MATANYA hanya tajam memandang sahabat perempuannya itu yang sedang terpekik melolong bernyanyi di atas meja. Kemungkinan gadis itu sudah dirasuk oleh hantu-hantu yang ada di markas miliknya.Ariani Syaa masih hanyut dalam nyanyiannya. Tukul besi yang ada disitu digunakan sebagai microfon. Lagu 'sial' menjadi pilihannya. Kembarnya iaitu, Ariana Syaa sudah menepuk dahinya kuat. Kalau ada orang tanya dia ini siapa, memang dia tak mengaku yang itu kembarnya.
Aleesha Ameera pulak sedang khusyuk menaip sesuatu di laptopnya. Macam mana budak ni masih boleh fokus? Sebab telinganya sudah di sumbat dengan airpods. Sebab itu lah gadis itu masih hanyut dalam dunianya sendiri.
"Sya, baik kau suruh kembar kau diam sebelum aku belasah dia cukup-cukup. Pakaian bukan kemain bertutup bagai. Dengan orang lain lemah lembut pulak. Tapi dengan kita, terus kena rasuk." sempat dia mengutuk Ariani Syaa yang sedang bernyanyi di atas meja itu.
Benar apa yang dikatakan olehnya sebentar tadi. Ariani Syaa dan Ariana Syaa merupakan kembar yang seiras. Wajah sama, suara sama, ketinggian pun sama. Sampaikan orang susah ingin membezakan mereka.
Ariana Syaa mempunyai sikap yang baik dan sedikit tegas. Dia juga seorang yang murah dengan senyuman. Ariani Sya pulak juga mempunyai sikap seperti kembarnya. Tetapi, dia mempunyai satu sikap yang membuatkan sesiapa bersamanya akan menjadi stres melayan kerenahnya.
Contohnya seperti sekarang ini.
"Kau belasah jelah dia. Bukannya dengar cakap pun." kata Ariana sebelum dia duduk lalu menutup wajahnya menggunakan topi miliknya. Efrina menghela nafas perlahan. Dia bangun dari duduknya sebelum mendekati gadis itu.Laju Ariani melompat turun dari meja tersebut sebelum berlari anak ke arah Ariana. Tahu takut. Efrina kembali duduk di tempatnya tadi sebelum kakinya di silangkan. Rambut perang merah miliknya yang jatuh kebawah itu dibiarkan. Malas nak ikat.
"Dengar cerita, kau kena jodoh. Betul ke?" soal Ariana setelah lama mereka semua berdiam diri. Efrina memandangnya sekilas sebelum memandang pistol di tangannya semula.
"Yeah..." jawabnya perlahan.
"Sies ah kau kena jodoh? Siapa lelaki tu? Kau kenal ke?, " soal Ariani pulak bersama senyuman nakal yang sudah mulai terbit dibibirnya.Hah, sudah. Perangai miangnya sudah datang.
"Tak, " jawabnya selamba. Ariani mencebik mendengar jawapan gadis itu. Tak puas hati.
"Bila korang kahwin?" belakang tubuhnya disandarkan ke belakang sambil memandang Efrina yang ralit mengusap pistol miliknya."Lusa"
"Bapak ah! Cepat gila korang kahwin!" jerit Ariani penuh terkejut.
"Hm, nak buat macam mana. Semuanya mak dan ayah aku yang urus. So, aku ikut je lah. " malas sahaja bunyinya menjawab.Benar. Tidak lama lagi, dia akan mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihan ibu dan ayahnya itu. Wajah tampan itu mulai menjelma difikirannya sebelum dia tersenyum sinis.
▄︻デнιѕ мαƒια ωιƒє══━一
YOU ARE READING
HIS MAFIA WIFE. (OG)
Teen FictionEfrina Adleya. Gadis yang berambut perang dan memiliki mata yang unik seperti ibunya. Hazel. Gadis ini merupakan seorang ketua mafia. Dia juga amat di kenali oleh semua orang, dan sesiapa sahaja yang mencari masalah dengannya akan dibunuh. Gadis yan...