"Sudah dalam perjanjian yang kita hanya buat sekali sahaja sehari sehingga aku mengandung." Balas Zaleha.
"Baiklah. Embun, ambilkan dompet aku." Arah Idris kepada Embun.
Embun menuruti arahan itu, lalu mengambil dompet suaminya yang berada di dalam poket seluar. Dia kemudian memberi dompet itu kepada Idris. Lelaki itu terus mengeluarkan sekeping nod RM50.
"Nah, ini upah kau pada malam ini." Idris menghulur duit itu kepada Zaleha.
"Terima kasih tuan." Dengan gembira Zaleha mengambil duit itu.
"Ingat, jangan sesekali kau tidur dengan lelaki lain sehingga kau mengandungkan anak aku. Aku hanya mahukan darah daging aku sahaja." Tegas Idris.
"Itu tuan jangan risau, aku berpegang pada janji. Nanti aku akan datang lagi ke sini untuk menyambung tugasanku." Balas Zaleha.
Dia kemudian turun dari katil dan mengutip semula pakaiannya. Setelah itu dia mengenakan kembali pakaian itu ke tubuh bogelnya. Walaupun Idris masih belum puas, namun beliau terpaksa akur dengan perjanjian.
"Aku balik dulu ya." Zaleha meminta diri untuk beransur setelah selesai mengenakan pakaian.
"Adakah kau cemburu melihat aku menikmati tubuh wanita lain?" Soal Idris kepada Embun setelah Zaleha sudahpun meninggalkan bilik itu.
"Buat apa aku mahu cemburu. Suka hati kau mahu buat apa sahaja." Jujur Embun.
Dia memang tidak terasa apa-apa apabila melihat Idris menyetubuhi wanita lain. Mungkin kerana dia tidak pernah mencintai lelaki itu. Walaupun sudah empat tahun berkahwin, cintanya tetap tidak berputik.
==================================================================================
Kembali ke masa kini :-
"Macam mana dengan kes pembunuhan Romzi tu? Adakah Idris terlepas begitu saja?" Fariq ingin tahu.
"Kes pembunuhan tu hanya diketahui setelah pegawai polis yang terbabit ditahan akibat salah guna kuasa dan menerima rasuh. Tapi sayangnya masa tu Idris dah pun takde, jadi tak boleh nak dakwa." Jelas Jaafar.
"Berbalik kepada Embun dan Idris, adakah mereka berjaya mendapatkan zuriat selepas itu?" Soal Fariq.
"Tidak, mereka masih lagi tiada anak setelah beberapa tahun." Balas Jaafar.
"Tapi bukan tuan cakap yang Embun hilang masa dia tengah mengandung ke?" Fariq ingnikan kepastian.
"Rasanya hampir 15 tahun lepas mereka berkahwin, baru lah Embun mengandung." Jawab Jaafar lagi.
"Tuan ada cakap yang pontianak ni muncul lebih 30 tahun lepas, tapi kemudian menyepi. Lepas tu baru sekarang muncul lagi setelah Ismadi kembali ke kampung ni. Siapa Ismadi tu?" Fariq ingin tahu lagi.
"Ismadi tu dulu bekas pekerja ladang kopi milik Idris. Tak silap pakcik, dia memang rapat dengan Idris dan Embun. Pakcik pun beberapa kali pernah nampak dia menemani Embun ke mana-mana." Jelas Jaafar lagi.
"Tuan rasa apa hubungan Ismadi dengan keluarga Idris dan Embun ni?" Fariq ingin tahu lagi.
"Pakcik pun tak pasti. Kalau anak nak jawapannya, anak kena tanya sendiri dengan tuan badan." Balas Jaafar.
"Di mana rumah Ismadi ni?" Soal Fariq.
"Kalau anak ikut jalan utama ni, anak terus je sampai hujung kampung. Di sana anak akan nampak ada satu rumah kecil dan usang, di situ lah Ismadi tinggal." Terang Jaafar.
"Baiklah, nanti saya pergi. Sebelum tu saya nak minta tolong sikit boleh tak?" Pinta Fariq.
"Nak minta tolong apa tu?" Jaafar kehairanan.
"Boleh tak tuan tunjukkan saya di mana pontianak tu sering menjelma?" Pinta Fariq.
"Pontianak tu selalunya bertenggek dekat pokok beringin di tepi jalan menghala ke kampung sebelah. Asalnya dulu kawasan tu hutan, takde jalan mahupun kampung." Ujar Jaafar.
"Tapi 15 tahun lepas, hutan tu dibuka dan didirikan kampung. Bila dah ada kampung, jadi dibuatnya jalan di tepi pokok beringin tu untuk penduduk kampung sana nak ke kampung sini." Tambah Jaafar lagi.
"Kalau macam tu mari lah kita tengok tempat tu." Pinta Fariq.
"Boleh. Maknya, tengok-tengokkan cucu-cucu kita ye. Saya nak bawa tetamu ni keluar sekejap." Jerit Jaafar kepada isterinya.
"Kalau nak pergi tu, pergi jelah. Kacau betul orang nak tengok akademi fantasia ni." Omel Jumiah.
==================================================================================
Malam semakin larut dan suasana kampung semakin sunyi. Kelihatan seorang lelaki lebih separuh abad sedang duduk di tangga rumahnya. Lelaki itu hanya termenung dan menatap bintang-bintang di langit.
Tidak tahu apa yang bermain di fikiran lelaki itu sehingga beliau termenung jauh seperti itu. Tidak jauh dari situ kelihatan ada sebuah kereta sedang berhenti. Fariq hanya melihat ke arah rumah lelaki itu.
"Kalau ikut cakap tuan Jaafar, ini lah rumahnya." Fariq bermonolog sendirian.
Beliau kemudian terus keluar daripada dalam keretanya dan menuju ke laman rumah itu. Beliau menyedari ada seorang lelaki yang berada di hadapan rumah itu. Beliau memberanikan diri untuk menghampiri lelaki itu.
"Assalamualaikum pakcik." Fariq memberi salam.
"Waalaikumussalam. Anak nak cari siapa?" Soal lelaki itu.
"Nama saya Fariq. Saya seorang penulis yang bekerja di ibukota. Pakcik ni Ismadi ke?Fariq menyoal.
"Ya, mana anak tahu nama pakcik?" Ismadi berasa hairan.
"Tuan Jaafar ketua kampung yang bagitahu. Boleh saya duduk?" Pinta Fariq.
"Boleh, duduk lah." Lelaki itu memberi kebenaran. Tanpa berlengah Fariq terus melabuhkan punggungnya di atas tangga di sebelah lelaki itu.
"Apa yang anak buat dekat kampung ni? Kenapa anak nak jumpa dengan pakcik?" Bertalu-talu soalan yang diaju oleh lelaki itu.
"Saya ni sebenarnya penulis cerita berunsur seram di sebuah majalah di Kuala Lumpur. Saya datang sini sebab saya pernah dengar kisah pontianak yang sering muncul di kampung ni." Jelas Fariq.
"Jadi anak ni datang sini sebab nak tulis kisah pontianak tu lah ye?" Soal Ismadi.
"Haah. Pak cik tahu ke kisah pontianak yang terjadi tu?" Soal Fariq.
"Pakcik hanya dengar kisah pontianak tu, tapi pakcik sendiri tak pernah nampak depan-depan mata." Balas Ismadi.
"Pakcik tak terasa nak cari pontianak tu?" Soal Fariq lagi.
"Buat apa? Tiada kena mengena dengan hidup pakcik." Balas Ismadi.
"Mengikut cakap Tuan Jaafar, pakcik kembali semula ke kampung ni 3 bulan lepas kan? Selama ni pakcik pergi mana, dan kenapa tiba-tiba kembali semula ke kampung ni?" Bertalu-talu soalan dilemparkan oleh Fariq.
"Pakcik memang dah lama berpindah dari sini. Pakcik menetap di tempat baru untuk mencari kehidupan yang baru. Tapi ke mana pakcik pergi, lama-lama hati pakcik tetap pada kampung ni." Balas Ismadi.
Bersambung...
YOU ARE READING
Embun Karina
Mistério / Suspense🔞🔞🔞 (Versi panjang cerita Embun Pagi) Gempar apabila pontianak muncul di Kampung Binjai Tengah. Akibat berita itu, Fariq terus menuju ke kampung itu untuk dimasukkan ke dalam penulisannya. Daripada situ lah beliau mengetahui nama seorang wanita b...