluruh badanya.

Meskipun Hyunjin bukan darah dagingnya, namun dia sudah menjaga Hyunjin lama dan daripada kecil lagi. Minho memicit perlahan kepalanya.

"Aku bukan tak nak dia sihat Bin."

"Jadi?"

"Aku tak nak berpisah dengan dia lagi. Dulu aku gagal jadi abang dia yang baik. Takkan aku nak lepas tangan lagi? Aku kerja keras, ada segalanya itu semua aku buat untuk Hyunjin." Minho menghela nafas.

"Dua doctor paling terkenal dan hebat aku upah hanya untuk jaga Hyunjin. Aku upah orang-orang untuk cari bukti kukuh supaya b4jing4n tu tak terlepas. Aku buat semuanya sebab aku nak tebus salah aku yang aku tak sempat selamatkan dia."

Changbin faham apa yang dikatakan Minho. Di waktu itu bukan Hyunjin saja merana. Minho dan keluarga mereka juga terpukul. Jisung tidak perlu dicakapkan lagi.

"Tapi keadaan sekarang memaksa kita semua untuk bertindak tanpa meletakkan perasaan."

"Untuk kalini, aku akan jaga Hyunjin. Aku tak nak lepaskan tangan lagi." Minho berjalan pergi daripada ruangan tengah itu. Changbin membuang nafas dalam dengan perlahan.

Di pintu dapur sana Hyunjin mendengarkan semuanya. Dia memejamkan matanya perlahan dan kembali ke belakang. Menuju ke bilik belakang.

Mendudukan diri memandang lukisan yang hampir siap.

"Beban!" Hyunjin mencapai tin cat hitam dan mencampakkan di depan lukisanya itu. Lukisan pelbagai warna itu kini sudah diselimuti dengan warna hitam gelap.

Perlahan dia mendudukan dirinya. Mengusak rambut blonde nya itu.

"Argh! Si4l!" Rungutnya dengan kasar. Dia berjalan untuk pergi daripada sana. Namun baru saja dia membuka pintu, Changbin menghulurkan minuman.

"Rooftop?"

()()()()()()()()()()()()()()()()

Jisung termenung seketika. Perlahan dia menunduk lalu meringkukkan dirinya. Jujur dia masih tidak tahu kenapa dia perlu menerima semua ini.

Siapa Hyunjin? Kenapa dia perlu rasa selesa dengan Hyunjin? Kenapa sekarang ini dia menjadi kekasih Hyunjin?

Apa kisah silam yang Hyunjin dan mereka semua sembunyikan? Apakah dia di bodohkan?

Banyak yang bermain di kepala Jisung sejujurnya. Perasaanya bercampur. Terkadang dia merasakan cinta yang besar pada Hyunjin. terkadang dia merasakan benci kerana teringat Hyunjin seorang penculik. Dia mangsanya.

Jisung tak tahu! Dia tidak tahu di mana mulanya dan bila akhirnya? Jisung yakin Minho tidak menceritakan sepenuhnya jalan cerita. Dia sangat yakin ada cerita lain di sebalik itu.

"Kau okay?" Jisung terkejut dengan teguran di depan biliknya. Seseorang yang sudah lama dia tidak nampak.

"Jaemin." Jaemin memberikan senyuman kecil lalu menghampiri Jisung setelah menutup pintu. Orang yang pertama Jisung nampak di rumah ini dulu ada Jaemin.

Ke mana dia menghilang sbulan lebih ini?

"Aku nampak kau kusut. Macam-macam dah berlaku sepanjang aku takde." 

"Kau ke mana?" Tanya Jisung sambil mendudukan dirinya memandang Jaemin. Namun Jaemin hanya memberikan senyuman.

Dia dengan beraninya membaringkan diri di atas katil Jisung. Jisung hanya diam melihat perilaku Jaemin di katilnya.

"Kau pernah terfikir nak lari daripada realiti?" Jaemin memberikan soalan tanpa memandang Jisung. Hanya diam termenung.

"Kau okay?" Jaemin mengangkat bahunya lalu memandang Jisung.

"Aku okay?" Jisung merasakan Jaemin seperti ingin mengatakan sesuatu namun Jaemin basa basi tidak terus mengatakan.

"Aku tak tahu apa yang kau rasa."

"Kau dikurung di sini, kau rasa kau okay?"

"Ada banyak jawapan dalam kepala aku. Jaemin kau okay atau tidak?" Namun tiada jawapan. Jaemin hanya diam sambil memejamkan matanya dengan perlahan.

"Aku cuma nak realiti sama indah dengan mimpi."

CulikWhere stories live. Discover now