"Wadi!."
Setitis air mata Wadi jatuh di pipi Izel tatkala telinganya menangkap suara yang memanggilnya. Setelah hampir 2 tahun dia tidak mendengarkan suara itu. Suara yang merdu dan lemah lembut bila berkata. Dia cukup kenal empunya suara.
Bagaimana kalau dia melihat mereka sekarang?.
Wadi cuba membantu Izel kembali berdiri. Tali leher yang dipegang Izel ditarik perlahan. Lelaki itu membuat jurang jarak antara dia dan Izel semula.
Izel membetulkan baju kurungnya sebelum dia mengangkat kepala melihat ada seorang perempuan bertudung menghampiri mereka.
Perempuan itu memandang mereka berdua silih berganti sebelum dia membuka mulutnya untuk bersuara.
"Awak siapa?" soal perempuan itu ke arah Izel dengan nada yang lembut.
"Saya Izel. And you?."
"Saya Seroja." Tangan dihulur untuk bersalam. Izel menyambut tangan Seroja dengan senyuman yang mesra.
Seroja?. Dia macam pernah dengar nama itu. Dahi Izel mula berkerut mengingatkan bila kali terakhir dia mendengarnya.
"Ooohhh...Awak lah Seroja!!!."
Seroja memandang wajah Izel dengan pandangan pelik. Keningnya hampir bertaut. Rasanya dia tak pernah jumpa Izel sebelum ni. Wadi disitu pun turut memandang kedua mereka dengan penuh tanda tanya.
"Dhian pernah cerita awak dengan Wadi dulu kawan." Baru dia teringat dia ada menanyakan tentang kawan Dhian sebelum ini.
Wadi berdehem sebelum dia melaung kuat memanggil Opah Som.
"Opah, simpan je duit baki tu!." Laung Wadi sekuat hati.
"Kejap Wadi, opah lupa mana opah letak." Umur dah semakin meningkat, semua benda dah tak ingat.
"Takpe opah simpan je duit tu, Wadi sedekah." Ujar Wadi.
"Ni, dekat luar ni ada tetamu. Wadi balik dulu!."Lelaki itu meminta diri untuk beredar. Izel melihat muka sayu Seroja selepas Wadi pergi.
Kata Dhian, Wadi dulu pernah berkawan dengan Seroja. Setiap kali raya, mesti Wadi akan ceritakan tentang Seroja kepada Dhian dan juga kakaknya.
Tapi tak pernah sekali pun Wadi bawa berjumpa. Selepas dia berkahwin dengan Hazreen baru dia kenal Seroja, akibat selalu berjumpa kesudahannya menjadi kawan.
Kenapa cerita Dhian tak sama dengan apa yang dia lihat. Kalau berkawan kenapa tak bertegur?.
"Tapi sekarang nampak awak dengan Wadi macam tak berkawan. Kenapa gaduh ke?." Tanya Izel seraya mendekatkan wajahnya dengan wajah Seroja.
Terpaksa Seroja berundur ke belakang akibat terlalu terkejut dengan Izel selari soalan yang ditanya. Opah Som tiba di tangga, hanya tinggal Izel seorang dan...Seroja?. Bila masa pulak gadis ini datang ke sini?.
Padan lah Wadi tergesa-gesa sangat nak balik. Mungkin Seroja yang dia maksudkan sebagai tetamu.
"Izel, pergi balik hari dah nak senja. Nanti gelap."Kata Opah Som sambil tangan kirinya mencekak pinggang.
Izel memusingkan kepalanya melihat langit yang terang sudah berubah menjadi jingga.
"Ye lah, Izel balik dulu. Bye,bye Opah. Bye,bye Seroja" ujar Izel. Berlari ke arah basikalnya. Tongkat basikal di naikkan sebelum dia mengayuh basikal perlahan-lahan.
"Ada kamu Seroja?" sapa Opah Som. Dia melabuhkan punggungnya untuk duduk di tangga rumah. Seroja menghadiahkan senyuman manis ke arah wanita tua itu.
"Fazril ambik cuti, itu yang balik kampung. Lama tak jumpa orang kampung." Terang Seroja. Sudah lama dia tak pulang ke desa. Bila tiba hari raya sahaja mereka pulang ke sini.
YOU ARE READING
DESIRAN RINDU
RomanceTerkurung seakan burung di dalam sangkar. Ingin bebas berterbangan di luar. Muslihat orang tua menjadi penghalang dia ingin melebarkan sayapnya. Detik yang di nanti sepanjang tahun, berubah dengan sekelip mata. Sangkar yang pernah menjadi tempat kur...