Dia melangkah masuk ke dalam sebuah bilik. Mendudukan dirinya dengan perlahan, keluhan dilepaskan dengan perlahan.
Matanya dipejamkan dengan perlahan.
"Kau dah boleh tidur." Dia tergelak kecil mendengarkan itu. Perlahan dia menggelengkan kepalanya.
"Lepas kejadian tu, aku tak pernah rasa tidur dengan tenang tanpa menggunakan ubat." Katanya dengan perlahan. Haechan mendudukan diri di depan Hyunjin.
"Kau dah kena mula lepaskan semuanya."
"Lepaskan tu mudah Haechan. Cuma setiap kali aku menutupkan mata aku rasa sangat sakit." Katanya dengan perlahan, Haechan menganggukan kepalanya dengan perlahan.
Dia bangun dan menghampiri Hyunjin. Meletakkan tangan di dada Hyunjin dan membaca detak jantung lelaki itu. Hyunjin hanya membiarkan saja. Memang itulah tugas Haechan di sini.
"Itu maksudnya kau belum lepaskan dengan baik." Katanya memandang Hyunjin. Hyunjin menggelengkan kepalanya dengan perlahan.
Tidak lama itu suami Haechan masuk ke dalam. Dia melihat ke arah Hyunjin dan Haechan. Hyunjin sudah memejamkan matanya.
"Dia dah boleh tidur."
"Tak, dia cuma lelapkan matanya." Mark memandang Hyunjin yang memberikan senyuman kecil saja.
"Badan aku penat. Mental aku penat. Mata aku penat. Tapi sangat susah untuk aku melelapkan mata dan tidur dengan tenang."
Mark dan Haechan hanya mampu mendiamkan saja. Rasa kasihan kepada Hyunjin namun mereka tidak mampu melakukan apa-apa. Hanya Hyunjin saja yang boleh membantu diri sendiri.
"Dia dah ada dekat sini." Katanya dengan perlahan. Haechan dan Mark saling berpandangan satu sama lain.
"Dia..Han Jisung."
"What?!"
()()()()()()()()()()()()()()()()
"Aku Lee Felix. Isteri sepupu Hyunjin." Jisung hanya melihat kecil saja. Dia kembali melihat keluar tingkap. Air hujan lebih menarik untuk dilihat.
Felix mendudukan dirinya di atas katil dengan tenang lalu meletakkan baju ganti di atas katil. Dia melihat Jisung yang masih termenung diluar.
"Jisung, dekat sini memang takde jalan keluar. Aku dengan suami aku dah teroka dan memang takde jalan keluar. Hyunjin memang sengaja buat satu rumah di mana tiada siapa tahu dan tiada jalan keluar."
Jisung nampak tertarik saat Felix mengatakan tentang rumah ini atas usaha Hyunjin. Dia memusingkan badanya memandang Felix.
"Aku tak tahu kenapa aku ada dekat sini, kau tahu?" Felix berdehem kecil lalu menggelengkan kepala.
"Aku tak tahu. Hyunjin buat semua ni tanpa aku tahu. Jisung, aku cuma nak kau percayakan Hyunjin." Jisung menggelengkan kepala.
Dia tidak dapat menerima cadangan itu. Percayakan Hyunjin sama seperti dia masuk ke dalam lohong hitam. Felix bangun lalu membuka almari baju Jisung.
"Aku letakkan baju kau dalam sini. Kau mandi bersihkan diri. Lepastu aku bawakkan kau makanan. Aku dengar daripada Jaemin kau dahh 2 hari tak makan. Kalini biar aku yang masak."
Katanya dan berjalan pergi. Lama Jisung termenung dan akhirnya dia bangun dan menuju ke tandas. Dia akan membersihkan dirinya dengan tenang.
Setelah selesai mandi, dia melihat Felix sudah ada di sana. Dia tersenyum memandang Jisung.
"Aku dah masakkan kau nasi goreng kimchi. Kau makan okay." Felix ingin pergi tapi-
"T-teman aku..."
"Huh?"
"Hyunjin tinggalkan aku sorang diri. Aku...bosan." Felix tersenyum saat dia tahu dia sudah diterima oleh Jisung. Felix menganggukan kepalanya dengan perlahan.
Felix menemani Jisung menikmati makananya itu dengan tenang. Sesekali mereka akan berborak tentang kehidupan Jisung. Kebanyakkan Felix yang bertanya.
"Dia macam mana?"
"Daripada tadi Felix tak kelua, kitorang dengar happy je dekat dalam."
"So dia dah boleh terima Felix." Katanya dengan perlahan. Hyunjin melihat pintu itu. Lalu berjalan pergi daripada sana.
()()()()()()()()()()()()()()()()
"HYUNJIN! HYUNJIN!"
"KAU DEKAT MANA?! OI! PENGECUT! KELUARLAH!"
"HYUNJIN TOLONG AKU!"
Hyunjin terbangun daripada lelapnya. Dia memegang dadanya lalu mengira 100 ke belakang. Cuba untuk menenangkan diri. Menggunakan cara yang Haechan selalu suruh.
Dan di kiraan 78 dia akhirnya tenang. Agak lama untuk dia bertenang. Hyunjin membuka handphone nya dan merekod detik kiraan yang dia lakukan. Itu akan menjadi laporan kepada Haechan.
Segelas air sejuk diletakkan di atas meja. Dia melihat siapa yang memberikan minuman itu.
"Benda tu serang kau lagi?"
"Haaaahhh." Keluhnya dan meneguk minuman itu. Dia termenung kosong. Fikiranya dan matanya semuanya kosong.
"Kau takde motif jahatkan kurung Jisung dekat sini?" Hyunjin melihat Felix yang sedang memilih chanel TV. Hyunjin tidak menjawab.
"Jangan abaikan aku Hyunjin. Jawab."
"Kau tak perlu tahulah Felix. Buat je kerja aku macam yang aku suruh." Katanya dengan perlahan. Felix menggelengkan kepalanya dengan perlahan.
"Aku bukan Jisung kau nak sorok-sorokkan semuanya. Kau-"
"Diamlah Lix, aku stress." Hyunjin terus bangun dan berjalan keluar. Felix hanya melihat saja pemergian Hyunjin.
"Jangan desak dia, kita biarkan dia cerita mengikut ruang waktu."
"Tapi hyu-"
"Sudahlah." Minho mengelus perlahan bahu Felix. Dia menyuruh Felix untuk pergi tidur merehatkan diri.
Hyunjin mendudukan dirinya dibangku kosong. Berhadapan dengan hutan kosong di sana. Dia hanya diam termenung melihat hutan itu dengan malas.
Dia mengeluarkan sekotak rokok lalu mengeluarkan sebatang rokok. Cuba untuk membakar tembakau itu namun seseorang merampas daripada belakang.
"Adik kecik aku tak sepatutnya hisap benda ni."
"Dekat sana aku dah cuba pelbagai benda." Changbin menggelengkan kepala saja.
"Itu kau dekat sana, bukan dekat sini. Dekat sini kau duduk dengan aku dan aku jaga kau." Hyunjin membuang nafas dalam dengan perlahan. Dia bersandar dengan malas.
"Kau tak jumpa Haechan."
"Untuk apa?"
"Rawatan susulan. Trauma kau-"
"Dahlah. Aku malas nak dengar." Katanya dengan malas.
()()()()()()()()()()()()()()()()
YOU ARE READING
Culik
FanfictionSLOW UPDATE LACK IDEA Aku cuma nak tahu apa yang jad. Kenapa kau culik aku?