▄︻デBab 43══━一

840 42 15
                                    


"W-WIFEY?"

Tengku Aadyan diam bersama renungan yang sukar di tafsirkan. Efrina turut diam memandang suaminya di hadapan. Ya, suami. Setelah beberapa bulan kemudian, dia baru sedar yang dia sudah menikah. Terkejut? Sudah pastinya. Dan dia, tidak sangka yang majikannya selama ini merupakan suaminya sendiri. Pantas sahaja apabila berada dekat bersama jejaka itu dia rasakan tertarik-tarik!

Setapak demi setapak, Tengku Aadyan maju ke arah isterinya sehinggalah berdiri betul-betul di hadapan wanita itu. Efrina diam membalas renungan suaminya. Pandangan itu, penuh dengan sarat. Dan rindu yang menggunung.
"Am i dreaming?" serak suara Tengku Aadyan bertanya. Dia mahu pastikan yang semua ini bukan mimpi!

Efrina diam sebelum perlahan-lahan, tangannya naik mengelus air mata yang mengalir di pipi suaminya. Tangannya sedikit menggigil kerana sekian lama dia tidak menyentuh lelaki yang merupakan suaminya. Wanita itu senyum nipis. Tanpa sedar, sepasang mata hazel itu mulai berkaca-kaca. Sekarang dia tahu apa maksud rasa kehilangan dalam dirinya selama ini. Efrina geleng sebagai balasan.
"It's your reality hubby." balas Efrina perlahan seperti berbisik.

Sejurus itu, Tengku Aadyan pantas menarik pinggang isterinya sebelum tubuh itu dipeluk erat. Tangisan yang sedari tadi di tahan akhirnya pecah jua. Teresak-esak jejaka itu menangis bagaikan anak kecil. Efrina hanya senyum nipis sambil tangannya mengusap-usap perlahan belakang tubuh suaminya. Cuba menenangkan suaminya.
"I miss you wifey... So, damn much." ucap Tengku Aadyan.

Wajahnya di geselkan pada leher jinjang isterinya.
"I miss you too husband." balas Efrina perlahan. Pelukan di tubuh isterinya semakin di eratkan.
"Papa?" suara anak kecil yang sedang memanggil dirinya segera buatkan dia menoleh. Pelukan itu di leraikan. Aadrian pandang Tengku Aadyan dengan mamai. Tangannya naik menggosok matanya apabila dia perasan ada seorang wanita sedang berdiri di hadapan papanya.

Apabila pandangannya mulai jelas, membulat mata budak kecil itu.
"Mama?" soalnya. Efrina senyum sebelum dia tundukkan tubuhnya sebelum tangannya di depa luas.
"Yes, carino." mendengar itu, pantas Aadrian berlari-lari anak ke arahnya.
"Mama!" jerit Aadrian kuat dengam bibirnya yang tercebik-cebik ingin menangis. Tubuh tinggi Efrina di peluk nya erat.
"Mamaaaaa! Rian rindu..." jujur budak kecil itu.

Efrina senyum sebelum mencium dahi dan pipi budak comel itu sebelum tubuh Aadrian di peluk erat.
"I miss you too my carino..." Tengku Aadyan senyum saat melihat anak dan isterinya yang berpelukan itu. Akhirnya, ini lah dia mahukan.











TENGKU Aadyan tersedar dari lenanya. Kepalanya bergerak memandang sekeliling. Dia, berada di sofa. Duduk berseorangan. Dan sepi. Ternyata, hanyalah mimpi. Tengku Aadyan tertawa perlahan sebelum lengannya menutup matanya. Dia hela nafas berat. Sebelum perlahan-lahan cecair jernih mulai turun dari pipinya.

Dia rindu. Rindukan isterinya.

"YaAllah... Aku tak kuat..." bisiknya perlahan. Tengku Aadyan nangis dan terus nangis. Tangisan yang tadinya perlahan menjadi kuat.

Mana awak wifey?











TUBUH Efrina jatuh terjelepok di atas pasir pantai. Wanita itu diam tak berkata. Apabila dia sudah mengetahui kebenaran, dia bergegas pergi dari situ tanpa hala tuju. Dan sekarang, wanita itu sedang berada di pantai.

Efrina pandang langit yang gelap dihiasi bintang. Lama dia memandang langit itu sebelum terasa ada cecair hangat keluar dari tubir matanya. Dia rasakan dunianya kosong. Dia rasakan dirinya sudah di tipu. Di tipu hidup-hidup.

Apa salahnya sehingga dia tidak di beritahui perkara sebenar? Mengapa? Kenapa?

Dan, dia tidak sangka majikannya selama ini...

Merupakan suaminya.

Ya, suami.

Pantas sahaja apabila berada dekat dengan Tengku Aadyan dia berasa seperti ada sesuatu pada jejaka itu yang buatkan dia rasa ter tarik-tarik. Apabila dia sudah tahu akan kebenaran itu, semuanya masuk akal.

Tiba-tiba dia rasakan ada setitis air membasahi pipinya. Setitis. Menjadi se titik-titik. Sehinggalah lebat. Ya, hujan. Namun, wanita itu langsung tidak berganjak dari situ. Terbaring lemah di atas lantai bersama mata yang di pejam erat. Jadi selama ini dia lupa ingatan.

Sunyi. Tiada lagi air hujan yang terkena pada wajahnya. Perlahan-lahan, matanya di buka perlahan sebelum matanya bertembung dengan sepasang mata amber keemasan. Dia kenal empunya pemilik mata tersebut. Efrina ketap rahangnya kuat.
"Leya, jom balik." ucap Tengku Aaryan lembut. Efrina hanya diam tidak peduli sebelum posisinya dari baring di ubah ke duduk.

Lututnya di peluk erat. Dia langsung tidak pedulikan dengan kehadiran Aaryan yang berdiri di sisinya. Aaryan hela nafas perlahan sebelum dia rendahkan tubuhnya.
"Efrina, balik lah. Nanti kau macam mana? Kalau badan kau lemah mana boleh aku angkat kau. Sebab kau ni-"
"Isteri orang?" tergamam habis Aaryan mendengar pengakuan tersebut.

Liur di telan kesat. Macam mana wanita itu tahu?

Efrina senyum sinis apabila Aaryam diam tidak bersuara.
"Kalau tiada yang bagitahu aku, agaknya sampai bila lah aku nak tahu yang aku ni sudah beristeri?" soal Efrina mendatar. Tajam matanya memandang ke hadapan. Aaryan diam. Sebelum dia akhirnya bersuara.
"Aku minta maaf. Semua yang aku buat ni bersebab. N-nanti, nanti aku jelaskan." ucap Aaryan perlahan. Efrina diam sebelum dia akhirnya bangun diikuti Aaryan.

"Efrina-"
"Diam." Efrina kemudian berjalan pantas ke arah motorbike miliknya dan segera membawa diri dari situ. Aaryan hela nafas perlahan. Dia, tersilap percaturan kah?






▄︻デнιѕ мαƒια ωιƒє══━一



























Maaf. Agak pendek disitu.

Hnya ini yg ad dlm otak author skrg. Hope you guys enjoy.

And, insyaallah klau rajim Sabtu depan author update  5  bab. Tkleh janji. Hehe.

Don't forget to comments and vote!

HIS MAFIA WIFE. (OG) Where stories live. Discover now