"Calm down, Izel. You can do this." Izel sedaya upaya menenangkan diri sendiri. Dia mengawal stereng dengan perasaan berdebar-debar. Hari yang teruk bagi dia.
Skrin komputer Chin memaparkan gambaran Izre yang sedang dikepung oleh sekumpulan lelaki berpakaian sut hitam.
Mereka semua menyerang Izre secara fizikal dan tidak lagi menggunakan senjata. Erti kata lain mereka semua ingin menumpaskan Izre dengan cara berlawan dengannya.
Chin menggunakan peluang untuk mengekori kereta yang masih dipandu. Dia tidak dapat lihat dengan jelas muka gadis yang dibawa Izre tadi. Ya, dia mengintip menerusi dron sejak awal Izre bawa gadis itu masuk ke dalam kereta.
Chin dapat info dari media sosial yang Tan Sri Imre bakal mengadakan majlis besar-besaran di rumahnya.
Jadi dia membuat persediaan untuk mendapatkan maklumat yang selanjutnya dengan mengintip menerusi dron miliknya. Tetapi tak tahu pula ada kejutan.
Firasatnya mengatakan ada sesuatu yang terjadi di dalam rumah yang melibatkan Izre terpaksa membawa gadis itu lari. Sekarang, dia mengintip gadis itu memandangkan Izre sedang bergelut dengan ramai bodyguard.
Mungkin gadis ini adalah orang penting bagi hidup Izre. Mungkin kekasih?, isteri?.
Dia boleh jadikan perempuan ini sebagai umpan untuk memudahkan kerjanya nanti."NO,NO,NO!!!. HOW TO HANDLE THIS!!!..." Izel kelam kabut mengendalikan stereng semula selepas dia terlanggar sebuah batu besar.
"TOO LATE. AAARRRGGGHHHH!!!" Kereta yang dipandu hilang kawalan. Keadaan cemas memaksa Izel untuk memusingkan stereng kereta 360 darjah. Berpusing-pusing kereta Mclaren 720s Izre sehingga kereta tersebut terjatuh ke dalam gaung.
Izel menjerit kuat sepanjang kereta sport itu terjatuh ke dalam gaung. Bertambah lagi kuat bila kereta itu melanggar satu batu besar dihadapannya. Kereta yang hilang kawalan terpelanting ke udara dan jatuh ke bawah dalam keadaan terbalik.
Chin hanya melihat dengan pandangan biasa. Dalam hati berharap perempuan itu masih bernyawa. Dia mencapai mug yang berisi kopi, lalu dihirup.
Izel membuka kedua-dua kelopak matanya, kepalanya terasa pening akibat kereta itu berpusing Dia menganalisis keadaan, dalam keadaan terbalik.
"I'm alive!. God!, I'm still alive!!! hahahaha.." ketawa Izel gembira kerana dia masih hidup selepas kejadiaan yang boleh meragutnya nyawa.
Akibat terlampau bergerak tali pinggang keledar yang memang sudah sedia longgar terbuka dengan sendirinya. Izel mengadu sakit selepas badannya terjatuh. Malam ini dah berapa banyak kali dahinya terhantuk.
Izel menendang pintu kereta dengan kasar, dia merangkak untuk keluar dari kereta. Dia bangun membetulkan baju dressnya yang sedikit terkoyak dibahagian bahu.
"Run away."
Dia ingat semula kata-kata Izre untuk bersembunyi di tempat lain. Izel memerhati sekeliling merupakan kawasan hutan lebat. Hari sudah pun malam, tiada siapa yang boleh diminta bantuan.
"Kalau tunggu sini tak boleh ke?." Bunyi guruh bergema menjawab persoalan Izel.
"Fine, I go."
Dia berjalan mengikut kata hati walaupun takut tapi tetap gagahkan juga mencari jalan keluar. Chin mengikuti Izel sambil memakan biskut. Dron yang dikawal terbang tinggi jauh dari gadis itu.
Matanya kuyu, dia mula berasa bosan menonton gadis itu dari skrin sedang berhati-hati mencari jalan keluar.
Suasana malam semakin sejuk, di bawah bulan purnama Izel masih berusaha walaupun ditemani bunyi unggas dan serangga di sepanjang perjalanan.
YOU ARE READING
DESIRAN RINDU
RomanceTerkurung seakan burung di dalam sangkar. Ingin bebas berterbangan di luar. Muslihat orang tua menjadi penghalang dia ingin melebarkan sayapnya. Detik yang di nanti sepanjang tahun, berubah dengan sekelip mata. Sangkar yang pernah menjadi tempat kur...