Fattah mengambil bungkusan plastik yang berisi nasi lemak. Dia mengambil tempat duduk di bangku yang telah disediakan di bawah pokok rambutan. Nasi lemak beralaskan daun pisang dibuka helai demi helaian.
Dia mengaminkan bacaan doa yang dibaca di dalam hati. Sarapan dengan nasi lemak beralaskan daun pisang menjadi kegemarannya setiap kali dia bekerja.
Tanpa menghiraukan sesiapa di situ, Fattah terus menyuakan nasi lemak itu ke dalam mulut menggunakan sudu plastik. Sungguh menyelerakan.
Kunyahannya terhenti apabila sedari ada yang memerhati. Siapa lagi kalau bukan Izel, yang berdiri tegak melihat Fattah menjamu selera.
Izel menelan air liur, hujung dressnya dikuis-kuis. Perutnya berkeroncong minta diisi. Matanya langsung tak terkalih dari terus memandang nasi lemak itu.
Kali terakhir dia makan iaitu beberapa jam sebelum majlis bermula. Itu pun makan snack di dalam bilik. Sewaktu majlis, tart blueberry sahaja makanan lain tak sempat dirasa semua.
Fattah sambung kunyah sambil keningnya di jongket kan sedikit. Matanya kuyu melihat wajah comot gadis itu.
"Saya lapar..." ujar Izel. (Hahahahaha kenit lapar).
Fattah menarik nafasnya lalu menghembuskan semula. Tak pasal dia nak kena cari makanan untuk Izel.
Dia meraba-raba poket seluarnya mencari sesuatu. Izel di sebelah hanya lihat saja tindak tanduk Fattah. Setelah jumpa, Fattah mengeluarkan sekeping coklat Dairy Milk Hazelnut yang bersaiz kecil. Coklat itu dihulurkan ke arah Izel.
Fattah selalu berfikir tak elok kalau bagi sisa makanannya kepada orang. Nasib baik dia selalu bawa coklat.
"Thank you." ucap Izel. Dia membuka plastik sedikit lalu memasukkan ke dalam mulutnya. Suasana pagi yang damai dan tenang membuatkan dua insan itu berselera menjamu selera tanpa ada sebarang gangguan.
Setiap kali suapan, mata Fattah tidak habis mengerling ke arah Izel yang sedang berdiri. Izel berdiri sambil menikmati coklat yang diberi manakala dia pula duduk di bangku tidak jauh dari situ.
Bebola matanya melihat dari atas sampai bawah keadaan Izel. Nampak sangat lapar perempuan ni. Siap dijilatnya plastik coklat.
"Done!" kata Izel. Kepalanya berpaling melihat Fattah memandangkan ke arahnya.
"Awak pandang apa?." Tersentak Fattah dengar soalan dari Izel. Lelaki itu cepat-cepat mengemas bungkusannya lalu dimasukkan ke dalam plastik semula. Boleh pulak terkantoi.
Fattah bangun langkahnya terus diaturkan ke arah kandang kambing. Rumput-rumput yang terkumpul diambil kemudian diletakkan di dalam bekas yang sudah tersedia di setiap satu kandang.
Izel mengikuti langkah Fattah dari belakang. Badan belakang Fattah dicuit sikit.
"Fattah umur awak berapa?. Kita jadi kawan nak tak?. You look young?." Dia ikut saja ke mana Fattah pergi. Lelaki itu masih memberi tumpuan sepenuh dengan kerjanya.
"Fattah awak memang kerja sini ke?."
"Awak tahu tak tempat mana yang saya boleh tidur malam ni?."
Fattah tak ada masa nak jawab semua soalan tu. Kalau dijawab gadis ni bukan faham bahasa isyarat.
Izel melihat Fattah langsung tak hiraukan soalan dia.Tak boleh jadi ni, dia mesti buat sesuatu. Kalau tak sampai esok dia tak tahu nak tidur di mana.
"Auchh!. My knee hurts." Izel pura-pura berlakon sakit sambil memegang lututnya. Fattah pekakkan telinga.
Fattah lebih fokus melakukan kerjanya. Cemberut Izel, lakonannya tak menjadi. Selalunya dengan Izre jadi.
'Fine, I can do better.' kata Izel di dalam hati.
YOU ARE READING
DESIRAN RINDU
RomanceTerkurung seakan burung di dalam sangkar. Ingin bebas berterbangan di luar. Muslihat orang tua menjadi penghalang dia ingin melebarkan sayapnya. Detik yang di nanti sepanjang tahun, berubah dengan sekelip mata. Sangkar yang pernah menjadi tempat kur...