Deruman kereta sepanjang jalan tidak menghentikan perjalanan Fattah dan Izel. Sekali pandang seperti pasangan kekasih.
Selepas selesai urusan mereka di rumah Opah Som, Dhian meminta Fattah untuk menghantarkan Izel pulang ke rumah disebabkan gadis itu masih baru di sini.
Berbunga hati Izel bila Fattah hanya turutkan permintaan Dhian. Mereka berdua memutuskan untuk berjalan kaki bersama.
Fattah menolak motornya manakala Izel menolak basikal. Bagaikan tidak percaya Fattah sanggup menolak motor dan berjalan kaki dengannya. Walaupun muka lelaki itu sentiasa tenang tapi perbuatannya membuatkan Izel tak tenang.
"Rumah awak dekat mana Fattah?." Izel mulakan perbualan. Dia langsung tidak berpeluang untuk bercakap dengan Fattah berdua. Lelaki itu hanya diam tanpa menoleh ke arahnya.
"Fattah..." Fattah menghentikan langkahnya. Kepalanya dipusingkan melihat gadis di sebelah. Serba salah pulak dia tidak menjawab persoalan Izel. Mata sepet itu bertembung dengan mata bundar Izel.
"Can I ask you something?." Fattah angguk.
"Do I look Islamic in your eyes?." Fattah menyengetkan kepalanya ke sisi. Dia tak faham apa yang Izel cuba sampaikan.
Izel melepaskan keluhan kecil sebelum dia sambung terangkan semula.
"Sebelum ni, ada orang pernah bagitahu saya my real religion."
"It's Islam, but I didn't know anything about Islam." Dia ingat lagi Suri pernah beritahunya malam itu.
"So I feel like I want to learn more about Islam." Izel meletakkan tapak tangannya ke dada. Muka yang ditunjukkan tampak yakin yang dia bersungguh-sungguh mahu belajar tentang Islam.
"I promise I will get an A+ in Islam." Izel mengepalkan kedua-dua tangannya lalu ditunjukkan kepada Fattah.
Geli hati Fattah melihat muka Izel. Telefon di dalam kocek seluarnya dikeluarkan. Seperti biasa dia menaip sesuatu di dalam notes.
Tak perlu A+ dalam Islam cukup ada niat nak belajar. Insyaallah, Allah permudahkan.
Fattah memusingkan kepalanya melihat ke seberang jalan. Dia menolak motornya melintasi jalan. Izel mengejar langkah lelaki itu pergi ke sebuah warung kecil berdekatan dengan pantai.
Motor hitam diparkir di tepi. Fattah berjalan mengambil tempat duduk di bawah pokok jauh dari meja lain.
Izel menongkatkan basikal terlebih dahulu sebelum dia pergi ke arah Fattah. Kerusi berhadapan dengan Fattah ditarik lalu dia terus melabuhkan punggungnya untuk duduk.
Sementara itu, Cik Cah peniaga warung berjalan ke arah meja mereka. Di tangannya pula memegang buku nota kecil dan juga pensel untuk mencatat pesanan.
"Ye Fattah nak ord...er?." Cik Cah silih berganti pandang Fattah dan Izel. Terkejut dia melihat Fattah membawa gadis yang entah dari mana asal usul makan sekali di sini.
"Siapa ni?." Izel diam dia tahu wanita ini menanyakan perihal dia.
'Kawan.' Fattah beritahu dalam bahasa isyarat.
Orang kampung semua tahu Fattah orang istimewa. Ada juga sesetengah daripada mereka belajar bahasa isyarat untuk senang berkomunikasi dengan Fattah.
"Hah, ye la nak order apa?." Malas dia nak tanya lebih. Cik Cah menghulurkan buku nota itu kepada Fattah.
Fattah menulis Cendol dan ABC. Selain meniaga mee sup dan bihun sup Cik Cah juga meniaga Cendol dan ABC. Untung besar Cik Cah meniaga di tepi pantai.
Orang kampung suka singgah makan di warung sambil melihat pemandangan ombak biru beralun.
YOU ARE READING
DESIRAN RINDU
RomanceTerkurung seakan burung di dalam sangkar. Ingin bebas berterbangan di luar. Muslihat orang tua menjadi penghalang dia ingin melebarkan sayapnya. Detik yang di nanti sepanjang tahun, berubah dengan sekelip mata. Sangkar yang pernah menjadi tempat kur...