▄︻デBab 41══━一

650 46 14
                                    


TENGKU AADYAN diam memandang kertas di hadapannya. Tangannya ligat memutarkan pen di tangan sambil itu fikirannya memikirkan sesuatu. Sudah beberapa bulan berlalu, namun sampai sekarang isterinya menghilangkan diri. Nak kata isterinya sudah tidak ada, rasanya tidak. Atau, ada seseorang yang telah menyelamatkan isterinya? Tapi, siapa?

Sedang dia asyik termenung, tiba-tiba pintu bilik kerjanya di tolak oleh seseorang. Pantas kepalanya di alihkan memandang ke arah itu. Senyuman nipis terlakar sebentar sebelum wajahnya kembali pada asal. Aadrian senyum lebar lalu berlari terkedek-kedek ke arah papanya. Budak kecil itu baru sahaja balik dari sekolahnya.
"Papa!" jerit Aadrian keriangan. Dia melompat naik ke dalam pelukan Tengku Aadyan.

Tengku Aadyan mencium atas dahi  Aadrian lembut. Aadrian senyum senang. Kemudian, muncul pulak Rina bersama beg sekolah di tangannya. Dia kemudian berdiri di tepi pintu bilik kerja majikannya. Wanita itu mengenakan T-shirt hitam serta seluar track besar berwarna kelabu. Rambut merah keperangan milik Rina itu diikat ala messy hair. Mask hitam tidak lupa di pakai. Manakala di spek mata hitamnya di sangkut pada baju, dan terserlah mata hazel miliknya itu.

Seperti biasa, penuh datar. Tengku Aadyan pandang Rina sekilas sebelum memandang Aadrian di pelukannya semula.
"Macam mana? Ada apa-apa jadi dekat sekolah?" soal Tengku Aadyan beku. Rina menggeleng sebagai balasan.
"Tiada Tuan. Semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja." jawab Rina, turut sama dalam nada beku. Tengku Aadyan angguk sedikit sebelum kembali memandang Aadrian di pelukannya.

Rina diam melihat tingkah laku majikannya. Kenapa... Ianya seperti...

Dejavu?

Cara Tengku Aadyan melayani Aadrian seperti pernah di laluinya. Tapi di mana? Rina pejam mata erat sebelum di buka perlahan. Hah... Ini hanya ilusi kau sahaja Rina... Rina pandang Tengku Aadyan semula namun tak sangka apabila sepasang mata coklet cerah itu menyambut pandangannya. Dia, sedikit terkedu.

Rina pantas larikan pandangannya. Entah kenapa dia rasakan jantungnya seperti lari daripada sebelumnya. Ergh, apa benda kau ni Rina? Dalam diam, Tengku Aadyan senyum senget melihatnya. Entahlah, dia rasakan ada sesuatu pada  Rina. Sesuatu yang telah  hilang padanya.







TENGKU AARYAN pandang bangunan usang di hadapannya. Bangunan ini nampaknya sudah lama di tinggalkan. Kemungkinan sudah terbiar sejak beberapa tahun dahulu. Dia pandang sekelilingnya. Kosong dan semestinya kawasan itu sunyi. Dia kemudian dengan santai, berjalan masuk ke dalam tanpa ada rasa takut dalam dirinya.

Kedua tangannya elok di masukkan ke dalam kocek seluar. Mata amber keemasan itu melilau melihat sekeliling setelah dia selamat masuk ke dalam.
"Yow, Ryan." Aaryan mengangkat wajahnya saat mendengar sapaan dari tangga di dalam rumah usang tersebut. Terlihat seorang lelaki yang turun dari tempat tersebut sebelum berdiri betul-betul di hadapannya.

Senyuman Aaryan meleret.
"Hallo, Mr Axel."  Axel yang mendengar itu senyum nipis sebelum tubuhnya di rendahkan sedikit sebagai tanda sapaan.
"Jadi, ada apa?" soal Aaryan tanpa berbasa-basi. Axel berdehem sedikit untuk basahkan tekak sebelum bersuara.
"Macam ni, aku dah jumpa siapa dalang yang rancang bunuh Efrina hari tu." mendengar itu, Aaryan terus memandang wajah Axel.
"Siapa dalang tu?"
"Sofia dan, Hazim. Aku dapat maklumat juga dari Newt yang mereka berdua juga pernah bersekolah di tempat yang sama dengan Efrina dan Aadyan."  jelas Axel. Aaryan diam berfikir seketika.

"Apa motif diorang nak bunuh Efrina?" soal Aaryan perlahan namun masih di dengar oleh Axel. Axel jongketkan kedua bahunya tanda tidak tahu.
"Yang itu, kau jangan tanya aku."  katanya selamba buatkan Aaryan berikan jelingan tajam.
"Hm. Okaylah. Thanks dah tolong aku."
Axel senyum nipis dan menggangguk sedikit.
"My pleasure."











EFRINA diam memandang langit gelap di atas sana. Wanita itu sedang berada di balkoni yang ada dalam biliknya. Entahlah. Semenjak kebelakangan ini, dia rasakan ada sesuatu yang hilang darinya. Tapi apa? Dia juga benci dengan dirinya. Kenapa susah sangat untuk mengingati apa yang telah berlaku dengannya?

Tanpa sedar, satu keluhan kecil keluar dari bibir merah jambu miliknya. Efrina kemudian bergerak masuk ke dalam biliknya dan pintu sliding door balkoni tersebut di tarik sebelum di tutup. Dia kemudian berjalan mendekati tilam miliknya sebelum dia menghempas tubuhnya pada tilam miliknya. Sepasang mata hazel cerah itu hanya diam memandang ke atas.

"Hm... Apa aku nak buat ni? Nak tanya Aaryan, jantan tu dari semalam hilang. Malas aku nak ambil tahu." kata Efrina datar sebelum dia putarkan tubuhnya.
"Atau, malam ni aku siasat sendiri?" tiba-tiba muncul satu idea dalam mindanya buatkan dia tersenyum lebar.
"Okey, idea kau memang bernas Efrina!" tanpa wanita itu sedar, akan berlaku sesuatu yang besar pada malam ini.










HAZIM bangun dari tempat tidurnya. Sofia yang nampak lena itu di kerling nya sekilas. Dia kemudian bergerak mendekati meja yang ada dalam biliknya sebelum mencapai telefon bimbitnya. Kening jejaka itu bertaut saat banyak panggilan dari pembantu peribadinya. Baru sahaja ingin menjawab panggilan tersebut, tiba-tiba dia terdengar sesuatu.

Dahinya sedikit berkerut sebelum dengan tiba-tiba...

BOM!!!

Tubuh Hazim terus terhempas ke dinding.

Pak!

Hazim mengaduh perlahan saat belakang tubuhnya dihentam dengan dinding yang keras. Pantas sahaja gadisnya di cari dan terlihat  tubuh Sofia turut terhempas di atas lantai.
"Sofia!" baru sahaja dia ingin mendekati gadis itu, satu peluru menembusi bahunya buatkan dia menjerit kesakitan.
"Sial! " carutnya.

Muncul seorang lelaki berhoodie hitam dari dinding yang telah hancur di sebabkan bom tadi sehingga terbentuk satu bulatan besar. Terlihat jejaka berhoodie hitam itu melangkah masuk ke dalam biliknya. Lelaki itu dengan pantas menarik kasar tubuh Sofia yang tidak sedarkan diri buatkan Hazim ingin segera menghalang namun muncul pulak seorang lelaki yang bertindak memukul kepalanya dan,

Pak!

Gelap.


▄︻デнιѕ мαƒια ωιƒє══━一



































Maaf pendek korang. Author betul ii kehabisan idea. Dan, ya agak serabut jadi harap dpt fhm. Insyaallah saya cuba update bab seterusnya.

Don't Forget to  vote and comments!

HIS MAFIA WIFE. (OG) Where stories live. Discover now