"I janji nanti i bawak u jalan-jalan. Ok?" kata Yan kepada seseorang di dalam telefon. Sementara itu, matanya sempat melirik kepada sekumpulan gadis remaja yang asyik berjalan di hadapannya.
Gadis-gadis itu berbisik antara satu sama lain, jelas teruja setelah menerima jelingan dari Haiyan. Beberapa orang bahkan tidak dapat menahan diri sehingga menepuk kawan di sebelah dengan penuh gembira.
Sementara itu, wajah Haiyan tetap tenang tetapi telinganya berdesing mendengar rungutan dan bebelan dari panggilan yang sedang berlangsung. Dalam hatinya, mahu segera mematikan panggilan itu.
"Ye, nanti kita jumpa. Bye..." Lembut suara dia berkata sebelum Haiyan mematikan panggilan. Seterus itu, dia memasukkan telefonnya ke dalam poket.
"Asyik, nak keluar je!. Tak letih ke minah ni?!!" marah Yan. Kenapa mesti dia perlu jumpa perempuan yang perangai tak semenggah seperti itu?. Malam nak lepak, hujung minggu nak jumpa dah macam tak ada rumah nak duduk.
Perempuan sekarang memang berbeza dengan perempuan dahulu yang lebih suka duduk di rumah. Di manakah hilangnya semua perempuan Melayu yang seperti itu dalam dunia hari ini?. Seolah-olah mereka sudah pupus, digantikan dengan generasi yang lebih bebas dan berani."
Yan mengeluh menunggu ketibaan Fattah. Sudah hampir satu jam setengah dia menunggu di depan panggung wayang.
Tangan kirinya diletakkan di palang besi yang sedia ada. Kaki kanan pula dijongket sikit sambil dia mengoyangkan kakinya. Bibirnya memuncung.
Tak lama kemudian, Yan merasakan bahunya ditepuk oleh seseorang dari belakang. Automatik, badannya dipusingkan ke belakang melihat Fattah memakai topi bewarna hitam dan headphonenya di batang lehernya.
"Sampai pun kau!. Asal lambat?!. Kau ingat,kau kaunter pejabat imigresen ke?. Aku nak kena tunggu lama-lama dekat sini!!" Fattah hanya memejamkan matanya dan mengangguk saja setiap soalan dan bebelan yang keluar dari mulut Yan.
"Haloo." Izel muncul dari belakang Fattah.
"Eh, Izel pun ada?" Suara garau tadi bertukar menjadi lembut. Fattah perasan mata Yan memberi jelingan tajam ke arahnya.
"Haah, Fattah kata awak ajak tengok wayang" jawab Izel. Baju kurung dipakai, dipusing-pusingkan. Sejujurnya dia memang tidak memiliki baju yang lain selain baju kurung lama Dhian. Dia pakai saja apa yang ada di rumah lama itu asalkan boleh dipakai.
Yan membuat mulut 'o' selepas dia mendengar jawapan dari Izel. Kemudian, dua jejaka itu melihat sesuatu yang membuatkan Izel teruja.
"Itu popcorn ke?. Wahh saya nak beli!!." Izel berlari menuju ke arah kaunter yang menjual popcorn dan makanan ringan serta air minuman.
Pap!
"Asal kau bawak dia?!. Aku suruh kau ajak orang lain kan?" marah Yan selepas lengan Fattah dipukulnya. Akibat Haiyan tersilap membeli tiket dia terpaksa meminta tolong Fattah mencarikan lagi seorang untuk menemani mereka menonton wayang.
Dia maksudkan 'seorang' itu di antara kawan mereka yang lain. Tak terfikir pulak Fattah mengajak Izel. Entah-entah...
'Khai dengan Hazreen training. Wadi nak tolong Cik N' terang Fattah menggunakan bahasa isyarat.
"Kalau dia tak suka macam mana?. Kau tahukan kita tengok cerita apa?."
"Fattah, Haiyan awak berdua ada duit tak?!. Saya nak bayar popcorn caramel ni" jerit Izel kuat. Lupa pula dia datang sini tak bawak apa-apa. Hanya bawak diri semata-mata.
Habis semua di situ memandang dua jejaka tersebut. Fattah dan Haiyan menahan malu sambil menutup separuh muka mereka dengan telapak tangan.
"Ni semua salah kau!" rungut Yan seraya kaki melangkah laju mendekati Izel. Dompet di keluarkan lalu diserahkan kepada Izel. Dompet bertukar tangan tapi mata Yan masih menikam tajam ke arah kawannya.
Fattah menghalakan jari telunjuk ke arah dirinya, ingin mengatakan katakan 'Aku?' dengan apa yang dicakapkan oleh Yan sebentar tadi.
"Pastikan dia tak buat bising dalam wayang nanti. Kalau tak semua kambing Pak Leman aku sembelih. Lepastu aku buat drive thru bagi semua orang kampung" ugut Yan sebelum dia beredar dari situ.
__________________________________________
Setelah, satu jam cerita dimainkan dengkuran Haiyan semakin kuat bergema sehingga boleh menganggu penonton lain di situ.
Fattah terpaksa menutup muka Haiyan menggunakan sapu tangannya. Bahu kirinya sudah kebas menampung kepala Haiyan yang lena tidur. Nak angkat kesian pulak jadi dibiarkan saja.
Cerita hantu Thailand tidak memberikan kesan kepada dirinya. Ketika orang lain menjerit ketakutan, Fattah masih tenang, menonton seolah-olah dunia di sekelilingnya tidak pernah terganggu.
Begitu juga Izel, masih santai menonton. Izel menghabiskan banyak masanya dengan menonton koleksi cerita hantu yang tersimpan di rumahnya.
Izel dapat melihat di sebalik kerusi, sepasang kekasih melentokkan kepala mereka antara satu sama lain. Si lelaki berusaha menutup mata kekasihnya setiap kali babak hantu menjelma, menambah kehangatan momen mereka dalam suasan yang mendebarkan.
Alangkah bagusnya dia dapat layanan yang sama. Izel mula melirik melihat ke arah jari Fattah yang elok terletak di tempat letak tangan.
Walaupun dalam keadaan gelap, jari lelaki itu tetap kelihatan runcing dan panjang, berurat dengan jelas. Keanggunan jarinya menambahkan lagi daya tarik yang seksi.
Perlahan-lahan tangan Izel naik untuk menyentuh tetapi Fattah lebih pantas mengelak. Lelaki itu memberi pandangan biasa tapi jelas menunjukkan dia marah.
Izel mengalihkan pandangan ke tempat lain. Keinginan Izel untuk menyentuh jari Fattah seolah-olah ada satu tarikan tak terlihat menariknya lebih dekat.
Namun, dia sedar perbuatannya salah membuatkan dia hanya mampu memandang dalam diam, berharap saat itu akan tiba. Kuat benar pengaruh drama sampai Izel lupa bukan semua drama boleh disamakan dengan dunia realiti.
Izel mula merasakan ada sesuatu yang menyentuh jarinya. Apabila dia menoleh, terlihat sebatang pen ditolak lembut ke arahnya 'Kejap, pen? bisiknya, kebingungan dengan situasi yang tiba-tiba ini.
Fattah menghulurkan pen yang sentiasa dibawanya ke arah Izel. Izel, yang terpinga-pinga, akhirnya mengenggam hujung pen tersebut. Sementara itu, bahagian pen yang satu lagi digenggam erat oleh Fattah.
Lelaki itu tersenyum sebelum mengalihkan pandangan untuk menonton cerita semula. Dalam sekelip mata, Izel menyedari bahawa huluran pen itu seolah-olah menggambarkan mereka sedang berpegangan tangan.
Melihat saiz tangan mereka yang berbeza membuatkan Izel tersipu malu, menimbulkan lagi perasaan hangat yang membuak di dalam hati. Izel tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada cerita.
Kejap-kejap, matanya melirik kepada pen yang dipegang oleh mereka berdua. Sehingga habis cerita itu, jari-jari mereka masih utuh menggenggam sebatang pen.
🕊️🌹: Cerita yang tengok Haiyan bukannya Haiyan yang tengok cerita. Menyesal bawak budak ni.
YOU ARE READING
DESIRAN RINDU
RomanceTerkurung seakan burung di dalam sangkar. Ingin bebas berterbangan di luar. Muslihat orang tua menjadi penghalang dia ingin melebarkan sayapnya. Detik yang di nanti sepanjang tahun, berubah dengan sekelip mata. Sangkar yang pernah menjadi tempat kur...