Januari 1954 :-
Hampir setahun sudah berlalu semenjak perkahwinan Idris dan Embun. Kelihatan Idris hanya termenung di ladang milik ayahnya. Kelihatan wajah lelaki itu sangat rungsing seperti memikirkan masalah.
"Hampir setahun berlalu semenjak aku kahwini Embun, kenapa masih lagi Embun tidak mengandung sedangkan setiap kali bersama, aku akan lepaskan di dalam?" Idris sendiri tidak mengerti.
Beliau yang inginkan zuriat secepat yang boleh sungguh kecewa dengan keadaan sekarang. Sedang beliau memikirkan hal itu, tiba-tiba kelihatan seorang lelaki yang tidak dikenali datang menghampirinya.
"Tuan ni Idris kan, suami kepada Embun?" Soal lelaki itu.
"Ya, kamu ni siapa? Bagaimana kamu boleh kenal dengan isteriku?" Idris ingin tahu.
"Aku ingin menceritakan tentang perangai Embun sebenar. Sebelum kamu berkahwin dengan Embun, aku pernah bersama-sama dengan Kamsan dan beberapa orang yang lain menangkap basah Embun." Ujar lelaki itu.
"Kami sendiri menyaksikan Embun melakukan hubungan haram dengan Selamat." Tambah lelaki itu lagi.
"Apa yang kamu cuba sampaikan ni?" Idris sunggut terkejut dengan apa yang lelaki itu beritahu.
"Walaupun sepatutnya mereka perlu dihukum, namun Kamsan minta kami kunci mulut. Kamsan bagitahu selepas kamu berdua kahwin, tuan Sulaiman akan memberi wang yang banyak kepadanya." Ujar lelaki itu lagi.
"Jadi Kamsan minta kami tutup mulut dan akan memberi wang yang banyak kepada kami selepas dia dapat wang daripada tuan Sulaiman. Tapi Kamsan tipu, dia kini sudah hilangkan diri bersama Meon." Ujar lelaki itu lagi.
"Apa yang kamu mahukan daripada aku sebenarnya?" Idris ingin tahu.
"Aku mahu bayaran yang sepatutnya Kamsan bayar kepadaku. Jika tidak, aku akan hebohkan kepada seluruh kampung akan perangai sebenar Embun." Tegas lelaki itu.
"Kamu cuba mengugut aku?" Soal Idris dengan perasaan marah.
"Terpulang kepada kamu sama ada mahu membayar ataupun tidak, tapi jangan menyesal jika bukan sahaja seluruh kampung, malah satu daerah tahu akan aib isterimu." Lelaki itu cuba mengugut lagi.
"Apa yang kamu mahu?" Soal Idris.
"Aku mahu dua ribu ringgit, dan aku mahu kamu beri dalam masa seminggu. Jika gagal, kamu tahu apa yang akan terjadi." Lelaki itu kemudian beredar daripada situ.
Idris hanya tertunduk ke lantai. Beliau sama sekali tidak menyangka bahawa isterinya itu pernah melakukan hal mungkar. Ini kerana Embun adalah seorang wanita yang sangat baik, jadi mana mungkin dia boleh melakukan hal itu.
"Patut lah pada malam itu tiada darah yang keluar dari Embun." Bisik hati Idris. Kini kemaharan pula yang menguasai dirinya.
==================================================================================
Embun hanya termenung memandang ke luar jendela. Dia hanya terkenang akan kekasih hatinya iaitu Selamat. Sudah lebih dari setahun dia tidak berjumpa dengan lelaki itu, malah langsung tiada khabar berita.
Dia sendiri tidak tahu apa yang telah terjadi kepada lelaki itu semenjak peristiwa tempoh hari. Malah ayahnya iaitu Kamsan juga kini tiada khabar berita. Dia sendiri tidak tahu kemanakah ayahnya pergi.
Namun dia tidak peduli akan kehilangan ayahnya kerana lelaki itu hanya banyak menyusahkan dirinya. Kehilangan lelaki itu lebih banyak membawa kebaikan kepada dirinya ketika ini.
Apa yang dia rungsing hanyalah keadaan Selamat sahaja. Sedang dia mengelamun, tiba-tiba kedengaran bunyi kereta di laman rumah. Dia sudah tahu sangat akan siapakah pemilik kereta tersebut.
Ini kerana di kampungnya hanya ada dua orang sahaja yang memiliki kereta. Ayah mertuanya iaitu Tuan Sulaiman, dan juga suaminya iaitu Idris. Bunyi kereta Fiat 1900 itu memang sah milik suaminya.
"Kenapa kau balik awal? Bukan kah kau kata banyak kerja yang kau perlu uruskan di ladang tersebut?" Soal Embun sebaik melihat suaminya muncul di dalam rumah.
Namun persoalan itu tidak dijawab oleh Idris, sebaliknya lelaki itu terus menghampiri Embun dengan wajah yang sungguh bengis. Secara tiba-tiba satu tamparan kuat dilepaskan dan hinggap di wajah Embun.
"Aduh, sakitnya! Apa kena dengan kau ni?! Dirasuk syaitan kah?!" Embun memegang pipinya kerana sakit yang amat.
"Apa yang kau pernah buat dengan kekasih lama kau hah?" Soal Idris.
"Apa yang kau cakap ni? Siapa yang kau maksudkan, dan apa yang dah aku buat?" Embun tidak mengerti.
"Jangan pura-pura bodoh! Siapa lagi kalau bukan Selamat! Kau jangan tipu aku, kau pernah berzina dengan dia dulu kan sehingga ditangkap basah?!" Idris inginkan jawapan.
"Mana kau dengar cerita ni?" Embun terkejut setelah mengetahui lelaki itu sudah menerima berita tersebut.
"Mana aku dengar cerita tu tak penting, yang aku nak tahu betul kah kau pernah berzina dengan lelaki lain?!" Idris mengulangi persoalan itu.
"Ya aku pernah berzina, aku bukan perempuan suci. Apa yang kau mahu dari aku, mahu ceraikan aku? Aku langsung tidak kesah jika diceraikan oleh kau!" Embun berterus terang.
"Kau ingat aku akan ceraikan kau dan biarkan kau hidup bahagia dengan lelaki lain? Jangan harap! Aku akan pastikan kau hanya menjadi milik aku sampai bila-bila!" Tegas Idris sebelum beredar.
Embun terduduk di lantai sambil masih lagi memegang pipinya yang kesakitan. Air matanya mula keluar membasahi pipi. Setelah perbuatan lamanya sudah terbongkar, dia yakin lelaki itu pasti berdendam dengannya.
Jika sekarang lelaki itu berani menamparnya, dia yakin pada masa akan datang lebih teruk dirinya dikerjakan. Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan olehnya ketika ini. Dia cuma berharap Selamat muncul dan menyelamatkannya.
==================================================================================
Seminggu sudah berlalu, kini Romzi menunggu kelibat Idris. Seketika menunggu, akhirnya terlihat sebuah kereta Fiat 1900 muncul di ladang itu. Beliau hanya tersenyum kerana tidak sabar mendapatkan habuan.
"Datang juga kamu ya." Romzi tersenyum melihat Idris yang baru keluar daripada kereta.
"Ini apa yang kau minta. Ingat, jangan berani-berani bongkarkan rahsia tu." Ugut Idris sambil menghulur sepucuk sampul surat.
Romzi menyambut huluran tersebut. Beliau terus membuka sampul surat itu untuk menyemak isi di dalamnya. Tanpa berlengah beliau terus mengira jumlah duit di dalam sampul surat itu.
"Cukup-cukup dua ribu. Bagus macam ni lah yang aku inginkan." Romzi berasa senang hati.
"Kau janji tidak akan ceritakan pada sesiapa mengenai Embun?" Idris inginkan kepastian.
"Aku seorang yang berpegang pada janji. Jangan risau, semuanya akan tersimpan daripada pengetahuan sesiapa." Romzi kemudian meminta diri untuk beredar.
Ketika baru beberapa tapak langkahan kakinya, tiba-tiba beliau terasa sangat sakit di belakang badannya. Apabila ditoleh ke belakang, terlihat tubuhnya sudahpun mengalirkan darah yang banyak.
"Kau ingat aku akan percaya kata-kata kau. Orang tamak seperti kau pasti akan datang mengugut aku lagi selepas ini." Kelihatan Idris sedang memegang pisau yang sudahpun berlumuran darah.
Bersambung...
YOU ARE READING
Embun Karina
Mystery / Thriller🔞🔞🔞 (Versi panjang cerita Embun Pagi) Gempar apabila pontianak muncul di Kampung Binjai Tengah. Akibat berita itu, Fariq terus menuju ke kampung itu untuk dimasukkan ke dalam penulisannya. Daripada situ lah beliau mengetahui nama seorang wanita b...