4

41 2 0
                                    

Dua orang polis masuk ke dalam kelas. Dia melihat semua pelajar di dalam kelas itu ditemani dengan guru di sana.

"Korang semua tahukan salah seorang pelajar kelas ni dah hilang dan kemungkinan besar sudah diculik." Salah seorang polis itu bersuara.

"Saya inspektor Juwoo dan kawan saya inspektor Lee. Kami akan memberi beberapa soalan." Katanya dengan senyuman dia. Juwoo membuka buku untuk menulis beberapa soalan.

"Baiklah saya nak mulakan soalan dengan Jisung dekat sekolah macam mana?" Sang guru yang diberi kepercayaan untuk menjawab.

"Dia sebenarnya budak baik, cuma agak nakal sebab selalu datang lambat dan tak siapkan kerja sekolah. Tapi sepanjang saya mengejar dia memang baik."

"Hubungan dengan kawan-kawan?"

"Dia baik tuan." Wakil kelas menjawab soalan itu.

"Hubungan dengan seseorang?"

"Saya kekasih dia." Eric mengangkat tangan.

"Hubungan korang macam mana?"

"Sebelum dia menghilang, kitorang tak bergaduh sama sekali. Saya cuma suruh dia balik sendiri sebab saya ada kelas tambahan. Dan dapat tahu dia menghilang." Kelas membenarkan kenyataan itu.

"Orang terakhir yang pernah jumpa dia?" Hyunjin mengangkat tanganya dengan perlahan. Dia memberitahu apa yang pernah dia beritahu Eric.

Selepas siasatan itu dua orang polis itu meninggalkan sekolah itu setelah mendapatkan keterangan mereka semua. Semuanya nampak kecoh dan riuh.

Sudah seminggu tapi Jisung masih belum dijumpai. Semua orang risau, lebih lagi Eric.

Hyunjin meminta diri untuk keluar daripada sana. Eric melihat pemergian Hyunjin. Dia tidak tahu kenapa dia merasakan Hyunjin ada terlibat dalam kehilangan Jisung.

Dia ingin menyiasat semuanya tapi keterbatasan waktu kerana dia perlu sekolah dan mencari keberadaan Jisung yang sebenar. Eric membuang nafas dalam.

()()()()()()()()()()()()()()()()

"Aku tak tahu kenapa, aku rasa kau terlibat dengan semua ni."

"Apa yang merepek Eric? Kau nak cakap aku buat semua ni? Untuk apa aku nak culik Jisung?" Tanya Hyunjin dengan malas. Dia memandang ke arah Eric dengan muka yang tidak percaya tuduhan itu.

"Siapa tahu?"

"Eric dengar, kalau aku nak culik Jisung untuk apa? Aku tak suka dia, rapat dengan dia pun tak. Dia tak ganggu hidup aku untuk apa aku nak culik dia?"

Eric tahu semuanya fakta. Dia membuang nafas dalam membiarkan Hyunjin menjauh daripada sana. Dia yakin Hyunjin menyembunyikan sesuatu. Seperti sebuah kebetulan. Sebaik saja Hyunjin masuk ke sekolah baru Jisung menghilang.

Tapi apa yang dikatakan Hyunjin benar. Tiada sebab untuk lelaki itu menculik atau mengasari Jisung.

"Sayang....kat mana kau sekarang."

Hyunjin memerhatikan Eric dari dalam kereta. Wajahnya sangat datar memandang ke arah Eric. Bahkan dia sudah mengepalkan tanganya sehingga kuku itu melukai tapak tanganya.

"Kau okay?" Hyunjin membuang nafas dalam dan berjalan untuk pergi daripada sana. Dia menggelengkan kepala. Changbin terus memandu untuk kembali ke rumah Hyunjin.

"Aku nak kerumah papa mama." Changbin menganggukan kepalanya dengan perlahan. Changbin mula memandu untuk pergi daripada sana.

Saat sudah sampai Hyunjin menyuruh Changbin untuk menunggu seketika, dia berjalan masuk ke dalam rumahnya itu.

Saat dia masuk ke dalam, rumah itu sangat kosong. Hyunjin berhenti di sebuah rak di mana ada 2 tembaga abu. Dia menunduk hormat lalu memberikan penghormatan.

"Mama papa, Jin datang." Katanya dengan perlahan. Mengeluarkan dua kuntum bunga rose putih lalu diletakkan di atas rak itu.

Kedua orang tuanya sudah tiada, jadinya dia hanya datang untuk melawat. Setelah itu dia kembali keluar daripada rumah dan masuk ke dalam kereta.

"Tadi Haechan call aku, kau skip appointment?" Tanya Changbin dengan perlahan.

"Aku malas nak pergi hyung. Benda sama je. Aku akan tetap terperangkap dengan semua benda ni." Katanya dengan perlahan. Changbin menggeleng kecil.

"Setidaknya kita mencuba." Katanya dengan perlahan. Hyunjin malas untuk mengatakan itu dia bersandar lalu melelapkan matanya. Changbin yang melihat itu memperlahankan pemanduanya.

Hyunjin mudah tidur dalam kereta, tidak seperti bila dia di mansion itu atau di mana-mana. Hanya di dalam kereta yang bergerak saja Hyunjin akan tertidur. Kecuali waktu malam.

Changbin tidak tahu jika ini salah satu trauma yang Hyunjin hadapi.

()()()()()()()()()()()()()()()()

Hyunjin masuk ke dalam bilik Jisung dengan wajah yang datar. Jisung yang sedang tertidur tidak sedar tentu saja. Dia mendudukan dirinya di kerusi yang selalu di sana.

Keluhan dia lepaskan. Matanya melihat ke arah Jisung dengan mata penatnta. Seperti biasa malam itu memang tidak akan pernah jadi waktu tidurnya.

"Aku minta maaf Jisung-ah." Katanya dengan perlahan. Dia menolak rambut panjangnya ke belakang dengan perlahan. Lama dia termenung dan tiba-tiba dia terlelap sendiri.

"HYUNJIN TOLONG AKU! SAKIT HYUNG TOLONG AKU!"

"LEPASKAN DIA SIALAN! LEPASKAN DIA!"

"HIKS HIKS! HYUNJIN! SAKHKIT!"

"LEPASKAN DIA TAK GUNA! LEPASKAN DIAAAAA!"

"Hey!" Hyunjin membuka matanya dengan nafas yang tercungap-cungkap. Jisung terkejut melihat Hyunjin bangun dengan laju.

Seperti biasa Hyunjin memegang dadanya, mula berkira untuk menenangkan diri. Kalini lebih lama untuk dia bertenang. Kiraan ke 23 barulah jantung Hyunjin tenang.

Dia mengeluarkan handphone nya dan mencatat kiraan itu. Dia melihat ke arah Jisung yang masih diam memandangnya.

"K-ka-Kau kenapa?"

"Kenapa kau bangun?"

"Aku terjaga sebab kerusi kau bergerak-gerak. Bila aku bangun kau meracau." Hyunjin berdehem kecil lalu bangun daripada duduknya.

Dia menolak tubuh Jisung untuk terduduk kembali. 

"Kau tidurlah, aku keluar dulu." Hyunin keluar daripada biliknya, dia terus berjalan pergi daripada sana.

Jisung masih menjadi tertanya dengan semuanya. Dia melihat sisi lain daripada Hyunjin. Awal dia kenal Hyunjin sangat sombong. Sehari dia di sini Hyunjin nampak perihatin dan sedikit lembut.

Dan malam ini, dia melihat Hyunjin yang lemah. Malas untuk fikir memikirkan itu dan dia terus menidurkan diri.

()()()()()()()()()()()()()()()()

CulikWhere stories live. Discover now