Julai 1967 :-
Kelihatan Ismadi sedang tekun melakukan pekerjaannya sebagai pemetik buah kopi di ladang milik Idris. Dari pagi sehingga ke tengahari beliau masih di ladang kopi itu untuk menyiapkan pekerjaannya.
"Banyak ke hasil hari ni?" Tiba-tiba kedengaran suara menegurnya.
"Ehh tuan, hari ni alhamdulillah banyak hasil." Balas Ismadi apabila melihat wajah majikannya itu.
"Saya nak ucap terima kasih dekat kamu sebab rajin bekerja dekat ladang saya ni. Semenjak kamu kerja dekat sini, hasil ladang kopi ni semakin meningkat." Ujar Idris.
"Sepatutnya saya yang ucap terima kasih dekat tuan sebab bagi saya kerja dekat sini. Kalaulah tuan tak bagi kerja dekat saya sekarang ni, sudah pasti saya masih lagi menjadi penganggur." Jelas Ismadi.
"Macam mana dengan rumah yang saya sediakan tu?" Idris mengalih topik pula.
"Rumah tu ok. Apa yang penting ada tempat untuk saya berteduh dalam keadaan selesa." Balas Ismadi.
"Ok lah, kamu sambung kerja ye. Saya nak pergi tengok pekerja lain pula, diorang buat kerja ke tak." Idris meminta diri.
Ismadi tersenyum sendirian kerana gembira dengan layanan daripada majikannya itu. Selama tiga bulan beliau bekerja di situ, majikannya itu sentiasa mengambil berat terhadapnya. Sungguh bertuah beliau kerja di situ.
Bagi Idris pula, beliau tidak tahu bagaimana mahu memulakan perancangannya. Sudah tiga bulan berlalu, namun beliau masih lagi belum mengorak langkah. Beliau perlu memikirkan cara secepat mungkin.
==================================================================================
Ogos 1967 :-
Sudah empat bulan Ismadi bekerja di ladang kopi milik Idris. Sudah empat bulan jugalah beliau tinggal di rumah pekerja yang disediakan oleh majikannya itu. Ia sebenarnya bukanlah rumah, tetapi lebih kepada pondok.
Dinding diperbuat daripada papan, manakala bumbung diperbuat daripada atap nipah. Di dalamnya cuma ada sebuah bilik tidur dan sebuah bilik mandi. Namun ia tetap memberi kegembiraan kepada Ismadi.
Beliau teringat ketika tinggal di Kuala Lumpur dahulu beliau hanya tidur di kaki lima dan menumpang di surau. Apabila pulang ke kampung, beliau masih lagi tidur merempat kerana rumah orang tuanya sudah dijual.
Namun dengan adanya rumah seperti ini dapat memberi kegembiraan kepadanya. Beliau bersyukur dapat berteduh dari hujan dan panas. Tiada lagi kerisauan di dalam hati bila malam menjelma.
Walaupun tiada elektik di rumah itu, namun ia tetap memberi keselesaan kepada dirinya. Malamnya hanya ditemani cahaya daripada pelita minyak tanah. Namun tetap menerangi setiap pelusuk rumah.
"Assalamualaikum!" Tiba-tiba kedengaran ada suara seseorang memberi salam dari luar rumah.
"Waalaikumussalam." Ismadi berasa pelik siapakah yang datang di tengah malam ini, lalu bergegas membuka pintu rumahnya.
"Ehh tuan, ada apa datang malam-malam ni?" Soal Ismadi sebaik melihat wajah majikannya di luar rumah. Kelihatan majikannya itu datang bersama dengan seorang wanita cantik.
"Kami ada benda nak minta tolong ni?" Ujar Idris.
"Benda apa yang sampai tuan datang malam-malam ni? Ehh masuk lah dulu." Ismadi mempelawa lelaki itu.
Idris menyambut pelawaan Ismadi, lalu mengajak isterinya itu untuk masuk ke dalam. Pasangan tersebut kemudian melangkah kaki ke dalam rumah itu. Mereka bertiga kini duduk di atas lantai yang beralas tikar mengkuang.
"Ada apa tuan dan puan datang tengah-tengah malam ni cari saya?" Ismadi semakin ingin tahu.
"Sebelum tu saya nak perkenalkan dulu ini isteri saya, Embun." Idris memperkenalkan wanita di sebelahnya. Ismadi dan Embun kemudian berbalas senyuman.
"Saya nak minta tolong kamu boleh tak? Idris memulakan bicara.
"Tuan nak minta tolong apa tu? Macam penting je." Ismadi mula berdebar untuk mendengar.
"Minta tolong urutkan badan isteri saya." Ujar Idris.
"Ehh saya mana pandai mengurut orang? Kenapa tuan minta tolong dekat saya pula?" Ismadi menjadi hairan.
"Saya tak boleh urut isteri saya sendiri atas sebab-sebab tertentu. Jadi saya tak tahu nak minta tolong dari siapa, kamu je yang saya boleh harap." Jelas Idris.
"Tapi kan saya dah cakap yang saya tak pandai mengurut." Tegas Ismadi.
"Kamu buat lah apa-apa yang patut. Ni ada ole-ole sikit." Idris kemudian menghulur beberapa keping duit kepada Ismadi.
"Tapi..." Ismadi keberatan.
"Boleh lah, sekejap je urut isteri saya." Idris masih mengharap.
"Emm, yelah." Akhirnya Ismadi mengalah.
"Kalau macam tu, sayang ikut Madi ke bilik ye." Idris mengarahkan isterinya.
"Baiklah." Embun menuruti arahan suaminya.
Ismadi kemudian bangun dan membawa Embun menuju ke bilik tidurnya. Di dalam bilik tidur, beliau hanya memandang ke arah dinding. Ini kerana beliau tidak tahu apa yang perlu dibuat sekarang ini.
Beliau tidak pernah mengurut sesiapa sebelum ini. Beliau juga tidak pernah berdua-duaan dengan wanita di dalam bilik. Kini beliau terpaksa melakukan kedua-dua hal itu serentak pada malam ini.
"Kita nak buat macam mana ni?" Soal Embun.
"Saya pun tak tahu sebab saya juga tak pernah mengurut orang selama ni." Ismadi berterus terang.
"Kalau macam tu saya tanggal baju dulu ya." Embun kemudian membuka butang baju kebayanya.
"Ehh kenapa puan nak tanggal baju pula?" Soal Ismadi sambil menunduk kepalanya ke lantai kerana malu untuk melihat.
"Sebab kalau nak mengurut mesti kena tanggal baju kan, takkan lah nak mengurut pakai baju." Balas Embun.
"Betul juga tu. Puan buat lah apa yang patut." Ujar Ismadi.
Embun kemudian menyambung kembali menanggalkan bajunya kebayanya. Setelah itu korset yang berada di bahagian dalam juga kini ditanggal. Maka terdedahlah payudaranya di hadapan Ismadi.
Lelaki itu cepat-cepat melarikan anak matanya dan dipandang ke arah bertentangan. Embun kini menarik kain batiknya ke atas dan menutupi dadanya yang terdedah. Dia kini dalam keadaan berkemban kain batik itu.
"Saya nak baring dekat mana ni?" Soal Embun.
Ismadi memandang ke sekeliling bilik tidurnya untuk mencari sesuatu. Beliau kemudian mengambil tikar mengkuang yang berada di bawah katil. Setelah itu dibentang tikar itu di atas lantai bersebelahan dengan katil.
"Puan baring atas tikar ni." Arah Ismadi.
Embun menuruti arahan itu lalu terus berbaring secara meniarap di atas tikar mengkuang itu. Ismadi kemudian mengambil bantal, lalu melapik kepala wanita itu dengan bantal tersebut supaya lebih selesa.
"Saya nak mula mengurut macam mana ni?" Ismadi menggarukan kepalanya.
"Takkan lah tak tahu langsung mengurut orang macam mana?" Embun seperti tidak percaya.
Bersambung...
YOU ARE READING
Embun Karina
Mystère / Thriller🔞🔞🔞 (Versi panjang cerita Embun Pagi) Gempar apabila pontianak muncul di Kampung Binjai Tengah. Akibat berita itu, Fariq terus menuju ke kampung itu untuk dimasukkan ke dalam penulisannya. Daripada situ lah beliau mengetahui nama seorang wanita b...