▄︻デBab 28══━一

823 58 10
                                    


KAKI panjangnya melangkah pantas masuk ke dalam markas miliknya. Pintu markas itu yang di perbuat dari besi di tolak kasar. Kakinya terpaku di situ.

Alangkah terkejutnya dia melihat kesemua anak-anak buahnya sudah tumbang. Satu persatu anak buahnya dia perhatikan. Kesemuanya sudah tidak bernyawa lagi. Dapat dilihat dengan jelas lantai sudah dibasahi darah.

Amarahnya semakin membuak-buak. Dia pandang Newt setia berdiri di sisinya.
"Now, is Efrina safe?" soalnya.
"Yes, signor. She survive alone." jawab Newt. Axel yang mendengarkan itu meraup wajahnya. Geram betul dia dengan adik perempuan nya itu!

Kalau ada di depan mata, sudah lunyai dibuatnya!
"Newt, aku nak kau bersihkan tempat ni. Faham?" tegas suaranya mengarah kepada anak buahnya. Newt mengangguk tanda akur.
"Si, signor."

Axel kemudian putarkan tubuhnya kebelakang. Kaki panjangnya bergerak melangkah masuk ke dalam keretanya. Pemandu keretanya mula memulakan pemanduan.
"Nak pergi mana tuan?" soal lelaki bernama Zayne itu.

"Rumah."  sepatah dia menjawab. Zayne akur. Setelah beberapa minit, akhirnya mereka tiba di perkarangan rumah.

Kalau diikutkan, Axel baru sahaja balik dari Itali. Jejaka itu mempunyai urusan yang harus diselesaikan di sana. Dan waktu perjalanan balik ke Malaysia, dia mendapat tahu bahawa adiknya telah melakukan penculikan terhadap Efrina Adleya!

Tidak dia sangka adiknya mulai bertindak sebegitu tanpa memberitahui dirinya. Kesemua anak buahnya juga dikira mengkhianati dirinya. Kerana, mereka seharusnya hanya mendengar arahannya. Bukan adiknya! Gadis itu hanyalah adik kepada seorang ketua mafia.

Axel keluar dari perut kereta. Zayne mulai parking kereta di tempat khas yang sudah disediakan. Axel melonggarkan tali leher kemejanya. Tidak diendahkan rambut panjangnya yang paras leher itu sudah serabai. Malas, jejaka itu kelihatan hot dan tampan dengan memiliki messy hair itu.

Sebaik masuk ke dalam rumah, matanya melilau melihat sekeliling. Hari itu,dia ada menemui gadis itu. Itupun secara talian. Terlihat Alexxa yang baru sahaja turun dari atas dimana terletaknya bilil gadis itu. Mencerlung tajam matanya memandang gadis itu. Alexxa langsung tidak perasan akan kehadiran abangnya.

"ALEXXA!"  kuat suara Axel menjerit memanggil adiknya. Terhinjut kedua bahu gadis itu ke atas saat di jerkah sebegitu. Pantas mata kelabu nya  memandang gerangan yang telah menyebut namanya.

Alangkah terkejutnya dia melihat abangnya yang sudah berada di rumah! Riak wajah terkejut cuba disorokkan. Dia tidak mahu abangnya sedar akan perbuatannya.
"Ouh, you already back?" soal Alexxa seperti tiada apa yang berlaku. Dia cuba berlagak selamba.

Axel senyum sinis. Dia bergerak mendekati adiknya sebelum tangan gadis itu ditariknya kasar lalu di tolak agar duduk di atas sofa.
"I want to ask you. Did you kidnapped Efrina?" dingin suaranya bertanya di hadapan adiknya.

Terus terkaku tubuh Alexxa jadinya. Dia pandang wajah abangnya. Wajah jejaka itu tegang habis.
"How... Did you know?" perlahan suara gadis itu berkata di hadapan abangnya.
"Sekarang bukan masa untuk tanya macam mana aku tahu. Kau sedar tak apa yang kau buat ni Alexxa?!"  tengkingnya.

Kesabarannya mulai menipis dengan perangai adiknya saat ini.
"What?! Suka hati aku lah nak buat apa! Aku culik dia sebab nak buat dia jadi  milik aku!" Alexxa turut meninggikan suaranya. Dia tidak suka apabila semua yang dilakukan olehnya salah di matanya. Efrina Adleya milik dia! Jadi dia berhak mengambil apa yang dia punya!

Axel menjengilkan matanya. Turun naik dadanya menahan segala amarah yang semakin membuak-buak.
"Kau nak buat Efrina jadi milik kau? Eh bodo ke apa kau ni dek? Sedar tak yang Efrina tu isteri orang? And lagi satu, Efrina islam. Kau tu bukan islam. Kau rasa dia tu lesbian ke? Dan aku peliknya, sejak bila pulak kau lesbian ni hah?!" amuknya . Terhinjut kedua bahu Alexxa ke atas. Terkejut dengan suara  abangnya yang memetir itu.

HIS MAFIA WIFE. (OG) Where stories live. Discover now