Hyunjin melihat barangan yang diletakkan di depanya. Bukan dia saja, Minho, Changbin, Felix, Haechan, Mark dan Renjun juga ikut ada di sana.
Barangan yang ditinggalkan Jisung semuanya ada cip pelacak yang memang diletakkan Hyunjin.
Jisung jauh lebih bijak untuk hal ini. Dia membuang nafas dalam dengan perlahan. Hyunjin tidak dapat memberikan reaksi yang besar. Tepatnya dia tidak tahu reaksi mana yang perlu dia keluarkan.
Marah? Tentu dia marah Jisung menghilang dan semua pekerjanya cuai dalam menjaga Jisung.
Sedih? Tentu dia sedih kerana dia kembali kehilangan jejak Jisung yang sekarang entah di mana.
Keliru? Hyunjin keliru kenapa dia perlu mengurung Jisung kembali.
Kecewa? Kecewa pada diri sendiri kerana kembali gagal menjaga Jisung. Hyunjin mengusap wajahnya dengan kasar dan membuang nafas dalam.
"Jadi, apa yang patut kita buat?" Tanya Haechan memandang mereka semua namun semuanya menunggu jawapan Hyunjin.
"Aku cuma nak tahu dia dekat mana dengan siapa. Selebihnya kita akan fikirkan nanti." Hyunjin lantas bangun dan berjalan untuk masuk ke biliknya. Masing-masing memandang ke arah Minho. Selaku abang sepupu Hyunjin.
Minho bangun daripada duduknya lalu membuang nafas dalam.
"Aku akan bawa dia ke Itali." Mark memandang Minho dengan pandangan yang tidak percaya.
"Seriously? Minho?" Minho membuang nafas dalam.
"Keadaan dah tak terkawal. Hyunjin perlukan rawatan dan Jisung perukan masa. Sampai bila kita nak satukan diorang? Hyunjin takkan jelaskan apa-apa dan Jisung menuntut penjelasan."
Mark menghela nafas dalam Felix cuba menenangkan Minho yang mungkin terbawa emosi.
"Masing-masing perlukan ruang dan masa sendiri."
Minho pergi daripada sana.
()()()()()()()()()()()()()()()()
"Kau tak nak makan?" Jisung hanya menggelengkan kepala saja. Chan mendudukan diri di sebelah Jisung dan meletakkan tanganya di bahu Jisung.
"Kenapa? Kau tak berselera?" Tanya Chan namun tidak di balas Jisung. Dia hanya diam memandang ke arah luar sambil bermain dengan gelang miliknya.
"Kalau kau macam ni, kenapa kau larikan diri?"
"Aku cuma nak tahu apa yang dia sembunyikan. Kenapa Hyunjin selalu sembunyikan semua benda daripada aku hyung." Chan membuang nafas dalam.
Dia memandang Jisung yang tidak ada reaksi wajah lain selain kecewa. Dia membuang nafas dalam.
"Aku..." Chan juga tidak mampu nak cakap apa. Semua itu ada di tangan Hyunjin. Hyunjin yang layak untuk bercerita.
"Kau sebaiknya tak perlu tahu apa-apa."
"Hyung pun tahu sesuatu?" Tanya Jisung membuatkan Chan melepaskan perlahan tanganya daripada bahu Jisung.
Perlahan dia bangun dan berdehem kecil.
"Makanlah. Aku nak ke balai." Kata Chan dan berjalan pergi daripada sana. Jisung memandang tidak percaya Chan yang sudah menghilang daripada sana. Jisung terasa sangat frust dengan keadaan sekarang.
Chan menutup pintu kereta. Melihat rumahnya lalu mengeluh kecil.
"Macam mana aku nak bagitahu kau keadaan yang aku sendiri tak tahu nak jelaskan macam mana." Keluh Chan perlahan. Dia mula memandu untuk menuju ke balai polis, tempatnya bekerja.
Jisung sendiri hanya membuang makanan itu dan menutup pintu bilik lalu menguncinya. Dia membuang nafas dalam dengan perlahan. Membaringkan diri dan mula melelapkan matanya.
Namun saat matanya terlelap, air mata ikut turun membasahi pipi dan bantal.
"Jisung kotor."
"Maaf sayang. Maafkan Jin. Sayang, maafkan Jin."
"Sampai bila korang nak sembunyikan hal ini?" Bisik Jisung sendiri sambil menahan tangisanya.
Jujur apa yang dia tahu menyakitkan dirinya, namun ini bukan bermaksud Jisung tidak mahu mendengar penjelasan Hyunjin dan yang lain.
"Semua orang menipu."
()()()()()()()()()()()()()()()()
Chan memandang Minho yang ada di depanya. Perlahan dia mengusak rambutnya kasar.
"Sampai bila kita nak diamkan diri? Jisung pun perlu tahu apa yang jadi. Takkan sampai bila-bila dia tahu tentang dia di culik?"
"Habis kau nak buat apa? Kau nak bagitahu dia yang dia di culik, di rogol beramai-ramai dan Hyunjin hanya mampu melihat dalam keadaan tersiksa. Lalu Hyunjin separuh gila sementara dia melupakan semuanya?"
"Bukan salah Jisung dia lupa semua benda tu." Minho tidak tahu mahu mengatakan apa lagi. Jujur sekarang ini dia lelah dengan semua benda.
"Aku dengar Hyunjin nak dibawa ke Itali?"
"Dia perlukan rawatan Dr. Baekhyun." Kata Minho sambil mengeluh perlahan. Chan memandang Minho lalu berdehem kecil.
"Aku rasa Jisung perlu tahu."
"Siapa nak bagitahu dia? Kau? Aku? Hyunjin?"
"Dr. Jimin. Mungkin dia boleh gunakan beberapa kata untuk bagitahu Jisung tentang apa yang jadi?" Minho memandang Chan seolah terima idea lelaki itu.
"Aku tak tahulah Chan. Lusa aku nak berangkat ke Itali dengan Felix. Aku nak minta kau jagakan rumah aku?" Chan hanya menganggukan kepalanya.
Mereka berdua mula menikmati teh hangat di rumah Chan. Tanpa sedar Jisung yang di atas mendengarkan semuanya. Bahkan dia hanya terdiam tanpa mengeluarkan apa-apa reaksi.
Keluhan Jisung lepaskan dengan perlahan.
"Lari lagi? Sampai bila kau nak lari lagi Hyunjin?" Gumam Jisung sambil mendudukan dirinya di katil.
Memandang keluar tingkap. Perlahan air matanya mengalir merasakan sedikit kecewa dengan sikap Hyunjin. Baginya Hyunjin benar-benar pengecut dalam menegakkan keadilan.
Jika merasakan kecewa, Jisung lebih kecewa dengan sikap Hyunjin. Bukan kerana Hyunjin tidak dapat menyelematinya, tetapi kerana tidak pernah berkata jujur.
()()()()()()()()()()()()()()()()
YOU ARE READING
Culik
FanfictionSLOW UPDATE LACK IDEA Aku cuma nak tahu apa yang jad. Kenapa kau culik aku?