"Dia ada satu ketakutan yang membuatkan dia takut dua benda." Jisung mendengarkan Haechan menceritakan tentang Hyunjin. Tentu saja dengan basa basi jika Jisung ingin tahu.
"Dua benda?"
"Uhm, dia ada satu trauma sehinggakan dia takut dengan dua benda ni. Tidur dan ubat." Kata Haechan memandang Jisung. Jisung berkerut tidak faham.
"Kenapa?"
"Trauma yang aku cakapkan tu. Tapi kalau kau nak tahu trauma tu kau jangan tanya aku. Sebab itu satu rahsia pekerjaan antara Mark hyung dengan Hyunjin. Ni apa yang aku cerita kau jangan tanya sesiapa pula."
Jisung menganggukan kepalanya. Haechan menghirup kopi panasnya.
"Kalau kau perasan, dia tak tidur malam atau siang. Yang aku tahu dia akan tertidur bila di kereta yang bergerak. Itu pun masih bawa pengawasan Mark hyung."
"Kalau ubat?"
"Yang ubat tu aku tak tahu kenapa. Yang aku tahu Hyunjin takut untuk makan ubat."
"Aku tak perlukan ubat, hanya air." Jisung teringat akan hal itu. Dia berdehem kecil dengan perlahan.
"Kami nak minta tolong kau untuk suruh dia makan ubat."
"Kenapa aku?" 'Sebab kau je yang dia takkan sanggup tolak.'
"Sebab kau orang yang Hyunjin nak. Mungkin sebab kami ni keluarga dia, jadi dia tak nak dengar cakap." Jisung berkerut dahinya memandang ke arah Haechan.
"Teruk sangat ke dia?"
"Insomnia dia tu dah teruk sebab boleh 2 hari dia tak tidur. Dia tak nak makan ubat untuk tidur." Okay Jisung dapat faham terlalu teruk sangat hal ini.
Haechan mengeluarkan botol pill kepada Jisung. Ubat tidur yang tertera nama Hyunjin di situ diberikan kepada Jisung.
"Aku harap kau boleh bantu kami." Kata Haechan lalu berjalan keluar daripada bilik Jisung.
Jisung melihat botol itu lalu mengeluh dengan perlahan.
()()()()()()()()()()()()()()()()
"Demam kau tak kebah-kebah." Hyunjin memandang Jisung yang baru saja selesai belajar. Sudah 3 hari Hyunjin demam. Ini semua sebab dia tidak mahu minum ubat dan tidak mahu dirawat.
Hyunjin mendudukan diri dengan lemah. Dia memandang ke arah Jisung yang berjalan daripada dapur membawa segelas minuman dengan piring pill.
"Makan ubat dan rest."
"Aku tak suka ubat."
"Kenapa?"
"Bawak jauh benda tu." Hyunjin menolak piring pill itu namun Jisung meletakkan piring itu di atas meja berserta gelas. Memandang Hyunjin dengan marah.
"Kalau kau tak makan, sampai bila nak sakit?"
"Yang sakit aku, bukan kau."
"Jadi aku boleh larikan dirilah kan?" Hyunjin membuka matanya memandang Jisung tajam.
"Kau sakit, tanpa arahan kau bodyguard kau is nothing. Jadi aku boleh dengan senang-senang tipu diorang kau dah bebaskan aku?" Hyunjin mendengus geram.
Hyunjin memandang Jisung masih dengan pandangan tajam. Jisung sendiri masih memandang Hyunjin.
"Kalau kau nak aku terus ada dekat sini, makan ubat ni."
"Jisung-"
"Kalau kau nak aku lari daripada sini, aku akan pergi." Katanya dan ingin meletakkan piring itu. Namun Hyunjin dengan laju menahan.
"Kalau aku makan ubat ni, apa yang kau akan bagi pada aku? Kau tahukan penculikkan aku ni masih jadi kes polis walaupun aku tak melakukan kekerasan pada kau."
Jisung menelan ludahnya dalam. Tawar menawar bukanlah kepakaran Jisung. Dia berdehem kecil.
"Kau nakkan apa?" Hyunijn tersenyum kecil lalu memandang Jisung.
"Aku bagi dua pilihan. Kau putus dengan Eric atau kita bersama." Jisung mengepal tanganya dengan erat membuatkan dia cuba menahan.
"Dah lama aku dekat sini. Bukan ke hubungan aku dengan dia dah terputus?" Jisung mempersoalkan itu membuatkan Hyunjin tersenyum.
Dia mengambil pill itu dan memberikan seluruh usaha untuk menelan ubat itu.
"MAKAN!"
"PUFTTT! ARKHHHH!"
"HAHAHAHAHA! RASAKAN SEMUA TU BUDAK! KAU TENGOK APA YANG AKAN AKU BUAT PADA DIA. PERHATIKAN BAIK-BAIK!"
"Ja...jangan...l...lepaskan di...diah!"
()()()()()()()()()()()()()()()()
Hyunjin bersandar di dinding dengan mata melihat keluar jendela. Dia membuang nafas dalam dengan perlahan. Perlahan dia membuang nafas dalam.
"Sampai bila aku nak hidup macam ni?" Tanya Hyunjin sendiri. Dia mengusak rambutnya dengan malas. Tidak lama itu pintu bilik dibuka oleh Jisung.
"Aku ada buatkan kau bubur. Makan nak?" Tanya Jisung memandang Hyunjin. Hyunjin menganggukan kepalanya dan Jisung berjalan masuk ke dalam bilik itu.
Hyunjin melihat ada segelas minuman, semangkuk bubur dan sepiring pill kalini ada dua pill. Hyunjin nampak sedikit kesal melihat pill itu.
"Kau kena makan. Jangan menolak. Kita dah ada perjanjian."
"Kenapa kau nak desak-desak aku makan ubat?"
"Aku ada rancangan. Cepatlah makan." Jisung ingin pergi namun Hyunjin menahan tangan Jisung untuk duduk.
"Apa?"
"Kau suruh aku makan ubat, kau kena tunggu aku makan ubat ni. Aku..."
"Kau takut?" Hyunjin tidak membantah tidak juga mengiyakan. Dia menikmati makananya itu dengan tenang.
Jisung tertawa kecil dan itu membuatkan Hyunjin memandang Jisung dengan kecil. Dia menghabiskan makananya itu sehingga selesai.
Hyunjin ingin menelan ubatnya namun kalini Jisung menahan seketika. Dia menarik tangan kiri Hyunjin lalu mengenggam dengan erat.
"Mulai sekarang, aku nak kau makan ubat. Tak kisah ubat doctor ataupun ubat biasa. Kalau kau tak berani, cari aku dan aku akan genggam tangan kau macam sekarang."
Sambil memandang Jisung dan mengeratkan genggaman tanganya dengan Jisung. Berkerut wajahnya menelan ubat yang ada di mulutnya.
Jujur kerana kerutan itu lah Jisung mengambil keputusan untuk membantu Hyunjin makan ubat dengan cara ini.
"Kau takut dengan ubat sebab apa?" Hyunjin memandang Jisung lalu menggelengkan kepalanya. Dalam masa sekejap dia merasakan sangat ngantuk.
Perlahan dia meletakkan kepalanya di bahu Jisung dan akhirnya tertidur. Ya, Jisung berikan ubat demam serta ubat tidur yang diberikan Haechan.
"Sweet dream Hyunjin."
()()()()()()()()()()()()()()()()
YOU ARE READING
Culik
FanfictionSLOW UPDATE LACK IDEA Aku cuma nak tahu apa yang jad. Kenapa kau culik aku?