Bab 12

15 4 3
                                    

Sinaran matahari yang terpancar terang membuatkan lima jejaka itu berpeluh menyelesaikan tugas. Baju t-shirt sudah basah dibanjiri peluh.

Muka kepenatan mula terpancar di wajah masing-masing. Aktiviti membersihkan reban ayam sudah menjadi aktiviti rasmi antara mereka.

"Dapat pun kau!!. Hahahahaha aku menang!!." Yan gembira akhirnya dapat juga dia menangkap ayam yang terakhir.

Tapi malangnya akibat suara teruja Yan ayam tersebut terlepas dan terbang dari tangannya. Berubah muka Khai bila ayam yang terakhir terbang bebas begitu saja.

"ISHH, KAU NI PEGANG LAH BETUL-BETUL!!" hambur Hazreen sambil mencekak pinggang. Banyak main-main kawan dia sorang ni.

"Aku pegang betul lah, ayam tu yang terbang." Wadi pejamkan mata. Dia sungguh redha kalau Hazreen dan Yan mula bergaduh.

Tak boleh nak buat apa melainkan pekakkan telinga. Tinggal seekor ayam lagi yang mereka perlu masukkan ke dalam reban.

"Tangkap betina reti pulak!" sindir Hazreen. Dasar buaya.

"KAU NAK AKU BUAT APA?!, NGORAT AYAM TU PULAK!!" tengking Yan.

"Ayam-ayam apa persamaan awak dengan saya?. Dua-dua bertelur. HAH MACAM TU KE??!!" mengamuk Yan. Marah macam dia sorang je yang letih. Perempuan boleh lah mengayat kalau ayam nak mengayat macam mana?.

Hazreen geram dia berlalu mendekati Yan lalu punggung Yan disepaknya kuat. Terjatuh Yan ke tanah.

Mereka yang lain mampu gelakkan mereka berdua. Pergaduhan antara Yan dan Hazreen memang takkan pernah berakhir.

Izel geli hati melihat Yan dan Hazreen bertengkar. Dia mampu menonton drama tak berbayar menerusi tingkap dapur.

Kaum hawa semua duduk di dapur untuk bantu Opah Som siapkan makanan tengahari.

"Hazreen dengan Yan memang selalu bergaduh. Kalau sehari tak bergaduh memang tak sah" ujar Dhian sambil tangannya memotong sayur.

Dia sebagai isteri Hazreen pun dah penat nak nasihatkan supaya jangan mulakan pergaduhan. Tapi macam angin lalu nasihat dia ditelinga Hazreen.

Senyum Izel mendengar kisah Hazreen dan Yan. Izel mengambil gunting lantas terus duduk di sebelah Dhian.

Izel mengambil seikat lagi kacang panjang, dia mengikut cara Dhian potong. Maklum lah dulu dia tak pernah ke dapur jadi dia tak tahu apa-apa.

Tolong walaupun tak disuruh. Malu pulak kalau dia sorang saja yang duduk, orang lain semua buat kerja.

"Dorang kawan sejak sekolah lagi Izel." kata Opah Som. Membesar bersama, susah senang pun bersama.

"Mesti best ada kawan" sayu suara Izel. Teringat pula dulu dia tak pernah memiliki kawan. Sunyi.

"Izel takde kawan?." Tanya Dhian. Muka comel seperti Izel tidak ada seorang pun mahu berkawan.

"Ada Dhian dengan Fattah" jawab Izel.

"Tak maksud Dhian sebelum jumpa kitaorang."

"Ada, kucing saya nama dia Niya. Niya sorang je kawan Izel." Si bulus gemuk yang dia bercakap hari-hari.

Kadang-kadang macam orang gila bercakap dengan kucing yang sudah tentu tak boleh bercakap. Tapi Niya setia mendengar walaupun muka malas nak layan.

"Sama Dhian pun ada sorang je kawan nama dia Seroja. Itu pun dia dah kahwin."

Lama dia tak nampak Seroja sejak dia dah berdirikan rumah tangga. Dengar cerita Seroja telah menetap di Kuala Lumpur ikut suaminya di sana.

"Banyak kawan pun tak guna, bukannya semua kita boleh percaya" kata Opah Som. Izel dan Dhian terdiam.

DESIRAN RINDUWhere stories live. Discover now