▄︻デвαв 9══━一

1.8K 107 21
                                    


"LEYA berhenti!!!" membuntang mata Efrina Adleya saat mendengar jeritan kuat milik Ariani Syaa melalui alat pendengarannya. Satu buah lori besar laju melintasi didepannya. Tidak sempat mengelak...

NGGGTTT BAMM!

Habis terjatuh dia dari motor ninja miliknya sebelum tubuhnya tergolek ketepi. Motornya juga sudah terbabas sama. Cecair merah perlahan-lahan mulai mengalir dari dahinya dek kerana terhentak kuat di atas tar jalan raya. Terbatuk-batuk dia oleh kerana asap yang terhasil dari motor miliknya.

Dia ingin bangun, namun seluruh badannya terasa sakit. Tiba-tiba pemandu lori itu keluar dari lori tersebut sebelum perlahan-lahan mulai mendekati Efrina Adleya yang sedang terbaring itu. Efrina Adleya mengangkat wajahnya saat melihat seseorang sedang berdiri di hadapannya.

Matanya mencerlung tajam melihat wajah itu yang sedang tersenyum sinis ke arahnya. Dia kemudian, duduk bercangkung di hadapannya sebelum tertawa mengejek.
"Tch... Pity you sweetheart..." sinisnya dengan penuh mengejek. Efrina Adleya menundukkan wajahnya kebawah sebelum menggelengkan kepalanya beberapa kali lalu tertawa seperti psiko.

Berkerut sedikit dahi jejaka itu. Dengan pantas Efrina Adleya bangun dari berbaring sebelum memberikan tumbukan kuat pada pipi jejaka itu.

Buk!

Terundur sedikit tubuhnya saat menerima tindakan drastik. Cecair merah mengalir sedikit dari tepi bibirnya. Boleh tahan kuat. Bukan sahaja dengan itu, Efrina Adleya menaikkan kakinya ke atas ingin menendang kepala jejaka itu, namun dengan pantas dia menghalang mengunakan tangannya sebelum menolak kaki Efrina Adleya ketepi lalu menerpa laju ke arahnya.

Efrina Adleya mengelak lalu tangannya dinaikkan namun laju sahaja lelaki itu menangkap tangannya sebelum tubuh Efrina Adleya di pusingkan supaya membelakanginya dan kedua tangan Efrina Adleya digenggamnya erat. Mengunci gadis itu dari terus bergerak.

Efrina Adleya berdecit. Tangannya cuba ditarik namun semakin erat genggaman di tangannya itu.
"Wow... I like rough girls like you..." bisiknya di tepi telinga gadis itu dengan perlahan. Dengan perasaan geram, Efrina Adleya menarik tangannya dengan sekuat tenaga sehinggalah terlepas genggaman itu dari tangannya.

Tanpa aba-aba laju dia berputar kebelakang sebelum sekali lagi wajah jejaka itu ditumbuk nya kuat.
"Don't you ever touch my hand!" berangnya bersama renungan tajam diberikan buat lelaki di hadapannya ini. Belum sempat dia ingin membalas, tiba-tiba satu das tembakan menembusi bahunya membuatkan bibirnya berdecit kesakitan.

Tajam matanya melihat Ariani Syaa dan Ariana Syaa yang sedang menghalakan senjata mereka ke arahnya. Tanpa berfikir panjang, dia akhirnya beredar dari situ sebelum memandu lori dengan laju. Ariani Syaa dan Ariana Syaa pantas mendekati Efrina Adleya sebelum memapah tubuhnya.

"Kau okey tak ni?" soal Aleesha Ameera penuh risau semasa mereka sudah berada di dalam kereta.
"Aku okey... Macam tak biasa pulak." jawabnya selamba sebelum tersengih kecil.
"Kau ingat ni lawak ke Leya? Haih... Apa-apa je lah. Janji kau selamat." kata Ariana Syaa pulak.

Lama Efrina Adleya berdiam diri sebelum dia terasa kepalanya seperti berdenyut-denyut hebat. Matanya cuba dipejamkan erat. Ingin mengusir rasa sakit itu. Namun lama-kelamaan pandangannya mulai kabur sebelum perlahan-lahan menjadi gelap sepenuhnya.

▄︻デнιѕ мαƒια ωιƒє══━一

EFRINA Adleya mulai tersedar dari lenanya. Tertutup matanya semula saat cahaya lampu  menyapa kornea matanya. Dia kemudian cuba bangun dari berbaring di atas katil itu. Baju ditubuhnya di pandang sekilas sebelum nafas berat dilepaskan. And yeah...  Hospital...

HIS MAFIA WIFE. (OG) Where stories live. Discover now