9

31 1 0
                                    

Semuanya bergegas ke unit rawatan rapi saat menerima panggilan. Mereka semua menantikan keputusan doctor.

"Apa yang jadi?"

"Kami dah buat rawatan dan takde yang teruk. Hanya luka di kepala dan tanganya saja." Kata sang doctor yang merawat Hyunjin. Hyunjin akan dipindahkan ke ward biasa.

Mereka semua melihat Jisung yang berdiri tidak jauh di sana. Dia datang dengan Felix yang kebetulan ada di rumah.

"Dia sakit macam ni pun korang masih nak merahsiakan daripada aku?" Tanya Jisung merasakan kecewa dengan keputusan mereka semua.

"Jisung-"

"Apa yang terjadi sebenarnya? Ceritalah pada aku apa yang jadi?" Minho menyuruh Felix membawa Jisung untuk menenangkan lelaki itu. Begitu juga dengan Mark meminta Haechan menemani Felix sekali.

Jisung hanya diam saat dibawa untuk menjauh.

"Sekarang ni macam mana? Kita kena buat Hyunjin tenang dan Jisung perlu tahu. Dah masanya." Renjun memberikan pendapat kepada mereka semua.

"Sekarang ni kalau kita tanya Hyunjin pun takde guna. Keputusan ada dekat tangan hyung sekarang. Hyung je satu-satunya pewaris Hyunjin." Kata Mark memandang Minho.

Minho nampak berfikir tentang ini. Dia juga tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan semuanya.

"Mungkin kita memang kena tanya Hyunjin. Hanya ada satu keputusan saja sekarang. Sekarang ni Jisung nak tahu apa yang jadi."

"Aku setuju. Mungkin kita boleh pujuk Hyunjin dan Jisung." Renjun mengatakan itu dengan senyuman dianya.

"Kalau macam tu kita tunggu Hyunjin sedar dan sihat. Untuk Jisung pula, aku yakin Felix dan Haechan boleh pujuk lelaki itu."

Mereka menganggukan kepala dengan kata-kata Changbin. Berharap Jisung akan faham situasi dan Hyunjin akan bertenang.

()()()()()()()()()()()()()()()()

Hyunjin membuka matanya dengan perlahan. Dia meraskan tubuhnya yang sakit namun fikiranya banyak menyerang. Dia memandang keluar tingkap.

Air matanya mengalir dengan perlahan melihat bintang-bintang di langit malam itu.

"Jin-ah! Kalau nanti aku kemalangan dan aku lupakan kau, kau nak pulihkan ingatan aku tak?"

"Kau cakap benda merepek apa ni? Gila?"

"Iesh! Aku kan tengah record, cuba kau sweet sikit dengan kekasih kesayangan kau ni." Hyunjin melihat handphone Jisung yang ada di sana. Dia memberikan senyuman.

"Aku tak nak pulihkan ingatan kau."

"Kenapa?"

"Aku nak kau bahagia dengan orang yang kau jumpa bila kau dah buka mata kau. Kau kena lupakan aku yang buat kau sakit."

"Kenapa pula!?" Hyunjin tertawa melihat reaksi itu.

"Ji, masa kau kemalangan dan kau lupa ingatan tu masa kau dengan aku. Itu bermaksud aku gagal jaga kau."

"Tapi...aku cuma nak kau."

"Dah makan."

Hyunjin makin sedih mengingati itu. Dia bangun dengan perlahan lalu mengesat air matanya dengan kasar. 

"Aku minta maaf Ji. Aku gagal sekali lagi. Nyatanya aku tak boleh nampak kau bahagia dengan yang lain." Keluhnya dengan perlahan. Hyunjin menghabiskan malam itu dengan tangisan.

Di luar ward sana, Minho melihat tingkah Hyunjin di dalam sana. Dia menghela nafas dalam dengan perlahan. Dia tidak tahu kenapa Hyunjin dan Jisung perlu menghadapi itu.

Minho bersandar di dinding sambil memejamkan matanya.

Chup

Ada sentuhan ciuman di bibirnya membuatkan dia membuka mata. Dia tersenyum melihat sang isteri ada di depanya. Memberikan ciuman kecil kepadanya.

"Hyung nampak penat, kenapa tak rehat."

"Hyung rasa hyung akan ceritakan kepada Jisung tentang semuanya." Felix ikut bersandar di sebelahnya. Dia mengangguk setuju dengan itu.

"Jujur Lix pun nak tahu semuanya." Kata Felix. Dia cuma tahu sebahagian namun tidak sepenuhnya. Dia jujur tak tahu kenapa Jisung ada dalam hidup Hyunjin yang sudah cukup menyedihkan.

"Jisunglah permulaan semua kesengsaraan mereka. Maksud hyung semuanya berlaku kerana kejadian itu terjadi kepada Jisung. Sebab tu hidup Hyunjin tersiksa macam ni."

"Dia salahkan diri sendiri?" Minho menganggukan kepalanya. Minho merangkul bahu Felix dan memberikan senyumanya.

"Kita balik jom. Hyung penat."

()()()()()()()()()()()()()()()()

Jisung menuruni tangga melihat adanya Changbin, Minho, Felix, Mark, Haechan dan Renjun. Dia memandang ke arah Jisung.

"Jisung...sini." Haechan memanggil Jisung mendekat. Jisung tanpa kata apa-apa mendekatkan dirinya dengan mereka.

"Sebelum tu, Hyunjin cakap apa malam tu?" Jisung menjawab pertanyaan Renjun membuatkan mereka semua mengangguk seperti mendapatkan hint besar.

Minho menarik nafas dalam lalu memandang ke arah Jisung.

"Kami akan ceritakan satu cerita yang akan buat kau confuse, tapi inilah kebenaranya." Jisung menganggukan kepalanya.

"Semuanya bermula-"

()()()()()()()()()()()()()()()()

CulikWhere stories live. Discover now