"Straight or turn right?. Which one ah?." Izel buntu di persimpangan simpang empat. Semalam waktu di dalam kereta Hazreen dia hanya tengok ke luar tingkap.
Kawasan yang penuh dengan tumbuh-tumbuhan hijau. Kebanyakkan rumah di sini semuanya rumah kayu. Ada juga bina daripada batu bata. Jarak setiap rumah pun tidak jauh sangat.
"Arrggh...Izre can u help me?." Izel menoleh ke kiri. Kosong. Selama ini Izre yang banyak membantunya.
Kini dia harus sedar yang dia perlu hidup berdikari. Ini lah cabaran selepas masuk ke dunia luar. Semuanya perlu buat sendiri. Bukan semua orang sentiasa ada bersama kita.
Seketika itu, ada sebuah kereta berhenti betul-betul disebelahnya.
"Izel" panggil seseorang di dalam kereta.
Berkerut dahi Izel mengingatkan semula muka gerangan yang memanggilnya.
"Ni Pak Leman lah, bos Fattah." Izel mengangguk sambil menepuk tangan. Lama dia tenung muka orang tua itu.
Baru semalam jumpa tak ingat terus. Banyak betul terjadi semalam sampai dia pun letih untuk mengingatkan kembali.
"Kamu nak pergi mana ni?." Pak Leman melihat pakaian Izel lebih sopan santun dari semalam dah tu basikal mana pulak dia ambik.
Awal pagi lagi dia bersiap menunggang basikal yang dikatakan Dhian untuk pergi mencari Fattah. Tapi sayang dia tak tahu satu pun jalan di sini.
"Rumah Fattah. Eh, rumah Wadi?. Eh, ye ke nama dia Wadi?" kata Izel sendiri. Pak Leman menggelengkan kepalanya.
"Fattah dengan Wadi takde dekat rumah. Katanya pergi rumah Opah Som, ada kerja nak buat dekat sana" terang Pak Leman.
"Opah Som??." Izel menggaru kepalanya. Dia tengah pening sekarang Pak Leman tambah lagi pening.
"Haiihh...takpe lah, mari pakcik tunjukkan jalan."
Izel cepat-cepat menaikkan tongkat basikal. Dia mengayuh basikal mengekori kereta Pak Leman dari belakang.
----------------------------------------------------------
"Nah cekodok pisang." Opah Som meletakkan sebekas cekodok itu di hadapan cucu-cucunya.
"Terima kasih Opah!!" ucap semua cucu-cucunya. Cekodok pisang yang dibuat khas oleh Opah Som boleh habis dalam sekelip mata.
"Opah, mari duduk sekali" pelawa Wadi sebelum orang tua itu masuk ke dalam rumah semula.
"Takpelah kamu semua makan dulu, Opah nak buat air sekejap. Ni nak minum air apa?" soal Opah Som kepada mereka berlima.
"Air Katira satu" ujar Hazreen. Laju tangan tua itu melibas kain yang disangkutkan di bahu ke arah lelaki itu.
"Banyak lah kau air Katira!!!. Dah air kopi je!!" marah Opah Som. Cucu dia sorang ni memang benak sikit. Khai, Yan, Wadi dan Fattah mampu tergelak saja.
"Tadi tanya kita jawab lah." Gumam Hazreen perlahan selepas opahnya beredar masuk ke dalam rumah.
Tengah sedap mereka berlima menjamu selera di bawah pondok kayu datang pulak kereta Proton Saga masuk ke perkarangan rumah.
Ternganga mulut masing-masing memandangkan sesuatu. Mata tak terkalih langsung baik yang playboy mahupun dah berkahwin. Mereka tahu kereta itu kepunyaan siapa jadi tak hairan sangat.
Izel berhenti, tongkat basikal dijatuhkan ke bawah. Dia membetulkan bajunya, rambut pula dikemaskan bagi rapi.
"Bukan aku sorang je kan nampak dia pakai baju kurung?." Yan nak pastikan matanya tak salah melihat bidadari. Khai menggelengkan kepalanya, dia pun terpegun sama.
YOU ARE READING
DESIRAN RINDU
Любовные романыTerkurung seakan burung di dalam sangkar. Ingin bebas berterbangan di luar. Muslihat orang tua menjadi penghalang dia ingin melebarkan sayapnya. Detik yang di nanti sepanjang tahun, berubah dengan sekelip mata. Sangkar yang pernah menjadi tempat kur...