"Pakcik memang dah lama berpindah dari sini. Pakcik menetap di tempat baru untuk mencari kehidupan yang baru. Tapi ke mana pakcik pergi, lama-lama hati pakcik tetap pada kampung ni." Balas Ismadi.
"Itulah sebabnya pakcik balik semula ke kampung ni. Untuk menghabiskan sisa-sisa hidup di mana tempat pakcik lahir dan membesar." Tambah Ismadi lagi.
"Pakcik tinggal dengan siapa dekat rumah ni?" Fariq memandang sekeliling untuk melihat kelibat orang lain.
"Pakcik tinggal sorang je dekat sini." Balas Ismadi.
"Ahli keluarga pakcik yang lain mana?" Soal Fariq lagi.
"Pakcik takde keluarga. Pakcik hanya sebatang kara." Jelas Ismadi.
"Yeke? Isteri pakcik dah meninggal dunia ke?" Fariq ingin tahu lagi.
"Pakcik takde isteri. Pakcik tak pernah berkahwin pun." Jelas Ismadi lagi.
"Oh yeke? Kenapa pakcik tak pernah kahwin? Pakcik takde perempuan yang pakcik suka ke?" Semakin meleret soalan Fariq. Sebagai seorang penulis, beliau memang suka mengorek cerita peribadi orang lain.
"Pakcik pernah suka dan cinta seorang perempuan ni. Sehingga ke hari ini pakcik masih menanti perempuan ni." Jelas Ismadi.
"Apa jadi dengan kisah cinta pakcik tu?" Fariq semakin ingin tahu.
"Cinta kami tu dah terlalu lama, tapi pakcik masih ingat sehingga ke hari ini." Ujar Ismadi.
"Adakah cinta pakcik tu Embun Karina?" Fariq cuba meneka.
"Macam mana anak tahu nama wanita tu?" Ismadi terkejut mendengar nama wanita itu disebut oleh Fariq.
"Daripada Tuan Jaafar. Apa hubungan pakcik dengan Embun?" Fariq ingin tahu.
"Sungguh sukar untuk pakcik terangkan apa hubungan kami. Apa yang pakcik boleh beritahu cuma Embun adalah cinta pertama dan terakhir pakcik." Balas Ismadi dengan wajahnya terlihat sangat sayu.
==================================================================================
April 1967 :-
Idris hanya duduk termenung di ladang kopi miliknya. Terlalu banyak masalah yang terpaksa beliau fikir ketika ini. Sudah semestinya masalah paling besar yang beliau hadapi adalah hubungan keluarganya.
"Sudah 14 tahun kau berkahwin, tapi sampai sekarang kau masih lagi belum ada anak? Apa nak jadi ni?!" Sulaiman melepaskan amarahnya.
"Kami sudah mencuba, tapi masih belum ada rezeki." Balas Idris.
"Adik kau si Ismail baru kahwin 5 tahun, tapi isteri dia sekarang dah mengandungkan anak yang ketiga. Kalau macam ni lah gayanya, semua harta milik bapak akan diserahkan pada Ismail sekeluarga." Tegas Sulaiman.
"Mana boleh macam tu, aku ni pun anak kandung bapak juga dan juga anak sulung! " Idris tidak bersetuju.
"Kalau kau nak bapak serahkan harta pada kau, cepat-cepat lah dapatkan anak. Pergi kahwin dengan wanita lain yang boleh berikan anak. Kenapa kau masih lagi mahu simpan wanita mandul tu?" Soal Sulaiman.
Kata-kata bapanya tempoh hari masih lagi terngiang-ngiang di telinganya. Beliau tidak berani untuk memberitahu perkara sebenar kepada bapanya. Sebenarnya Embun bukanlah wanita mandul seperti yang disangka.
Beliau sudahpun meniduri ramai wanita selain daripada Zaleha untuk dijadikan ibu tumpang. Namun sayang semua wanita itu juga gagal mengandung. Beliau dan Embun kemudian pergi ke ibukota.
Di sana mereka berjumpa dengan doktor pakar. Apabila diperiksa, ternyata Embun adalah wanita yang subur. Namun doktor memberitahu bahawa dirinya yang sebenarnya mempunyai masalah kesuburan.
Selama ini dirinya yang mandul dan tidak mampu menghasilkan anak. Walaupun begitu beliau dan Embun tidak memberitahu sesiapa. Beliau malu jika orang tahu yang dirinya seorang yang mandul.
"Tuan!" Tiba-tiba lamunannya terhenti apabila ditegur.
"Ada apa Abu?" Soal Idris apabila melihat lelaki yang bekerja sebagai mandor ladang di ladang kopi miliknya sedang berdiri di hadapannya.
"Ni lah pekerja baru yang saya bagitahu tuan tu." Ujar Abu sambil menuding jari ke arah lelaki yang berdiri di sebelahnya.
"Kamu lah Ismadi tu ya, anak kepada arwah Pak Tam?" Soal Idris.
"Ya tuan, saya Ismadi." Balas lelaki itu.
"Lepas bapak kamu meninggal, kamu ke mana? Rasanya saya tak pernah tengok kamu selama ni." Idris ingin tahu.
"Lepas bapak saya meninggal 6 tahun lepas, saya terus ke Kuala Lumpur untuk cari peluang pekerjaan di sana." Ujar Ismadi.
"Dah tu kenapa sekarang kamu balik ke sini dan mahu bekerja di ladang kopi ni? Apa di Kuala Lumpur tiada pekerjaan yang lebih bagus kah?" Idris ingin tahu lagi.
"Hidup di Kuala Lumpur tak seperti yang saya harapkan. Dengan saya yang tiada SRP ni, peluang untuk kelangsungan hidup sangat susah. Itu lah sebabnya saya balik ke sini semula." Jelas Ismadi.
"Saya tak kesah jika kamu mahu bekerja di sini, asalkan kamu rajin." Ujar Idris.
"Jangan risau tuan, saya akan bekerja bersungguh-sungguh." Ismadi memberi keyakinan.
"Umur kamu berapa sekarang ni?" Soal Idris.
"Umur saya 22 tahun tuan." Balas Ismadi.
"Oh muda lagi. Dah kahwin ke belum?" Soal Idris lagi.
"Saya masih bujang tuan." Balas Ismadi lagi.
"Oh yeke. Tenaga batin kamu macam mana, kuat kah?" Soal Idris lagi.
"Tenaga batin?" Ismadi tidak mengerti dengan persoalan itu.
"Emm tak pelah. Ehh bukan rumah bapak kamu tu dah dijual ke lelaki cina tokey kedai nombor ekor tu ke?" Idris inginkan kepastian.
"Ya tuan, lepas bapak saya meninggal dulu saya jual rumah tu untuk langsaikan semua hutang arwah bapak saya." Jelas Ismadi.
"Kalau rumah tu dah dijual, habis tu kamu tinggal di mana sekarang ni?" Idris inginkan kepastian lagi.
"Saya bina pondok haram di tepi sungai di pinggir hutan tu tuan." Jelas Ismadi.
"Jauh tu pinggir hutan. Macam ni lah, saya sebenarnya ada sediakan rumah untuk semua pekerja saya yang tiada tempat tinggal. Nanti kamu pindah duduk dekat sana je lebih senang." Ujar Idris.
"Betul ke ni tuan?" Wajah Ismadi sungguh gembira mendengar kata-kata Idris.
"Mesti lah betul." Balas Idris.
"Terima kasih banyak-banyak tuan." Ismadi sangat gembira kerana tidak lagi perlu tinggal di pondok yang dibinanya menggunakan barang-barang terbuang.
"Abu, nanti kamu ajar Ismadi macam mana cara kerja di ladang ni." Idris beralih pula kepada Abu yang berdiri tidak jauh dari situ.
"Baik tuan." Balas Abu.
"Ok lah saya pergi dulu untuk tengok bahagian lain di ladang ni." Idris meminta diri untuk beredar.
Ketika berjalan meninggalkan kawasan itu, terlihat ada senyuman di wajahnya. Ini kerana kehadiran Ismadi telah memberi idea kepada dirinya. Idea yang boleh menyelamatkan rumahtangganya.
Bersambung...
YOU ARE READING
Embun Karina
Mystère / Thriller🔞🔞🔞 (Versi panjang cerita Embun Pagi) Gempar apabila pontianak muncul di Kampung Binjai Tengah. Akibat berita itu, Fariq terus menuju ke kampung itu untuk dimasukkan ke dalam penulisannya. Daripada situ lah beliau mengetahui nama seorang wanita b...