14

30 3 0
                                    

"Jadi aku tak salah orang." Gumamnya dengan perlahan. Dia mengeluarkan sekeping gambar yang dia simpan selama 5 tahun itu. Dia melihat gambar itu dengan senyuman.

"Korang hidup dengan bahagia." Katanya dengan perlahan. Tidak lama itu seseorang keluar daripada kawasan itu.

"Ahhh! Si comel ini makan lama makin comel." Katanya melihat Jisung yang sedang sibuk bermain dengan anjing putih. Dia bahkan ikut berlari bersama.

Tidak lama itu dia berjalan untuk pergi daripada sana. Melihat ke arah Jisung untuk yang terakhir kalinya.

"Lambat harini Kwon."

"Aku jumpa seseorang." Kata Kwon mula berpakaian apron. Dia tersenyum mengingatkan itu. 

"Jisung-ah!" Jisung memusingkan badanya melihat Hyunjin yang ada di sana. Dia tersenyum dengan perlahan. Jisung menghampiri ke arah Hyunjin lalu memandang Hyunjin.

"Kenapa?"

"Takde apa." 

"Kau-"

"Jom makan." Kata Hyunjin sambil menarik tangan Jisung menuju ke dapur. Ahjumah Ying sudah ada di sana menyiapkan makanan.

Mereka menikmati makanan bersama. Jisung makan dengan tenang namun matanya melihat ke arah Hyunjin. Wajah lelaki itu lesu. Mungkin malam semalam pun tidak tidur.

Sakitnya pasti datang kembali. Jisung menghela nafas dalam. Dia merasa bersalah. Macam mana dia boleh lupakan apa yang jadi. Apa yang jadi sebenarnya.

Jujur sewaktu Minho cerita, Jisung yakin ada benda yang tidak dia cerita. Bukan sekadar culik biasa. Kalau perkara ini hanya penculikan biasa, pasti dia takkan lupa dan Hyunjin takkan tersiksa macam ni.

"Jin...harini kau ada jumpa dengan Mark hyung?" Hyunjin memandang Jisung lalu menganggukan kepala kecil.

"Aku perlu buat rawatan sususlan. Kau nak ikut?"

"Boleh, aku nak jumpa Renjun juga."

"Untuk."

"Iesh sibuk." Jisung kembali makan. Hyunjin memberikan senyuman kecil.

()()()()()()()()()()()()()()()()

Hyunjin masuk ke dalam bilik Mark selepas mendapat kebenaran. Dia melihat Mark sedang membaca sesuatu.

"Hyung..."

"Hah kau dah sampai? Duduklah dulu, aku amikkan air."

"Eh tak perlu hyung." Namu Mark tetap mengambilkan air. Dia mendudukan diri di sofa berhadapan dengan Hyunjin.

"Ada apa hyung panggil aku?"

"Aku dapat tahu nama dia Kwon. Dia dah di bebaskan dan buka kedai makan dekat kedai yang kau jumpa dia." Hyunjin menganggukan kepala sambil menghirup teh panas itu.

"Dan sekarang, aku risau kalau dia akan cari korang berdua. Takutnya dia ingat kau juga."

Mendengarkan itu muka Hyunjin masih tenang namun dia sudah meremukan paper cup yang berisi teh panas itu. Air itu terkena pada tanganya namun dia tidak merasakan apa-apa.

"Hyunjin!" Mark yang melihat itu lantas mengambil paper cup itu. Disitulah Hyunjin tersedar daripada lamunanya. Mark merawat tangan Hyunjin yang melecur itu.

"Kau tak perlu fikirkan semua tu. Aku akan bantu kau dan Minho hyung akan bantu jaga Jisung."

"Aku cuma..."

"Aku faham kau takut. Tapi kau pun kena kuatkan diri kau untuk jaga diri sendiri dan jaga Jisung." Katanya dengan tenang. Hyunjin membuang nafas dalam.

Dia bersandar sambil melihat tanganya yang dirawat.

"Patutkah aku biarkan dia ke orang lain lagi?"

"Jangan bodoh. Kau dah buat benda ni jauh." Katanya dengan perlahan. Dia membuang nafas dalam dengan perlahan.

"Aku tak rasa ini jalan yang Hyunjin nak." Renjun menutup file nya lalu memandang Jisung. Jisung sendiri hanya bermain dengan jarinya. Renjun memandang Jisung.

"Aku yang dengar pun tak sanggup. Ni kau yang hadapi. Bersyukur kau lupakan semua itu. Ramai pesakit yang mengalami apa yang kau alami nak hentikan semua tu."

Jisung masih menunduk dengan segala fikiran. Renjun membuang nafas lalu mengelus perlahan.

"Hyunjin takkan benarkan kau rasa sakit sekali lagi. Cukup 5 tahun lalu kau hadapinya. Sekarang kau yang kena kuatkan Hyunjin." Jisung akhirnya menganggukan kepala.

Tidak lama pintu terbuka dan Hyunjin masuk ke dalam. Hyunjin melihat Jisung dan Renjun.

"Korang bincangkan apa?"

"Takde, Jisung cuma nak tahu punca-punca seseorang susah untuk tidur." Sorok Renjun. Hyunjin menganggukan kepalanya dengan perlahan.

"Jom makan, kau Jun?"

"Ahh takpe. Alin dah masakkan untuk aku." Renjun menunjukkan bekal yang dia bawak. Hyunjin dan Jisung keluar bersama dan masuk ke dalam kereta.

Changbin mula memandu untuk membawa mereka ke restaurant.

()()()()()()()()()()()()()()()()

Renjun membuka cermin matanya lalu menolak perlahan rambutnya ke belakang. Dia menghela nafas dalam dengan perlahan.

"Kau tahukan aku ada dengan kau?" Dia memandang ke arah pintu masuk lalu memberikan senyuman kecil. Mark masuk ke dalam dan mendudukan diri di depan Renjun.

"Kenapa? Ada apa-apa yang perlukan bantuan?"

"Jun rasa semakin kita focus pada kes ni secara terbuka, Jisung akan ingat secara perlahan."

"Maksud kau?" Renjun memberikan laporan kesihatan Jisung kepada Mark. Dia berdehem kecil.

"Kalau dalam masa terdekat ni kita bercakap benda yang sama, Jisung akan ingat. Jisung memang kehilangan ingatan atas trauma tu, tapi bukan bermaksud dia akan lupa sampai bila-bila."

Mark membaca semuanya dengan perlahan. Melihat semuanya dan menganalisis dengan baik.

"Maksud kau dia cuma hilang ingatan jangka masa panjang?"

"Yup. Jadi Jun terfikir kalau kita buat semua ni untuk secara senyap?" Mark memandang ke arah Renjun dengan pandangan yang pelik. Dia membuang nafas dalam dengan perlahan.

"Cuma aku tak tahu benda ni akan jadi atau tidak."

"Tapi hyung, ini untuk kebaikkan Jisung juga." Mark membuang nafas dalam.

"Aku akan bincangkan dengan Hyunjin dan Minho hyung." Renjun menganggukan kepalanya dengan perlahan. 

"Kalau macam tu aku balik dululah. Kau balik sendiri?"

"Alin datang." Kata Renjun dengan senyuman dia. Mark memandang Guanlin lalu membuang nafas dalam.

"Jun, kita doctor pakar mental. Kalau mental kita rosak macam mana dengan mental pesakit kita."

"Maksud hyung?"

"Kau tahukan Guanlin dah siksa kau selama perkahwinan ni? Kami dah puas suruh kau pisah dengan dia tapi kenapa kau masih bertahan?" Renjun hanya memberikan senyuman kecil.

"Sukahati kau lah. Asalkan aku nampak kau hidup hari-hari aku tak kisah. Kalau aku nampak lebam dekat tubuh kau, aku sendiri belasah dia." Mark terus berjalan pergi selepas peringatan keras itu.

()()()()()()()()()()()()()()()()

CulikWhere stories live. Discover now