Bab 2

18 3 1
                                    

"Awak siapa?" soal Suri.

Tak pernah sekali dia lihat wajah gadis ini semenjak dia mula bekerja di sini. Izel pantas berjalan dan duduk bersila di sebelah Suri.

"Saya Izel anak bongsu daddy."

Izel menghulurkan tangannya ingin berjabat. Suri menyambut tangan Izel takut-takut. Anggap saje lah dia baru mengenali gadis yang berambut merah ini.

"Awak baca apa tu?." Mata Izel beralih kepada sesuatu yang berada di hadapan Suri.

"Al-Quran?." Jawab Suri dengan dahinya dikerutkan.

"Apa tu buku eh?." Teka Izel lagi. Dia tak pernah nampak pun sebelum ni.

"Kitab suci bagi orang yang beragama Islam." Mustahil Izel tak tahu, orang berlainan agama pun mungkin tahu rupa Al-Quran bagaimana.

"Oohh... saya tahu kitab. Saya pernah nampak dekat gereja." Terkedu Suri bila Izel sebut pasal gereja. Izel menayangkan muka selamba.

"Ge...gereja?" soal Suri lagi sekali. Dia kurang dengar atau budak ni kurang didikan.

"Haah, ni awak punya ke?. Awak boleh bawak balik?." Dia tak tahu pula kitab suci Islam boleh bawak balik. Izel cuba membelek, Al-Quran itu.

"A...wak ma...maa...suk gereja?." Tergagap Suri mengungkap soalan itu. Jantungnya tak berhenti berdegup laju.

"Ye, itu tempat sembahyang kami." Jawab Izel selamba.

"Bukan." bangkang Suri.

Izel menyengetkan kepalanya sedikit. Apa yang bukan?, betul lah apa yang dia cakap.

"Awak semua agama Islam!."

Terkedu Izel dengan kenyataan yang dia baru dengar. Selama ini mommy dan daddy selalu bawak mereka semua sembahyang di gereja.

"Ouh, kalau macam tu kita sama lah, awak pakai apa ni?." Suri diam.

Suri tak percaya Izel sepolos ini?. Langsung tak ambil serius tentang apa yang dia cuba sampaikan.

Mungkin Izel tak tahu atau mungkin Tan Sri dan Puan Sri rahsiakan ini daripada anak-anak mereka. Sebab itu mereka membesar seperti budaya barat.

"Telekung." Ujar Suri.

"Memang kena pakai ke?." Suri mengangguk kepalanya. Izel mengerling ke arah Al-Quran yang dipegang Suri.

"Ermm..awak memang taknak baca lagi eh?. Baca lah saya nak dengar."

Suri bersangka baik dengan Izel mungkin betul firasat hati dia mengatakan bahawa satu keluarga ini sudah terpesong dari agama sebenar.

Suri membaca kalimah-kalimah Allah yang tertulis di dalam Al-Quran. Alunan suara yang merdu dan tenang boleh membuatkan Izel memejamkan kelopak matanya.

Setelah habis baca. Suri menyentuh tapak tangan Izel. Jari kecil itu digenggam erat. Masih ada peluang lagi untuk mereka kembali ke jalan yang benar.

"Izel, keluarga awak semuanya beragama Islam. Balik lah ke jalan Allah." Pilu hatinya apabila saudara sesama Islamnya memilih jalan yang salah.

Suri tak mahu salahkan sesiapa. Lebih baik dia menasihati agar semuanya kembali ke pangkuan-Nya.

"Nanti saya bagitahu mommy. Lepastu mesti dia belikan saya telekung macam awak." Izel tersenyum hingga menampakkan gigi arnabnya.

"Tak sabarnya!!." Teruja Izel.

Izel tidak mengerti tentang Islam yang sebenar. Baginya, telekung yang dipakai terlihat cantik tambah pula dengan alunan-alunan suara merdu yang membaca Al-Quran.

DESIRAN RINDUWhere stories live. Discover now