Bab 15

11 1 0
                                    

Angin malam sejuk menyapa kulit Izre yang berdiri di luar restoran. Nasib baik dia memilih untuk memakai jaket kulit malam ini.

Sejak adik perempuannya tiada di rumah. Izre langsung tiada keinginan untuk pulang ke rumah. Sekadar balik untuk berehat, selebihnya dia di luar.

Tiada siapa berada di rumah, semuanya buat hal masing-masing seperti tidak ada apa yang terjadi. Mommy dan daddy kerap menghadiri majlis perasmian business kawan-kawan mereka. 

Kakaknya Izerica memang takkan duduk di rumah. Rambut perang itu akan munculkan diri waktu petang, itu pun dia baru bangun selepas semalaman di luar. Rumah agam itu kosong dan sunyi. Hanya ada beberapa bodyguard berkhidmat untuk menjaga di luar.

Perginya Izel tidak memberikan kesan apa-apa kepada keluarganya. Otaknya masih serabut memikirkan bagaimana hendak mencari adiknya.

Kalau lah dia boleh undurkan masa dan memberi telefon bimbit kepada Izel sebelum melarikan diri lebih mudah kerjanya tapi tidak bodohnya jelas kelihatan ketika itu.

Membiarkan seorang gadis yang tidak pernah mengenali dan lihat dunia sebenar keluar bersendirian tanpa bimbingan.

Izre berjalan menuju ke arah keretanya. Kereta baru dibeli beberapa minggu yang lalu. Langkahnya terhenti apabila gegendang telinganya mendengar jeritan seorang gadis seakan meminta tolong di bahagian lorong di belakang restoran.

"TOLONG, TOLONG SAYA!!!..."

"Mana kau nak lari?. Kau mari sini!!." Tiga orang pemuda mengepung seorang gadis muda. Beg tangan gadis itu dirampas kasar.

"Tolong lah lepaskan saya encik, saya memang tak ada duit...." sepuluh jari disusun rapat memohon agar mereka bertiga melepaskannya.

"Cth!!, habuk je. Bapak miskin!!". Beg tangan yang dipegang dicampakkan ke tepi.

"Saya dah cakap saya tak ada duit. Tolong lah encik lepaskan saya." Dia baru sahaja keluar dari kedai 7-eleven tiba-tiba tangannya ditarik oleh mereka bertiga.

"Saya datang KL nak belajar encik. Kesian lah dekat saya. Mak saya ada dekat kampung..." rayu perempuan itu. Matanya hanya melihat ke bawah dalam pada masa yang sama hatinya berdoa agar Allah SWT selamatkannya daripada

"Alololo kesiannya..." ejek mereka.

"Eh, takpe. Kalau takde duit bagi benda lain." Gadis itu ketakutan bila semua ketiga mereka menghampirinya. Dua orang daripada mereka menggenggam kuat lengan gadis itu.

Pergerakannya terhenti, tiada peluang untuk dia larikan diri. Mulutnya ditutup kasar. Tangisan air mata mula berjujuran keluar.

"Ssshh, abang buka sikit je." Usikan lelaki itu membuat seluruh badannya menggigil. Butang kemeja yang dipakai gadis itu dibuka satu persatu.

Tawa jahat mereka bergema kuat di sepanjang lorong. Hampir separuh pakaian dalam gadis itu terdedah. Tangisan dan jeritan halus tidak diendahkan.

Bisikan syaitan yang halus di telinga membuatkan mereka bertiga tenggelam arus dalam kegelapan. Seronok mereka melakukan kerja terkutuk itu sehinggakan tidak perasan ada seorang lelaki sedang berlari menghampiri mereka semua.

Tanpa salam lelaki di depan gadis itu ditendang jauh oleh Izre. Bayang-bayang Izre terpancar jelas daripada cahaya kilat yang menyambar di langit gelap. Jelas sekali hujan bakal membasahi bumi.

Lelaki yang ditendang itu menyentuh perutnya menahan sakit akibat tendangan Izre manakala dua orang lagi melepaskan gadis itu dan cuba untuk menyerang.

Izre membetulkan jaket kulitnya terlebih dahulu sebelum dia pantas mengelak tumbukan dari salah seorang daripada mereka. Tangan lelaki itu digenggam kemudian dipusingkan. Muka hodoh malahkan jijik itu ditumbuk bertubi-tubi oleh Izre.

DESIRAN RINDUWhere stories live. Discover now