"Abang Selamat." Kedengaran suara seseorang menegur.
"Akhirnya kamu tiba juga Embun." Ujar Selamat setelah melihat wajah gadis itu.
"Minta maaf Embun lambat, sudah lama kah abang menunggu?" Soal Embun lalu menghampiri jejaka itu.
"Tidak terlalu lama. Apa yang penting abang dapat melihat wajah kamu." Balas Selamat sambil tersenyum.
"Berapa lamakah abang pulang bercuti untuk kali ini?" Soal Embun.
"Hanya seminggu. Lusa abang terpaksa pulang ke kem." Balas Selamat.
"Perlu kah abang menjadi askar lagi sedangkan Jepun sudahpun berundur? Bukan kah tugas abang sudah selesai?" Embun tidak mengerti.
"Tugasan mempertahankan negara tidak pernah selesai. Jepun memang sudah berundur, tapi mungkin akan ada musuh lain pula yang akan muncul. Itu lah sebabnya abang tetap perlu bertugas." Jelas Selamat.
"Pasti Embun akan merindui abang jika abang tiada di sini." Wajah Embun kelihatan suram.
"Jangan bersedih sayang. Abang berjanji setelah cukup duit nanti, abang pasti akan lamar kamu. Bila kita sudah bernikah, abang akan bawa kamu tinggal bersama abang di kem." Selamat memegang kedua-dua bahu Embun.
"Oh abang." Embun terus memeluk tubuh Selamat seraya melepaskan kesedihannya.
Tidak jauh dari situ, ada mata yang sedang memerhati. Idris kelihatan sungguh cemburu melihat hubungan pasangan tersebut. Beliau perlu melakukan sesuatu jika tidak mahu peluangnya terlepas.
==================================================================================
November 1952 :-
"Assalamualaikum." Kedengaran suara dari arah luar rumah.
"Waalaikumussalam." Kamsan terus menuju ke hadapan rumah untuk melihat siapakah gerangan tetamu yang hadir.
"Tu..Tuan Sulaiman. Ad..Ada apa tuan datang rumah saya ni?" Kamsan pura-pura bertanya sedangkan beliau tahu tujuan lelaki itu.
"Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula. Tak usah kau berpura-pura tidak mengerti." Herdik Sulaiman.
"Bagi saya sedikit waktu lagi." Pinta Kamsan.
"Setiap kali aku datang ke sini, alasan yang sama kau beri. Berapa lama lagi waktu yang perlu aku beri? Bukannya aku tidak tahu yang kamu tu bukan ada kerja tetap." Sindir Sulaiman.
"Kali ni betul-betul beri saya waktu. Saya akan berusaha keras untuk cari wang." Kamsan cuba meyakinkan.
"Aku tak percaya dengan janji kau tu. Beginilah Kamsan, aku dengar seluruh kampung bercerita tentang kecantikan anakmu." Ujar Sulaiman.
"Saya tak mampu untuk menutup mulut orang kampung." Balas Kamsan.
"Bukan sahaja orang kampung, malah anak ku iaitu Idris juga terpesona dengan kecantikan anak mu." Ujar Sulaiman lagi.
"Apa yang tuan cuba perkatakan?" Kamsan tidak mengerti.
"Begini lah Kamsan, aku berterus terang saja. Anak ku sudah lama jatuh cinta pada anak mu. Jika kau memberi restu, aku janji akan lupuskan segala hutang kau padaku." Jelas Sulaiman.
"Tapi saya tidak boleh buat keputusan kerana ini soal hati dan perasaan. Hanya tuan badan sahaja yang boleh beri keputusan." Tegas Kamsan.
"Terpulang padamu untuk menentukan keputusan. Tapi ingat, semua hutangmu makin bulan makin tinggi bunganya." Sulaiman seperti mengugut.
"Baiklah, saya akan cuba berbincang dengan anak saya kemudian." Balas Kamsan.
Setelah itu Sulaiman terus beredar daripada halaman rumah tersebut. Kamsan hanya menggarukan kepalanya kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Kini hanya anaknya dapat menyelamatkan segalanya.
==================================================================================
"Ada perkara apa yang bapak mahu bincang dengan Embun?" Soal Embun sebaik tiba di ruang tamu.
"Bapak dengar kamu selalu berjumpa dengan pemuda yang bekerja sebagai askar tu. Betul ke?" Soal Kamsan.
"Maksud bapak abang Selamat kah? Ya, Embun ada berjumpa dengan abang Selamat. Kenapa bapak tanya?" Embun pula menyoal.
"Hubungan kamu dengan dia bersungguh-sungguh ataupun hanya sebagai kawan?" Kamsan ingin tahu.
"Kami memang bersungguh bapak. Abang Selamat juga ada menyatakan akan bertemu dengan bapak tidak lama lagi untuk merisik." Jelas Embun.
"Sebenarnya bapak tak suka budak tu. Bapak tak mahu kamu teruskan lagi hubungan dengan budak tu." Kamsan berterus terang.
"Tapi kenapa bapak? Bapak tak pernah bertentang mata dengan abang Selamat, bagaimana bapak boleh tidak suka sama dia?" Embun tidak mengerti.
"Kalau dia sekadar kerja sebagai askar, sudah pasti dia tidak boleh membahagiakan kamu. Kamu seorang gadis yang cantik dan digilai ramai, sudah pasti kamu boleh dapatkan lelaki yang lebih baik." Jelas Kamsan.
"Sejak bila bapak pandang pekerjaan dan harta seseorang?" Embun semakin pelik dengan sikap bapanya itu.
"Sudah, bapak dah jumpa calon yang lebih baik untuk kamu. Anaknya tuan Sulaiman sudah lama ingin memperisterikan kamu. Bapak yakin hidup kamu sudah pasti akan menjadi lebih bahagia." Tegas Kamsan.
"Tuan Sulaiman pemilik ladang kopi dan juga pemilik rumah-rumah sewa di daerah ni ke yang bapak maksudkan? Ini bermakna anak yang dimaksudkan bapak tu si Idris?" Embun inginkan kepastian.
"Jadi kamu sudah kenal sama anak tuan Sulaiman. Ini sudah bagus, tak perlu lah kamu mengambil masa untuk mengenal hati budi lelaki itu." Kamsan berasa gembira.
"Ya, Embun sudah kenal hati budi si Idris tu. Kaki perempuan, kaki minum, kaki judi, dan dia juga suka mengganggu Embun. Lelaki seperti itu memang tidak hingin Embun jadikan suami." Tegas Embun.
"Sudah, bapak dah pun buat keputusan. Bapak mahu kamu bernikah dengan anak tuan Sulaiman apa sekalipun yang terjadi!" Kamsan tetap dengan pendiriannya.
Beliau kemudian terus beredar daripada ruang tamu. Embun kini hanya terduduk ke lantai sambil mula berlinangan air mata. Seperti tidak percaya dengan apa yang telah dilakukan oleh bapanya sendiri.
Dia tidak tahu kenapakah bapanya tiba-tiba berperangai seperti itu. Keputusan lelaki itu untuk menikahkan dirinya dengan Idris cukup menghancurkan hatinya. Dia tidak rela untuk menunaikan permintaan itu.
==================================================================================
Disember 1952 :-
"Tuk! Tuk! Tuk!" Walaupun hujan lebat di luar rumah, namun Selamat masih lagi boleh mendengar pintu rumahnya diketuk. Beliau kemudian terus berlari menuju ke pintu rumahnya.
"Ehh Embun, kenapa dengan kamu ni?" Soal Selamat sebaik melihat buah hatinya berada di hadapan rumahnya dalam keadaan kebasahan.
Bersambung...
YOU ARE READING
Embun Karina
Mystery / Thriller🔞🔞🔞 (Versi panjang cerita Embun Pagi) Gempar apabila pontianak muncul di Kampung Binjai Tengah. Akibat berita itu, Fariq terus menuju ke kampung itu untuk dimasukkan ke dalam penulisannya. Daripada situ lah beliau mengetahui nama seorang wanita b...