16

16 3 2
                                    

Hyunjin dan Jisung berjalan-jalan di taman di temani oleh Jaemin dan dua orang bodyguard yang lain di belakang mereka. Keduanya nampak menikmati angin di sini.

"Nak ice cream?"

"Boleh." Hyunjin menuju ke lori ice cream untuk membelikan Jisung ice cream. Di tempat dia berdiri dia melihat Jisung dan Jaemin sedang berbual-bual. Nampak seperti perkara serious.

Tapi jujur ke mana Jaemin? Sebulan lebih tidak munculkan diri, minta cuti tanpa gaji membuatkan Hyunjin terfikir. Tapi kerana banyak benda jadi, dia tidak terlalu memikirkan itu.

Hyunjin kembali membawa 3 batang ice cream. Dia terniat untuk belikan Jaemin sekali. Namun langkahnya terhenti saat dia mendengarkan sesuatu yang tidak asing di telinganya.

Dia memusingkan badanya dan melihat seseorang yang tidak asing di kepalanya selama ini. Tidak dapat ditahan sama sekali, dia merasakan tanganya mengigil.

Kwon tidak jauh daripada mereka. Dia terus melepaskan peganggan aiskrim dan berjalan untuk pergi daripada sana. Menghampiri Jaemin dan Jisung.

Tanpa kata apa-apa dia lantas menarik tangan Jisung dengan kasar dan berjalan laju daripada sana. Jaemin dan 2 bodyguard yang lain terkejut dengan perilaku Hyunjin. Jaemin menahan tangan Hyunjin.

"Jin kau kenapa?!"

"Diam! Cepat Jisung!"

"Jisung! Sakhit! Kenapa ni?" Jisung cuba melepaskan tanganya namun dia tidak ada tindakan sama sekali. Dia memandang ke arah Jaemin yang masih mengejar mereka. Mereka tiba di kereta.

"Masuk."

"Kau kenapa?"

"AKU CAKAP MASUK HAN JISUNG!" Jisung mendengar tengkingan itu lantas masuk ke dalam. Hyunjin masuk dan terus memandu meninggalkan Jaemin dan bodyguard mereka.

Jaemin mengatur nafasnya melihat pemergian kereta Hyunjin. Entah kenapa Hyunjin berperilaku begitu sehingga menyakiti Jisung?

()()()()()()()()()()()()()()()()

"Hyunjin sakit!" Kalini Jisung menghempas tangannya sehingga terlepas tangan Hyunjin. Memandang Hyunjin dengan wajah yang marah dan memerlukan penjelasan.

"Kau ni kenapa?"

"Aku-"

"Jin, rahsia apa lagi yang kau simpan daripada aku? Cuba kau bagitahu aku semuanya."

"Jisung aku dah cakap kau tak perlu tahu dengan semua benda lama."

"Setidaknya aku dapat berfikir dengan logik untuk kau marah aku dan paksa aku balik! Kau tinggalkan Jaemin!" Hyunjin mengusak rambutnya kasar. Dia dengan sengaja menolak pasu itu sehingga pecah membuatkan Jisung kembali terkejut.

"Masuk bilik kau sekarang."

"Aku nak kau jelaskan semuanya dulu!"

"MASUK BILIK KAU JISUNG!"

"Kau takde beza dengan penculik bodoh dekat luar sana! Terkadang aku terpikir Hyunjin. Kenapa aku jatuh cinta dengan kau sedangkan kau culik aku! Kenapa aku lepaskan Eric yang sangat tulus jaga aku! KAU BUKAN SIAPA-SIAPA UNTUK KURUNG AKU DALAM SINI!"

Keduanya saling berpandangan satu sama lain. Kerana saling balas suara yang tinggi semua pekerja melihat pergaduhan besar antara dua manusia yang sedang menjalin cinta.

Felix dan Mark yang kebetulan baru sampai ikut keluar daripada dapur. Menghampiri mereka semua.

Jisung mendekat ke arah Hyunjin.

"Kau pengecut! Kau nak simpan aku dekat rumah bodoh kau ni tapi kau tak jelaskan kenapa! Kenapa aku kena duduk dengan kau dan jatuh cinta dengan kau? Cakap dengan aku Hyunjin."

"Jisung...masuk bilik kau. Aku tak mood untuk lawan kau sekarang."

"Bagitahu aku sebabnya Hyunjin! BAGITAHU AKU! SEMUA YANG DEKAT SINI! RAHSIA APA YANG TUAN MUDA KORANG NI SEMBUNYIKAN! KENAPA AKU KENA KURUNG DENGAN MANUSIA NI?!"

Namun tiada siapa yang menjawab. Jisung mendekat ke arah Felix. Lelaki yang selama ini banyak menemaninya dan memberi nasihat tentang kehidupan Hyunjin.

"Apa yang terjadi Felix? Kenapa aku kena bertahan dalam rumah yang penuh dengan kerahsiaan?"

"Jisung kau-"

"Masuk bilik kau Jisung. Tenangkan diri kau nanti kitorang akan jelaskan pada kau." Jisung menggeleng memandang Haechan. Dia kembali di hadapan Hyunjin. Memandangnya dengan penuh tajam.

"Aku cuma nak tahu satu je Hyunjin." Hyunjin membalas pandangan Jisung.

"Kalau aku jawab ingin tahu kau, kau akan masuk bilik kau dan tenang?" Jisung menganggukan kepalanya dengan perlahan. Hyunjin mengangguk membenarkan soalan daripada Jisung.

"Siapa Kwon? Orang tua yang bekerja dekat kedai makan lorong sana? Kenapa suami Felix, Minho hyung pukul dia?" 

()()()()()()()()()()()()()()()()

"Makan sikit Jisung." Namun Jisung hanya diam membaca buku di atas katil. Dia bahkan tidak melirik sama sekali Felix yang ada di depan sana.

"Jisung aku tahu kau marah. Tapi jangan sampai perut kau kosong. Makan sikit."

"Keluarlah." Suara serak Jisung menghalau Felix. Kerana asik menjerit memarahi Hyunjin pagi tadi, suara Jisung semakin serak. 

Selepas soalan Jisung pagi tadi, Hyunjin dengan biadab menyuruh para bodyguard membawa Jisung dengan paksa masuk ke bilik. Bahkan keadaan dia sama seperti awal pertemuan. Dirinya di kurung dalam bilik atas ini.

"Jisung, tak semua benda kau kena tahu." Namun Jisung tidak membalas sama sekali.

"Kau perlukan tenaga untuk melawan." Kalini Jisung melihat ke arah pintu. Di belakang Jisung ada Jaemin yang berdiri gagah di sana.

"Macam mana kau balik."

"Grab bersepah. Makan dan tidur." Jaemin juga menjadi seperti awal pertemuan mereka. Tidak peduli dan tegas dengan semua tindakkan membuatkan Jisung semakin malas dengan keadaan.

Jaemin menarik Felix keluar dan kembali menutup pintu. Terdengar pintu dikunci daripada luar. Jisung mengeluh perlahan, turun daripada katil dan menuju ke troli makanan.

Dia mencapai pisau makan dan berjalan ke pintu. Dia mencampakkan pisau itu ke bawah. Terdengar pisau besi itu berlaga dengan lantai. Tidak terlalu tinggi.

Dia tanpa mempedulikan apa-apa lantas melompat keluar daripada sana. Saat tiba di rumput Jisung tidak menunggu sama sekali, dia lantas bangun dan berlari memanjat pagar. Keluar daripada sana.

Sebenarnya Jisung sudah jumpa jalan keluar tanpa di kesan daripada awal. Namun dia hanya ingin tahu kehidupan di sini sehinggalah dia terjebak dengan permainan sendiri.

Dia merasakan sosok Hyunjin sebenarnya penting dalam hidupnya, namun di mana? Kenapa? Dan seberapa penting Hyunjin sebenarnya?

Tanpa membuang masa Jisung terus berlari dengan laju sehingga sampai di sebuah perhentian bas. Mendudukan diri untuk mengatur nafas.

"Kalau dengan cara berahsia dapat menyenangkan diri kau, jadi aku pilih jalan untuk tinggalkan kau Hyunjin. Keputusan kita adil kan?" Jisung membuka jam, rantai, gelang dan cincin yang pernah Hyunjin berikan.

Dia juga meninggalkan wallet. Hanya mengambil kad pengenalan saja. Handphone nya di matikan lalu mengeluarkan SIM dan dengan mudah dia mematahkan SIM itu.

Tin!

Hon kereta kedengaran. Jisung menoleh dan melihat seseorang menurunkan tingkap kereta.

"I think I'm gonna lose you again." Jisung berkerut memandang lelaki itu.

Again?

Jisung berjalan masuk ke dalam kereta.

"Chan hyung." Bangchan hanya memberikan senyuman sambil menganggukan kepala. Dia mula memandu dengan tenang.

()()()()()()()()()()()()()()()()

CulikWhere stories live. Discover now