▄︻デвαв 13══━一

1K 64 32
                                    


EFRINA Adleya mendekati suaminya yang sedang duduk di atas sofa sambil matanya ralit memandang TV di hadapannya. Entah apa lah yang dilihatnya di TV itu. Tanpa segan silu, dia engan selambanya duduk di atas peha lalu menghadap suaminya. Tengku Aadyan terkejut dengan kehadiran isterinya itu yang tersangatlah tiba-tiba.

Laju kedua tangannya naik memeluk pinggang isterinya. Takut terjatuh naya je. Wajah cantik sang isteri dipandangnya lama. Kini, perhatiannya pada TV sebentar tadi sudah teralih kepada si isteri.
"Awak nak apa-apa ke?" soalnya lembut. Sebelah tangannya naik mengusap lembut rambut panjang isterinya yang panjangnya hingga pinggang itu, manakala sebelah tangannya memeluk pinggang isterinya dengan erat.

"Aku bosan..." katanya perlahan sebelum dahinya direhatkan pada dada bidang suaminya. Kedua tangannya naik memeluk tubuh itu erat. Suka betul dia berpelukan bersama suaminya. Kalau dahulu, dia anti apabila orang peluk dan memegang tangannya. Sesiapa sahaja yang berani menyentuhnya, memang habis dia marahkan orang tersebut. Tetapi, semenjak sudah berkahwin dengan Tengku Aadyan... Dia mulai sukakan peluk dan berpegang tangan. Itupun dengan suaminya.

"Bosan ye?" ulang Tengku Aadyan semula. Efrina Adleya mengangguk kecil sebagai balasan.
"Awak nak saya buat apa dekat awak, supaya awak tak bosan?" soalan itu serta merta berjaya menarik perhatian Efrina Adleya. Dia menarik kepalanya, sebelum memandang wajah suaminya.
"Betul ni?" soalnya meminta kepastian.
"Ye awak, betul."
"Kalau macam tu... Kiss me."

Arahnya dengan selamba. Tengku Aadyan tersedak. Err... Tak sangka pulak isterinya meminta seperti ini...
"Kiss awak? S-sekarang?" ulangnya semula.
"Erm, hm. But, sebelum tu. Kita lawan mata. Siapa kalah, kiss jelah terus." selamba dia berkata sebelum mengjongket kedua bahunya.

"Err... Okey..." mendengar balasan dari suaminya, Efrina Adleya terus memandang wajah suaminya. Mata hazel itu merenung dalam ke mata hitam milik suaminya. Diam. Masing-masing dalam dunia sendiri. Halkum Tengku Aadyan bergerak-gerak. Entah kenapa, matanya sekejap pandang mata isterinya. Sekejap pada bibir merah jambu milik isterinya. YaAllah... Iman aku tak kuat.

Gigih dia cubah menahan diri dari nafsunya. Dah, halal tu cium jelah! Tangannya yang berada di pinggang isterinya mengcengkam baju T-shirt itu erat. Ergh.... Tak boleh tahan. Perlahan-lahan, wajahnya mulai mendekati isterinya. Dalam diam Efrina Adleya tersenyum sinis. Baru sahaja Tengku Aadyan ingin mencium dirinya, Efrina Adleya memalingkan wajahnya ke tepi membuatkan Tengku Aadyan memdengus kasar. Tak puas hati.

"Tergoda hm?" soal Efrina Adleya dengan nada sinis. Tengku Aadyan memejamkan matanya sebelum dibuka semula. Dia hanya diam sahaja sebelum tersenyum kecil. Efrina Adleya tiba-tiba rasa bersalah. Macam tak dapat tahan je dia ni... Takpelah.

"Yan..." panggilnya perlahan. Tengku Aadyan mendongakkan kepalanya ke atas. Efrina Adleya menolak tubuh suaminya agar bersandar pada sofa. Wajahnya didekatkan betul-betul di hadapan suaminya. Tengku Aadyan terdiam. Matanya memandang wajah isterinya dalam-dalam. Apabila bibir merah jambu milik isterinya menyapa pada kornea matanya... Halkumnya mulai bergerak-gerak menahan nafsu.

Aku lemah lah macam ni... Dan tanpa dapat ditahan, bibir isterinya terus diragutnya dengan kasar. Ciuman itu didalamkan lagi olehnya apabila merasakan isterinya turut membalas ciumannya. Lama mereka dalam keadaan begitu sebelum ciuman itu dilepaskan oleh Efrina Adleya. Dadanya berombak kasar setelah oksigennya habis di ragut oleh suaminya. Malu-malu pun ganas...

Baru 5 saat, bibirnya terasa di ragut semula oleh suaminya. Sedikit terkejut, namun akhirnya membalas ciuman tersebut. YaAllah yan... Ganas betul mu ni. Aku siram gak pakai air garam ni. Biar syaitan keluar dari badan kau!
"Sial betul. Semalam dekat kolam, sekarang dekat ruang tamu. Semua tempat dia nak kebas!" suara seseorang yang ada di ruang tamu itu segera menyentakkan mereka berdua.

HIS MAFIA WIFE. (OG) Where stories live. Discover now