Bab 9

16 3 1
                                    

"Ending dia tergantung, menyesal aku beli tiket dengan Dhian" luah Hazreen. Ceritanya mendapat anggukan daripada Wadi dan juga Yan.

Rumah Wadi menjadi tempat mereka berkongsi cerita setelah sekian lama tidak berjumpa. Masing-masing sibuk dengan urusan kerja.

"Kau pun tak bijak. Dah tahu ending cerita tu tergantung yang pergi tengok buat apa?" kata Khai.

"Sebab aku tak tahu ending dia apa lah, sebab tu aku tengok!" mengamuk Hazreen. Ada yang makan selipar jugak Khai ni karang.

Khai ketawa bila usikan dia tadi membuat Hazreen marah. Wadi dan Yan menggelengkan kepala, ada-ada saja gelagat Khai.

"Kalau dah tahu buat apa orang tu letak dekat wayang!." Hazreen mengibas t-shirt putihnya dengan kasar. Api kemarahan dia meluap-luap bila borak dengan Khai.

Kemudian, mereka berempat menoleh kepala ke arah suara wanita tua yang memanggil anak lelakinya.

"Ye, Wadi datang..." laung Wadi tatkala namanya dipanggil Puan Neeta. Rumah yang terletak berhadapan dengan sawah padi itu menjadi tempat kegemaran mereka untuk melepak.

Pemandangan sawah padi yang menghijau menenangkan lagi fikiran siapa yang melihat. Banyak di antara mereka gemar duduk di atas pangkin yang dikhaskan Puan Neeta iaitu mak kepada lelaki yang bernama Aswadi.

Pangkin itu ditempatkan di bawah pokok menghadap sawah padi mereka. Puan Neeta juga tak kisah kalau di antara kawan-kawan anaknya datang mari ke rumah semata-mata untuk melihat pemandangan di situ.

"Korang nak tahu minggu lepas aku ada jumpa sorang awek ni. Peerghh...cun habis" kata Yan memulakan perbualan selepas bayang Wadi hilang, masuk ke dalam rumah.

Hazreen dan Khai masing-masing buat muka pasrah. Mereka berdua seperti tak mahu mendengar cerita yang baru dibangkitkan oleh Yan.

"Mula lah tu sembang scandal dia" bisik Hazreen kepada Khai. Siapa je tak tahu kawan mereka yang sorang ni spesis ulat bulu. Pantang nampak perempuan cantik sikit, mula panjang akal nak berkenalan.

"Ye weh tak berkelip mata memandang" sambung Yan lagi. Ditariknya sikit bahu Khai untuk menyuruh lelaki itu peka dengan ceritanya.

"Ye lah Yan, mata dia merah, gigi dia tajam, kalau dia tangkap kau hilang teruna" tertawa Khai dihujung ayat. Puas hati menyakat Yan. Hazreen pun turut tergelak sama.

Sakan mereka berdua tertawakan Yan, tetapi lelaki itu hanya diam melihat sesuatu. Tak kisah langsung usikan dari kawan-kawannya. Matanya lagi menarik memandang seseorang di kawasan rumah Wadi.

"Hah tak berkelip dah?." Hazreen menyentuh perutnya. Sisa tawa mereka semakin perlahan apabila memandang Yan senyap tidak berkata apa-apa. Selalunya kena bahan dah melenting.

"Siapa tu?" soal Yan sambil jari telunjuknya menghala ke arah seorang perempuan yang bonceng di belakang Fattah.

Fattah menghentikan motornya, tongkat dijatuhkan ke bawah. Dia memberi isyarat mata kepada Izel untuk turun terlebih dahulu.

Izel melihat sekeliling tempat yang baru dia jejaki. Selepas kejadian dia dihimpap motor, Fattah terus membawanya ke sini.

Hazreen, Khai dan Yan berjalan mendekati Fattah. Wadi yang baru keluar pun turut menghampiri mereka semua.

"Amboi!!, biasa dia tu dah berani bawak perempuan" laju tangan Yan mengetuk kepala Fattah. Tak padan dengan bisu, dah pandai bawak perempuan bonceng sekali.

DESIRAN RINDUWhere stories live. Discover now