"Mana saya tahu, orangnya pun saya tak kenal." Tegas Idris.
"Janganlah kamu berpura-pura bodoh pula. Kami jumpa mayatnya di ladang kopi milik kamu." Jelas polis kedua pula.
Ketika itu jugalah terlintas di fikirannya orang yang pernah mengugutnya dahulu. Adakah orang yang dimaksudkan polis itu adalah orang yang dibunuhnya. Jadi mungkin memang dirinya kini menjadi suspek polis.
"Ma...Mana saya tahu. Sa...Saya jarang ke ladang kopi sekarang ni, jadi saya tak tahu apa-apa pasal ni." Idris cuba berdalih.
"Kamu jangan nak tipu kami lagi. Kami tahu kamu ada kena-mengena dengan kematian Romzi." Tegas polis ketiga pula.
"Tuan, kita ada tetamu." Tiba-tiba muncul seorang lagi pegawai polis di muka pintu.
"Siapa yang datang?" Soal polis pertama.
"Tuan Sulaiman." Balas lelaki itu.
"Baiklah." Polis pertama kemudian keluar daripada bilik siasatan tersebut.
Idris sungguh gembira apabila mendengar nama bapanya disebut. Lelaki itu sudah pasti datang untuk membantu dirinya supaya terlepas. Di luar bilik itu pula kelihatan polis pertama sedang berbual dengan tetamu tersebut.
"Dalam ni ada sepuluh ribu untuk kamu dan yang lain-lain buat belanja." Sulaiman menghulur sekeping sampul surat yang agak besar kepada polis pertama tadi.
"Jangan risau tuan, kami akan uruskan hal ni. Kami akan tulis dalam laporan yang Romzi mati dibaham harimau." Ujar polis pertama tersebut.
"Kalau macam tu boleh lepaskan anak saya tak?" Soal Sulaiman.
"Tuan dah beri, mestilah kami akan lepaskan." Balas polis itu.
Beliau kemudian menuju semula ke dalam bilik siasatan polis. Tidak lama selepas itu, Idris keluar daripada bilik itu. Wajahnya tersenyum gembira apabila melihat ayahnya sedang menunggu di luar.
"Bapak." Idris terus menghampiri ayahnya.
"Pang!!" Secara tiba-tiba satu tamparan kuat hinggap di wajah Idris.
"Tak habis-habis menyusahkan bapak! Kau dah tua, bukan budak-budak lagi! Sampai bila kau mahu bergantung harap dekat bapak!" Sulaiman menengking anaknya itu.
"Aku janji ini kali terakhir aku berdepan masalah. Lepas ni aku janji takkan terbabit dengan apa-apa masalah lagi." Nekad Idris sambil mengusap-usap pipinya yang terasa sakit.
"Berjanji memang senang bagi kau. Kau janji dengan bapak yang kau akan hadiahkan cucu pada bapak, tapi sampai ke hari ini mana janji kau?" Sulaiman mula mengungkit.
"Aku janji akan percepatkan urusan ni." Balas Idris.
"Sudah, mari kita tinggalkan balai ini sebelum orang kampung nampak. Sudah pasti akan jadi buah mulut orang kalau tahu kau ditahan polis." Arah Sulaiman sebelum kedua-dua mereka beredar daripada situ.
==================================================================================
September 1957 :-
Beberapa hari berlalu semenjak terjadinya sejarah gemilang buat negara. Kini negara ini bukan lagi dibawah pemerintahan penjajah. Negara ini sudahpun mendapat kemerdekaan sepenuhnya.
Rata-rata rakyat negara ini bergembira menyambut kemerdekaan, namun tidak bagi Embun. Ini kerana dia semakin tidak tahan dihina oleh keluarga mertuanya dan juga orang-orang kampung ini.
"Mandul! Mandul! Mandul!" Perkataan itu terngiang-ngiang di telinganya sepanjang masa.
Ini kerana sudah empat tahun pernikahannya dengan Idris, namun mereka masih lagi belum dikurniakan cahaya mata. Jadi sudah pasti dirinya terus dilabel sebagai mandul oleh orang-orang sekeliling.
Bapa mertuanya sudah mengarahkan Idris untuk menceraikannya dan mencari wanita lain yang boleh memberikan zuriat. Namun Idris meminta lelaki itu memberi sikit masa lagi untuk mereka berusaha.
Bagi Embun, dia sebenarnya gembira jika diceraikan oleh Idris. Namun sayangnya lelaki itu masih lagi tidak mahu melepaskan dirinya. Dia sendiri tidak tahu kenapakah lelaki itu masih mahu menyimpan dirinya.
"Tuk! Tuk! Tuk!" Tiba-tiba kedengaran ketukan di pintu utama rumah.
Embun dapat mengagak siapakah yang mengetuk rumah itu. Dia kemudian terus menuju ke pintu rumah dan membukanya. Walaupun tekaannya betul, namun ada orang lain bersama dengan lelaki itu.
"Siapa yang kau bawa pulang ni?" Soal Embun.
"Kenalkan ini Zaleha. Dia lah penemanku setiap kali aku ke kelab malam." Ujar Idris lalu memeluk pinggang Zaleha.
"Buat apa kau bawa dia pulang? Ini rumah kita, bukannya kelab malam." Embun tidak selesa dengan kehadiran wanita itu.
"Selalunya Zaleha hanya menemaniku untuk meminum arak, tapi malam ini dia mahu menemaniku di atas ranjang." Idris berterus terang.
"Aku tidak peduli jika kau mahu bermaksiat, tapi kenapa perlu buat di rumah? Kenapa perlu kau beritahu aku?" Embun merasa geram.
"Usahlah kau marah, ini semua demi kebahagiaan kita juga." Balas Idris.
"Kebahagiaan apa yang kau maksudkan dengan berbuat maksiat di hadapan isteri sendiri?" Embun tidak mengerti.
"Bapakku mengarahkan aku untuk menceraikan kau jika kau masih tidak boleh mengandung. Aku tidak mahu melepaskan kau, itulah sebabnya aku perlukan bantuan Zaleha." Jelas Idris.
"Bantuan apa yang dia boleh hulur kepada kita?" Embun semakin tidak mengerti.
"Zaleha bersetuju untuk menjadi ibu tumpang kepada anak kita. Biar aku mengandungkan Zaleha, nanti kita mengaku pada bapak yang ini adalah anak kita berdua." Jelas Idris.
"Jika anak itu lahir kelak, anak itu akan bertaraf luar nikah. Sanggupkah kau menanggung segala masalah di kemudian hari kelak?" Soal Embun.
"Kau terlalu banyak bertanya, apa yang penting kita ada zuriat sekarang. Jadi mahu tidak mahu bapak akan wariskan segala hartanya kepada kita." Balas Idris.
"Ikut kau lah apa yang kau ingin lakukan. Aku tak pernah kesah dengan cara hidup kau." Ujar Embun.
"Mari." Idris kini memeluk pinggang Embun. Kini di kirinya beliau memeluk Zaleha, manakala di kanannya beliau memeluk Embun.
"Kau mahu bawa aku ke mana? Jika kau mahu bersama perempuan ni silakan, aku tak mahu ikut campur." Ujar Embun.
"Jangan begitu, aku mahu kau bersama-sama dalam mendapatkan zuriat kita ni." Pinta Idris.
Embun hanya mampu menuruti permintaan Idris. Dia tahu dia tidak terdaya untuk melawan kata-kata lelaki itu. Dia sangat tahu suaminya itu sangat baran dan sangat mudah menghayunkan tangannya.
Selama empat tahun menjadi isteri kepada lelaki itu, sudah acap kali wajahnya memakan penampar daripada lelaki itu. Jadi mahu tidak mahu dia hanya mampu menuruti. Kini mereka bertiga sudah tiba di bilik.
"Embun, aku mahu kau tanggalkan pakaian Zaleha." Idris memberi arahan sambil menutup pintu bilik.
Embun hanya menuruti lalu menanggalkan baju kebaya singkat dan jarang yang menutupi bahagian atas tubuh Zaleha. Dia kemudian menanggalkan pula korset yang bersarung di bahagian dalam.
Kini terdedahlah payudara Zaleha di hadapan mereka. Embun kemudian menanggalkan pula kain batik yang bersarung di bahagian bawah tubuh Zaleha. Akhir sekali seluar dalam gadis itu pula ditanggal.
Bersambung...
YOU ARE READING
Embun Karina
Mystery / Thriller🔞🔞🔞 (Versi panjang cerita Embun Pagi) Gempar apabila pontianak muncul di Kampung Binjai Tengah. Akibat berita itu, Fariq terus menuju ke kampung itu untuk dimasukkan ke dalam penulisannya. Daripada situ lah beliau mengetahui nama seorang wanita b...