Bab 16

9 2 0
                                    

"Madam" panggil Jamie.

Emelda menghembuskan asap rokok sebelum dia menekan puntung rokok itu ke dalam bekas abu rokok.

Badannya dipusingkan ke belakang. Terukir senyuman lebar tatkala matanya menangkap satu susuk tubuh yang dia sanjungi.

"Welcome, Chin. My sweet boy." Tangannya di depakan ke udara. Chin memerhatikan segenap inci ruang bilik dan beberapa anak buah Emelda. Kalau dikira semua mungkin dalam kurang 15 orang.

Langkah berjaga-jaga selalu diutamakan dalam setiap situasi yang mendatang. Dia mendapat satu mesej ringkas yang dikirimkan oleh wanita ini. Katanya ada sesuatu yang ingin disampaikan. Harap informasi penting untuk memudahkan kerjanya.

"I suruh u datang sini sebab I ada surprise nak tunjuk dekat u." Dahi Chin berkerut di sebalik topeng. Tak berbaloi langsung dia datang sini.

Chin memusingkan badannya ke belakang, dia mahu balik. Emelda senyum senget, matanya memberi isyarat kepada orang suruhannya.

Chin dapat rasakan bahunya disentuh oleh salah seorang dari mereka. Dia sudah agak benda ini akan terjadi. Chin menghembuskan nafasnya sebelum memusingkan tangan itu ke arah berlawanan.

Klarkk

Kuat lelaki itu menjerit saat tangannya dipusingkan 360 darjah. Kaki galah Chin berpusing sebelum kepala lelaki itu ditendang kuat. Tendangan yang padu membuat dahi lelaki itu bertemu dengan pintu bilik.

Hentakan tersebut membuatkan lelaki itu terus tak bermaya. Suasana menjadi sepi tatkala mata mereka melihat tubuh itu terbaring dengan berlumuran darah di kepala.

"Wow!!. Great performance." Puji Emelda sambil menepuk tangan.

Tubuh yang terbaring dilangkahnya kemudian dipautnya lengan Chin. Chin yang masih bengang menarik tangannya kasar sehingga Emelda terundur ke belakang.

Semua di situ serentak mengeluarkan pistol dan mengacu sasaran ke arah Chin. Geli hati Chin bila lihat semua pistol dihala ke arahnya. Itu je ke?.

"No, it's okay. I'm fine. Follow me, Chin." Ujar Emelda berlalu keluar dari bilik tersebut. Chin berpaling melihat ke arah Jamie yang sedia untuk membunuhnya.

Hujung jari Chin menolak lembut pistol yang dipegang Jamie. Muka pasrah jelas kelihatan di raut wajah yang penuh dengan ketegasan.

Belum tiba masa dia mahu hapuskan anak tikus ini. Chin beredar mengikut Emelda yang sudah berlalu keluar.

Emelda menghentikan langkahnya di hadapan sebuah pintu bilik. Chin pun turut berhenti, tidak lah jauh mana dengan bilik tadi tapi seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan bilik ini.

"Since u dah bantu I, takkan I tak bagi hadiah, betul?." Emelda mengakses pintu bilik sebelum tangan Chin ditarik lagi sekali, membawa lelaki itu masuk ke dalam.

"Enjoy your night!" ucap Emelda seraya tangannya melambaikan ke arah Chin. Belum sempat Chin berbuat apa-apa, pintu bilik telah pun ditutup oleh Emelda dari luar.

Redha. Chin memusingkan badannya melihat sekeliling. Jauh beza rekaan bilik ini dengan bilik yang sebelumnya. Kelihatan seperti bilik VVIP.

Mungkin hadiah yang dimaksudkan berehat di tempat yang selesa. Tapi dia masih curiga dengan kebaikan Emelda. Tak pernah sebelum ini orang yang upahnya memberi hadiah sebagai tanda terima kasih. Mungkin ada di antara mereka ingin membuat sedemikian tapi tidak sempat malah berakhir dengan tangannya sendiri.

Selepas itu, Chin berlalu mendekati lampu tidur dan pasu hiasan di sebelah katil. Firasatnya mengatakan ada sesuatu yang tersembunyi di sekitar situ.

"Hai..." naik bulu roma Chin bila telingannya menangkap suara seorang perempuan. Perlahan-lahan dia memusingkan badannya melihat siapakah gerangan.

DESIRAN RINDUWhere stories live. Discover now