Prolog

97 7 1
                                    

Pintu dikuak dari luar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pintu dikuak dari luar. Terpacul wajah tegas seorang lelaki yang memakai jaket kulit. Automatik beberapa orang anggota polis terus berdiri memberi hormat.

"Pagi tuan!" sapa ketiga-tiga polis tersebut. Setelah itu, mereka duduk selepas diberi arahan hanya menggunakan tangan. Suasana sunyi sepi di dalam bilik siasatan.

Inspektor Syanin membuka komputer ribanya. Dia membuka satu file yang terkini. Beberapa gambar mayat yang pucat kulitnya terpamer di layar putih.

"Kenal dia?" tanya Inspektor Syanin kepada mereka.

"Doktor Muqri. Doktor pakar bedah professional dalam Malaysia" jawab Isma yakin.

"Dia dibunuh di parking lot rumah. Tepat jam 4 pagi. Sebelum dia nak keluar pergi kerja." Terang Inspektor Syanin.

Gambar mayat yang seterusnya.

"Dr. Hauzan, pensyarah universiti swasta. Mati atas bumbung bangunan fakulti." Semua di situ memberi tumpuan.

"Mati 2 minggu yang lalu" sambung Inspektor Syanin.

"And another one, which is him."

"Dato Sri Shafi" jawab ketiga-tiga anggota polis itu. Siapa tak kenal ahli politik negara. Inspektor Syanin mengangguk kepalanya.

"Mati selepas 8 hari Dr.Hauzan di bunuh." Jelas Inspektor Syanin. Tangan kanannya dimasukkan ke dalam poket seluar.

"Diaorang bukan kawan baik ke?" teka Rifqi. Salah seorang antara tiga polis tersebut.

"Haah, ada lagi sorang kan?." Soal Jaffan.

"Tan Sri Imre, businessman yang paling berpengaruh tu maksud kau?." Kata Isma. Rifqi dan Jaffan mengangguk laju.

"Mungkin dia terlibat sekali dalam kes ni" ujar Rifqi. Pen ditangan dipusing-pusingkan.

"Atau dia dalang semuanya" celah Jaffan. Mereka semua diam.

Tiba-tiba sahaja Inspektor Syanin menggelengkan kepalanya.

"Dia orang seterusnya." Suasana di dalam bilik siasatan menjadi sejuk, kuat pulak aircond ni.

"Kenapa tuan cakap dia orang seterusnya?" ujar Rifqi. Hairan mereka berempat berkawan baik, takkan dia orang seterusnya. Boleh jadi dia adalah punca di sebalik kes pembunuhan ini berlaku.

"Tiada motif, dia nak bunuh kawan-kawan dia. Antara mereka, dia yang paling kuat berpengaruh dan dia juga yang paling kaya dengan hasil keuntungan dari business." Inspektor Syanin bersuara.

Sebelum dia buat meeting dengan mereka. Inspektor Syanin terlebih dahulu mengkaji latar belakang hidup mangsa.

Semuanya tiada tanda-tanda bermusuh dengan Tan Sri Imre. Jadi dia yakin bukan Tan Sri Imre dalang di sebalik kes ini. Malah dia mungkin menjadi mangsa seterusnya.

DESIRAN RINDUWhere stories live. Discover now