Bab 22

8 2 1
                                    

Izel menadah tangan, sepuluh jari disusun rapi untuk bersedia membaca doa. Mata dikatup rapat setelah menghafal beberapa ayat penting yang dibaca tadi.

"Sahaja aku berpuasa di..." suaranya tersekat, ayatnya tergantung sebelum sebelah matanya mencuri-curi membaca beberapa ayat yang terlupa.

"Di bulan Ramadhan kerana Allah Taala. Amin..." Dia menyapu tangan ke muka, seolah mengaminkan doa.

Izel bersemangat memulakan hari pertama dalam hidupnya untuk berpuasa, sehingga semalaman dia tidak dapat tidur kerana terlalu teruja.

"Jadi dah tak boleh makan dan minum sampai lah waktu Maghrib." Bibirnya melengkung ke bawah. Perutnya yang kempis diusap perlahan.

Telekung pemberian Fattah diambil sebelum dibawanya ke hidung. Izel ketawa sendirian, telekung di tangan ditutupkan ke muka, menahan malu. Jarum jam hampir menunjukkan waktu untuk menunaikan solat Subuh.

Selepas itu, dia bangun dan menuju ke bilik air untuk berwudhuk. Dia membalikkan muka surat buku panduan wudhuk satu per satu, berusaha untuk memahami langkah-langkah yang perlu dihafal.

Mengingati semua itu dalam satu hari agak sukar baginya. Dia membetulkan telekung yang dipakai agar sesuai dengan bentuk muka. Izel melihat pantulan dirinya di cermin.

"So beautiful. Aaarrgghh..." pipinya disentuh lembut. Terdapat perbezaan yang ketara apabila semuanya tertutup rapi. Mungkin inilah erti kecantikan sejati. Pasti mommy dan kakaknya juga akan cantik apabila memakai telekung.

Senyumannya berubah menjadi kelat ketika mengenangkan keluarganya. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan mereka. Dia sendiri pun tak tahu sama ada mereka mencarinya atau dia masih perlu bersembunyi.

Izel berharap mommy dan daddy tahu apa yang terjadi pada malam itu. Biar lah mereka tahu, tentang perangai sebenar Mr.Rowan yang hampir mencabuli anak bongsu mereka.

Izel perlahan-lahan menjatuhkan tangannya ke sisi. Rindu di dadanya semakin mendalam saat teringatkan perihal keluarganya. Bila agaknya dia dapat bertemu dengan mereka semula?. Dia teringat kembali kata-kata Opah Som.

Apa sahaja yang kita nak dekat atas dunia ni, cuba lah berdoa. Insyaallah tuhan tu akan tunaikan semua permintaan hamba-Nya.

Di saat Izel mengelamun, dia baru tersedar bahawa waktu sudah semakin hampir. Lebih baik dia menunaikan ibadah sebelum terlepas. Dia berdiri tegak menghadap kiblat, matanya tertumpu pada tempat sujud.

Niat solat dibaca dengan khusyuk, sebelum kedua belah tangannya diangkat sejajar telinga bagi mengangkat takbir. Dia memulakan solatnya mengikut panduan di dalam buku.

----------------------------------------------------------

"Assalamualaikum, Opah Som" ucap Izel gembira.

"Waalaikumusalam" balas Opah Som, dengan senyuman mesra.

Setelah menyapa wanita tua itu, Izel perlahan-lahan mendekati Dhian yang sedang sibuk menyidai kain. Dia berhati-hati agar tidak mengeluarkan sebarang bunyi.

"Dhian!!." Izel mengejutkan Dhian dengan menepuk bahunya. Dhian terperanjat sehingga hampir menjatuhkan kain yang sedang dipegangnya.

"Izel, buat terkejut orang je!" katanya sambil mencuit pinggang Izel. Mereka berdua ketawa, membuatkan hati Izel berbunga-bunga.

"Hahahaha, sorry" jawab Izel, walaupun tawanya masih belum reda.

"Takpe, ni awalnya Izel datang" kata Dhian, sambil menyidai semula kain yang masih berbaki.

"Guess what?" soal Izel, matanya bersinar penuh harapan agar Dhian dapat meneka sesuatu yang menarik.

"Izel puasa hari ini" kata Izel dengan teruja, memberitahu Dhian bahawa ini adalah hari pertama dia menunaikan ibadah puasa.

DESIRAN RINDUWhere stories live. Discover now