Bab 17 : Mandi sungai

1.5K 29 2
                                    

Idris menanti di ruang tamu dengan penuh sabar. Hampir sejam isterinya dan Ismadi berada di dalam bilik mandi. Beliau sendiri tidak tahu apa yang dilakukan oleh kedua-duanya di dalam bilik mandi itu.

Seketika menanti akhirnya kedengaran pintu bilik mandi itu dibuka dan kedua-dua mereka keluar daripada bilik mandi itu. Kelihatan Embun keluar dengan lengkap berpakaian, manakala Ismadi pula hanya mengenakan tuala di tubuhnya.

"Dah siap mandi bunga?" Soal Idris.

"Semuanya dah selesai." Balas Embun.

"Kalau macam tu kami minta diri dulu lah ye. Terima kasih banyak-banyak sebab dah tolong kami." Ucap Idris.

Pasangan tersebut kemudian meminta diri dan beredar dari rumah itu. Ismadi hanya menggelengkan kepalanya dengan permintaan daripada majikannya itu. Beliau masih mampu hadam dengan setiap permintaan mereka.

Semuanya pelik dan tidak pernah dibuat orang. Yang menjadi masalah sekarang ini adalah beliau juga terjerumus dengan rumahtangga majikannya itu. Namun apa boleh buat kerana beliau tidak sampai hati menolak.

"Macam mana dengan rancangan kita, dah berjaya ke?" Soal Idris ketika kedua-dua mereka berada di dalam kereta.

"Berjaya apanya. Dia berbogel pun tak, macam mana mahu berzina." Balas Embun.

"Habis tu kenapa dia hanya bertuala tadi jika bukan melakukan apa-apa dengan kamu?" Idris berasa pelik.

"Dia terus masuk ke dalam kolah tanpa menanggalkan pakaiannya supaya rawatan ni lebih berkesan. Aku sudah puas pujuknya untuk berbogel, namun dia berkeras untuk masih lagi berpakaian." Ujar Embun.

"Jadi mahu tidak mahu kami hanya berendam dalam kolah itu tanpa melakukan apa-apa. Setelah selesai dan keluar daripada kolah, barulah dia tanggalkan pakaiannya yang basah dan mengenakan tuala." Tambah Embun lagi.

"Takkan lah ketika berendam kau tidak goda dia?" Soal Idris.

"Aku sudah goda dengan tubuh bogel ku, namun dia masih lagi gagal digoda. Kau rasa dia lelaki yang tepat kah untuk mengandungkan aku?" Embun inginkan kepastian.

"Aku tak pasti, tapi kita tetap kena teruskan rancangan ini. Aku tidak boleh tunggu lama, takut semua harta bapak langsung tidak dapat ke aku." Tegas Idris sebelum memandu keretanya pergi.

==================================================================================

Oktober 1967 :-

"Madi, rumah kamu ada air tak?" Soal Idris.

"Sudah tiga hari rumah saya tiada air. Tuan tahu kenapa tiada air di rumah itu?" Soal Ismadi.

"Saya diberitahu pihak jabatan air terpaksa menutup bekalan air disebabkan empangan tumpahan minyak di empangan air. Seluruh daerah mengalami masalah air sekarang ni." Jelas Idris.

"Oh patut lah di rumah tiada air. Tuan tahu bila bekalan air akan ada semula?" Ismadi pula menyoal.

"Dalam dua atau tiga hari lagi. Selama air tiada ni, kamu mandi macam mana?" Soal Idris.

"Saya mandi di sungai belakang ladang kopi tu." Balas Ismadi sambil menuding jari ke ladang kopi di hadapan mereka.

"Bersih ke air sungai tu?" Idris inginkan kepastian.

"Bersih tuan." Balas Ismadi.

"Kalau macam tu petang nanti kamu temankan Embun mandi di sungai tu ya. Sudah dua hari dia belum mandi." Pinta Idris.

"Kenapa tuan saja yang tak temankan dia?" Ismadi berasa pelik.

"Petang nanti saya terpaksa ke bandar untuk urusan jual beli hasil kopi ladang ni. Jadi saya tiada masa untuk menemani Embun. Boleh ya?" Idris menepuk bahu Ismadi seraya memohon.

"Baiklah tuan." Balas Ismadi yang tidak sanggup untuk menolak permintaan majikannya itu.

==================================================================================

"Saya tidak pernah tahu di ladang kopi ni ada sungai yang jernih seperti ini." Embun teruja melihat sungai di hadapan matanya.

"Sebab puan jarang ke ladang ni, tu sebab puan tak tahu. Puan beruntung jadi isteri kepada tuan Idris, sebab puan boleh kongsi kekayaan daripada hasil ladang kopi yang luas ni." Ujar Ismadi.

"Saya tak pernah memandang harta si Idris tu. Dekat sungai ni ada orang lain yang datang tak?" Embun cuba mengubah topik.

"Kalau waktu senja macam ni memang dah tiada sesiapa yang akan ke ladang ni. Kenapa puan tanya?" Soal Ismadi.

Embun tidak membalas persoalan tersebut, sebaliknya dia terus menanggalkan bajunya yang bersarung di bahagian atas tubuh. Setelah itu, kain batiknya yang menutupi bahagian bawah tubuh juga ditanggal.

Akhir sekali, pakaian dalam yang menutupi kedua-dua bahagian paling sulit di tubuhnya juga ditanggal. Maka kini bertelanjang bulatlah dirinya di hadapan Ismadi. Lelaki itu hanya ternganga melihat wanita itu berbogel.

"Kenapa puan tidak pakai apa-apa? Tidak malukah puan jika ada orang melihat?" Soal Ismadi kerisauan.

"Kamu cakap tadi tiada sesiapa yang datang ke sini, jadi sudah pasti lah tiada sesiapa yang akan melihat saya berbogel." Balas Embun.

"Tapi saya masih di sini, puan tak malu kah berbogel di hadapan saya?" Soal Ismadi lagi.

"Buat apa saya perlu malu sama kamu, ini bukan kali pertama kamu lihat saya berbogel. Sudah beberapa kali kamu sudah melihat tubuh saya." Balas Embun.

Ismadi tidak tahu apa lagi yang perlu diperkatakan kepada wanita itu. Beliau sendiri tidak mengerti kenapakah wanita itu tiada perasaan malu apabila mereka bersama. Mudah mendedahkan tubuhnya tanpa rasa bersalah.

Beliau hanya memerhati tubuh wanita bogel itu berjalan menuju ke dalam sungai. Embun kelihatan mula merendamkan tubuhnya di dalam air. Kelihatan wanita itu sedang memeluk tubuhnya.

"Kenapa kamu tak beritahu air sungai ini sejuk?" Soal Embun.

"Air sungai memang biasanya sejuk, yang puan nak mandi bogel juga tu kenapa?" Ismadi menggelengkan kepalanya.

"Yang kamu tak masuk ke sungai lagi ni kenapa? Cepatlah masuk." Arah Embun.

"Takpe lah, puan mandi di situ. Saya mandi dekat belakang sikit." Balas Ismadi sambil menuding jari ke arah hulu sungai.

"Eh kamu nak biarkan saya mandi sorang-sorang dekat sini ke? Kamu dah gila ke? Takut lah saya." Embun tidak bersetuju.

"Bukannya jauh, dekat je. Puan boleh nampak muka saya dari sini, cuma badan je yang akan kurang jelas." Jelas Ismadi.

"Kenapa taknak mandi sekali je?" Soal Embun.

"Tak manis lah kita bukan ada apa-apa hubungan. Lagipun puan tu kan isteri orang, lagi nyelah tak sesuai." Balas Ismadi.

"Tapi hari tu kan kita dah mandi sekali dalam kolah, boleh je. Kenapa hari ni tak boleh?" Embun inginkan jawapan.

"Hari tu sebab demi rawatan puan, tapi hari ni kita tiada sebab untuk mandi sama-sama." Jelas Ismadi.

"Kalau macam tu takpe lah." Terpampang kekecewaan di wajah Embun. Rancangannya semakin tidak menjadi.

Bersambung...

Embun KarinaWhere stories live. Discover now