Bab 1

40 4 0
                                    

Izel mengusap lembut bulu lebat itu. Kucingnya mempunyai baka Caracal memiliki saiz badan yang agak besar dari kucing biasa.

Tiada siapa yang berani menyentuh kucing Caracal Izel. Sentuh pun tak berani apakan lagi membelainya. Hanya dia dan abangnya, Izre yang berani membelai Niya. Niya adalah nama yang diberikan oleh Izel.

Siling putih direnungnya lama. Niya lena tidur di hujung katil. Otaknya bercelaru memikirkan sesuatu. Izel berpaling tatkala telinganya mendengar ketukan pintu dari luar bilik.

Tok,Tok,Tok.

"Come in" kata Izel malas.

Perlahan-lahan pintu terbuka tetapi tiada bayang seseorang pun yang muncul. Rasa takut mula menyelebungi diri.

Izel baru tersedar sekarang masih lagi tengahari tiada sesiapa di dalam rumah kecuali pembantu rumah.

"Siapa tu?." Izel duduk dari pembaringan. Niya terjaga akibat tuannya berundur sikit menghampirinya.

"Hello, my little princess." Izre mengeluarkan kepalanya sikit di sebalik dinding.

"Gosh!. You scared me." Izel mengurut dadanya. Izre mengorak langkah dan terus duduk di birai katil bersebelahan dengan adiknya.

Plastik di bawa di hulurkan ke arah Izel.

"Brownies."

Satu perkataan saja sudah cukup membuatkan Izel mengukir senyuman lebar.

"Macam tahu je tengah craving." Izel tersengih-sengih sambil mencapai plastik tersebut.

Izel penggemar makanan manis tetapi sering kali dihalang oleh mommynya. Katanya makanan seperti itu tidak baik untuk kesihatan.

Izel membuka kotak putih yang berisi brownies itu. Izel menelan air liur sebelum dia mengambil brownies yang siap dipotong itu dan terus bawa ke dalam mulut.

Izre mampu senyum nipis melihat Izel menikmati setiap cebisan brownies yang di bawa tadi.

"Welcome" perli Izre. Lama dia tunggu Izel mengucapkan terima kasih. Tapi hampeh. Izel tersengih, kalau dah nampak brownies semua benda lupa.

"Izre beli dekat mana?." Soal Izel. Tak habis lagi di dalam mulut, dia ambik lagi satu.

"Bakery." Jawab Izre ringkas.

"Mesti banyak lagi dessert yang lain kan?." Alangkah gembiranya bila dia dapat rasa semua dessert di kedai itu.

"Hmm..." balas Izre. Badan kekarnya mula bersandar di bantal empuk Izel. Matanya dipejamkan. Penat betul kerja harini.

Sekarang waktu lunch hour, sebab itu dia boleh balik ke rumah sekejap. Lepas itu, dia perlu segera ke pejabat semula. Kalau lambat sikit mula lah nanti daddy bising.

Izre terpaksa bekerja di syarikat daddy nya. Kalau ikutkan minat, dia mahu membuka Kursus Latihan Senjata. Dia lebih tertarik mengendalikan senjata daripada duduk di hadapan komputer.

"Nanti bawak Izel pergi kedai tu boleh?."

"Princess kan tak boleh keluar." Satu ayat yang mematikan keinginan Izel. Betul, dia membesar seperti cerita Rapunzel yang tidak boleh keluar melihat dunia.

"Tapi Izel dah 20 tahun."

Janji mommy dan daddy akan membenarkan dia keluar bebas apabila Izel berusia 20 tahun. Bagi mereka, umur itu sudah matang untuk mengenali dunia sebenar.

"Boleh lah Izre, bawa Izel pergi kedai tu." Rayu Izel. Dia nak jugak merasa dessert lain. Mesti ada yang lagi sedap selain brownies.

"Later, I ask mommy. Ok princess." Rambut panjang yang beralun itu diusap lembut.

DESIRAN RINDUWhere stories live. Discover now