Bab 1 : Mencari idea

12.3K 71 2
                                    

Mei 2004 :-

Fariq hanya memerhati mejanya yang berselerak dengan kertas. Beliau serabut memikirkan cerita apa yang perlu beliau karang. Semua cerita seram yang popular di negara ini sudahpun beliau tulis.

Walaupun beliau menulis cerita dengan captions 'berdasarkan kisah benar', namun sebenarnya kisah yang ditulis olehnya adalah kisah dongeng yang beliau reka semata-mata. Ini demi melariskan majalah mereka.

Pada awalnya semua artikal yang ditulisnya mendapat tempat di hati pembaca, namun perlahan-lahan ceritanya kurang mendapat sambutan. Mungkin ceritanya semakin kurang sentuhan seram.

"Nampak stress sangat je muka kau ni dah kenapa?" Tegur Akmal yang duduk di meja berhadapan dengannya.

"Aku dah takde idea nak tulis cerita seram apa lagi. Apa lagi yang aku perlu buat sekarang ni?" Fariq cuba mendapatkan pandangan.

"Kau dah takde idea sebab semua cerita yang kau buat tu sekadar imaginasi je. Kalau dah memanjang je berimaginasi, lama-lama memang idea kau pun akan pergi macam tu je." Akmal memberi pendapat.

"Habis tu aku nak buat apa lagi sekarang ni?" Fariq meminta pendapat lagi.

"Cuba kau tulis cerita seram tu buat cerita betul, bukan cerita rekaan semata-mata. Bila kau dapat cerita betul, barulah tangan kau boleh menulis dengan laju." Jelas Akmal.

"Kat mana aku nak cari cerita betul pasal hantu semua ni?" Fariq ingin tahu.

"Aku ada terbaca satu artikal kat surat khabar ni." Akmal kemudian mencapai surat khabar yang berada di atas mejanya.

Beliau kemudian menghulur surat khabar itu kepada Fariq. Fariq terus menyambut huluran itu, lalu terus membelek-belek surat khabar itu satu persatu. Kini matanya terpandang satu artikel yang berada di tengah-tengah surat khabar itu.

"Kampung Binjai Tengah diserang pontianak?" Fariq membaca tajuk pada artikel terbabit.

"Cubalah kau pergi kampung tu dan dapatkan material." Ujar Akmal.

"Walaupun aku ni penulis cerita seram, tapi sebenarnya aku ni penakut." Fariq berterus terang.

"Apa benda dah tua bangka pun masih lagi penakut. Dah lah, kau pergi je kampung tu. Mana tahu dapat banyak idea untuk artikel kau lepas ni." Tegas Akmal.

==================================================================================

Jun 2004 :-

"Maknya, cucu-cucu kita ni dah siap makan. Cepatlah kemas pinggan mangkuk ni!" Arah Jaafar.

"Alah biar jelah pinggan mangkuk tu atas lantai tu dulu. Saya penat lah nak mengemas." Jumiah menjawab.

"Apa yang kamu penat sangat dari tadi tengok tv je. Tak habis-habis dengan akademi fantasia dia ni." Omel Jaafar.

"Alah biar jelah. Saya harap sangat Farah breep breep menang AF tahun ni." Ujar Jumiah.

"Aduh orang tua ni, makin tua makin lalai dengan duniawi." Jaafar menggelengkan kepalanya melihat perangai isterinya.

"Assalamualaikum." Tiba-tiba kedengaran suara orang memberi salam dari arah luar rumah.

"Aduh siapa pula yang datang masa aku nak rehat ni? Waalaikumussalam!" Jaafar kemudian terus membuka pintu rumahnya.

"Ya, anak nak cari siapa?" Soal Jaafar sebaik melihat seorang pemuda di hadapan rumahnya.

"Ni rumah tuan Jaafar ketua kampung ni ke?" Soal lelaki itu.

"Ya saya, kenapa anak nak jumpa saya?" Soal Jaafar.

"Nama saya Fariq, seorang penulis di majalah mestiku." Lelaki itu memperkenalkan diri.

"Majalah mestiku tu yang popular dengan cerita-cerita seram kan?" Jaafar cuba meneka.

"Ya, betul tu tuan." Balas Fariq.

"Biar pakcik teka, anak ni datang sini sebab nak tanya pasal pontianak yang muncul tu kan?" Jaafar cuba meneka lagi.

"Betul tu tuan, saya datang sini sebab nak tanya pasal pontianak tu. Kalau tuan tak keberatan, boleh tuan cerita pasal tu tak?" Pinta Fariq.

"Masuk lah dulu sebab kalau nak bercerita pasal ni memang panjang." Pelawa Jaafar. Fariq menerima pelawaan itu lalu melangkah kakinya masuk ke dalam rumah tersebut.

"Maknya, ada tetamu ni. Boleh tolong buatkan air tak?" Pinta Jaafar.

"Aduh saya tengah layan akademi fantasia ni, jangan kacau saya boleh tak?!" Getus Jumiah.

"Ya Allah kenapa dengan kamu ni? Cerita tu ulangan jelah, yang live punya hari sabtu lepas. Berapa kali kamu dah tengok yang ulangan ni hahh?!" Jaafar mula merasa geram.

"Takpe lah tuan, saya datang sini bukan nak minum-minum. Saya datang sini sebab nak dengar cerita pasal pontianak tu." Fariq cuba menenangkan keadaan.

"Minta maaf lah dengan perangai isteri pakcik ni. Ehh jemputlah duduk dulu." Pelawa Jaafar. Fariq menuruti lalu mereka berdua melabuhkan punggung di atas sofa.

"Sebenarnya pontianak ni bukanlah muncul baru-baru ni, tapi lebih 30 tahun lepas dah pernah muncul. Pakcik pun tak tahu kenapa tiba-tiba sekarang pontianak ni muncul kembali." Jaafar memulakan bicara.

"Bila kali pertama pontianak ni muncul?" Soal Fariq.

"Tak silap pakcik, 36 tahun lepas. Masa tahun 1968." Jelas Jaafar.

"Tuan tahu kenapa pontianak tu muncul masa tu?" Soal Fariq lagi sambil tangannya mula mengeluarkan pen dan kertas untuk mencatit.

"Pontianak tu muncul setelah misteri kehilangan Embun Karina. Lepas Embun hilang je dari kampung ni, tiba-tiba pontianak pula boleh muncul." Jelas Jaafar lagi.

"Tuan ada syak apa-apa kaitan ni dengan wanita bernama Embun Karina tu ke?" Fariq semakin ingin tahu.

"Ya, pakcik dan orang-orang kampung ni syak yang pontianak tu adalah Embun Karina. Sebab tak silap pakcik, masa Embun ni hilang dia tengah mengandung." Jelas Jaafar lagi.

"Boleh tuan ceritakan tak serba sedikit tentang wanita bernama Embun ni?" Fariq semakin tertarik dengan nama wanita itu.

"Kalau nak cerita pasal Embun ni, memang panjang sebenarnya. Anak sanggup ke nak dengar?" Jaafar inginkan kepastian.

"Saya sanggup demi kerjaya saya." Balas Fariq dengan yakin.

"Untuk pengetahuan anak, Embun Karina ni dulu adalah seorang gadis yang paling cantik di daerah ni. Rata-rata lelaki di daerah ni semua jatuh cinta dengan kecantikan dia." Jaafar memulakan ceritanya.

Oktober 1952 :-

"Hai cik Embun, mahu pergi ke mana pagi-pagi ni?" Tegur Jaafar yang ketika itu berusia 18 tahun.

"Saya mahu ke pekan sebentar, ingin bertemu teman saya." Balas Embun yang ketika itu berusia 19 tahun. Gadis itu mengenakan kebaya merah yang ketat dan jarang sambil memegang payung.

"Mahu saya hantarkan cik Embun naik vespa saya yang baru saya beli?" Pelawa Jaafar sambil menepuk-nepuk vespa tersebut. Sebenarnya vespa itu adalah milik ayahnya, bukannya milik dirinya.

"Tidak perlu susah-susah Jaafar, saya sudah biasa berjalan kaki. Saya pergi dulu ya." Embun meminta diri.

"Hai lah Embun, kenapa kau tak pernah pandang aku ni? Adakah muka aku tak cukup cantik bagi kau?" Jaafar hanya bermonolog sendirian.

Bersambung...

Embun KarinaWhere stories live. Discover now