▄︻デBab 40══━一

710 57 10
                                    


RINA keluar dari bilik tidur Aadrian. Dia baru sahaja habis menemani anak kecil itu. Nasib sahaja dia ada hal ingin dibincangkan dengan Tengku Aadyan. Kalau tidak, mungkin awal lagi dia sudah pulang ke rumah. Nafas lega di lepaskan apabila setelah lama Aadrian di dodoikannya tertidur juga budak kecil itu.

Kakinya kemudian bergerak ke satu bilik di mana bilik itu khas untuk Tengku Aadyan melakukan kerjanya. Pintu di ketuk sebanyak tiga kali dan orang di dalam memberikan kebenaran untuk dia masuk. Tangannya laju sahaja memulas tombol pintu tersebut. Terlihat Tengku Aadyan yang sedang menulis sesuatu di atas kertas dan di sebelahnya berdirinya Louis Vellero yang hanya diam di sisi Tuannya.

Kertas itu kemudian di hulurkan pada Louis Vellero lalu pantas sahaja jejaka itu menyambut huluran tersebut dan menunduk hormat lalu berlalu keluar dari bilik itu. Rina diam sahaja. Dia pandang Tengku Aadyan dan Tengku Aadyan turut memandang dirinya mata hazel miliknya bertembung dengan mata coklet muda itu. Dahi Tengku Aadyan sedikit berkerut.
"Why with that mask?" soalnya datar.
"Oh. To hide my face." balasnya selamba.

Tengku Aadyan diam sahaja. Rina berdiri betul-betul di hadapan meja Tengku Aadyan.
"So... Rina..." Tengku Aadyan bangun dari kerusinya. Kaki di atur mendekati wanita itu. Rina hanya statik berdiri. Tiada langsung riak gentar dalam dirinya namun dia ada rasa sedikit gelisah. Dah kenapa?
"Err... Ye Tuan?" Rina diam memandang Tengku Aadyan yang berdiri di tepinya.

"Can i ask you?" soalnya bersama pandangan yang tajam. Rina angguk.
"What is... Your full name?"  soal Tengku Aadyan. Rina telan liur. Entah kenapa dia tidak tahu ingin menjawab apa. Dia teringat akan arahan Aaryan.

Jangan sesekali bagitahu nama sebenar kau.

"Err... Rina Kirana." lantaklah! Janji dia ada jawapan. Sebelah kening Tengku Aadyan terjongket.
"Really?" Rina angguk sahaja tanpa rasa takut. Tengku Aadyan mengumam sahaja. Dia pandang Rina lama. Tanpa sengaja, hidungnya tercium bau wangian dari rambut merah keperangan itu. Rose... Semakin lama, semakin dekat tubuhnya dengan wanita itu.

"T-tuan buat apa ni?" sedikit gagap Rina menyoal. Dia pantas jauhkan tubuhnya sedikit dari tuannya itu.
"Rina... I can't handle this anymore..." bisiknya perlahan. Tengku Aadyan hela nafas perlahan dan dia akhirnya turut jauhkan tubuhnya dari wanita itu.
"Sorry..." ucapnya perlahan. Rina hela nafas lega. Hampir luruh jantungnya!
"T-tak apa Tuan muda. Kalau tiada apa-apa saya pergi dulu." Rina bergegas keluar dari bilik itu.

Tengku Aadyan hanya membiarkan lalu tangannya naik mengetuk kepalanya.
"Damn it! Siapa kau sebenarnya? Kenapa mata dan suara kau hampir sama?" bisiknya pada dirinya sendiri. Satu keluhan kecil di lepaskan. Dia benar-benar rindukan isterinya. Gila.




EFRINA hempaskan tubuhnya pada sofa yang berada di ruang tamu itu. Nafasnya turun naik. Sungguh, dia tidak mengerti dengan perasaannya sebentar tadi. Apa yang sudah jadi pada dirinya? Kenapa dia hampir sahaja tersungkur saat berada dekat dengan jejaka itu? Ini sungguhlah pelik!

Mask di wajahnya di tarik kasar. Dia pejamkan mata erat. Cuba menenangkan dirinya.
"Kau dah kenapa Efrina?" soal Aaryan hairan. Dia baru sahaja dari dapur dan di tangannya terdapat burger cheese daging. Dia labuhkan punggungnya di hadapan Efrina. Di gigit nya sedikit burger itu sebelum di kunyahnya perlahan.
"Entahlah Ryan... Aku pelik dengan diri aku ni. Aku tak boleh dekat dengan kembar kau. Aku rasa lain. Terkadang aku fikir... Aku pernah kenal dengan dia ke sebelum ni? Sebelum aku lupa semuanya?"

Kunyahan Aaryan terhenti. Dia pandang Efrina yang memandangnya. Wajah wanita itu... Kelihatan penat. Aaryan hela nafas perlahan.
"Pernah. Itupun sebab kita selalu berjumpa. Jadi, kadang-kadang tu kau nampak lah dia. Sebab tu kau rasa kau macam pernah nampak dia." hampa. Bukan itu yang dia inginkan jawapan. Namun, Efrina diam sahaja.

"Aku naik atas dulu lah. Rehat." Aaryan angguk sahaja sebagai balasan. Dia kemudian hanya diam memandang Efrina yang sudah berlalu ke atas. Dia hela nafas kecil.
"Nampaknya, aku perlu beritahu Efrina. Boleh mental tengok diorang ni. Dua-dua saling rindu. Sorang tu rindu isteri nak mati. Sorang tu pulak tak ingat apa-apa tapi ada rasa rindu. Pelik-pelik je lah." bebelnya perlahan sebelum telefon bimbitnya di keluarkan.

Terpapar jelas gambar seorang wanita sedang senyum manis. Wanita tersebut sedang memeluk erat lengannya. Mata amber keemasan miliknya hanya diam merenung gambar tersebut. Tanpa sedar cecair jernih keluar dari tubir matanya. Gambar itu di dekatkan pada wajahnya sebelum di mencium wajah wanitanya dengan lama. Air mata mengalir hingga jatuh pada skrin telefon miliknya.

"I'm miss you damn much my carino..." perlahan sahaja suara itu berkata.











EFRINA kaku berdiri di tempatnya. Dahinya berkerut-kerut saat melihat sekeliling. Dia... Berada di dalam mall? Macam boleh dia berada di sini? Baru sahaja menoleh, tiba-tiba terlihat seorang wanita dan budak lelaki lalu di hadapannya.

Badannya kejung seketika. Di lihat lama gerangan tersebut. Itu... Bukan kah dirinya? Dan, budak lelaki itu seperti Aadrian? Penampilannya waktu itu tampak lain. Disitu dia berambut hitam perang. Namun sekarang, berwarna merah keperangan. Lain. Dia  pandang orang di sebelahnya yang berlari laju. Sedikit terkejut apabila orang itu berlari menembusinya.

Jadi...

Ini...

Mimpi...?

Dia lihat Efrina itu sedang senyum nipis sambil memimpin tangan Aadrian. Mereka berjalan sama-sama keluar dari mall sebelum mendekati sebuah kereta.
Baru sahaja dia ingin jalan, tiba-tiba masa bergerak dengan pantas.

Dan berhenti semula. Fast to foward. Dahi Efrina berkerut apabila dia berdiri di atas bukit. Dia pandang depan, matanya terbeliak terkejut apabila sebuah kereta bergolek dan terbaring secara meniarap. Dia pantas menutup tubuhnya. Tapi hanya tembus sahaja.

Berhenti sahaja kereta itu, dia pandang  gerangan yang berada di dalam kereta itu. Alangkah terkejutnya dia saat melihat dirinya dan Aadrian di dalam. Kakinya mengundur setapak ke belakang. Mimpi apa ini? Takkanlah dia penat sangat sampaikan berimaginasi seperti ini? Gila! Dia nampak Efrina seperti memujuk Aadrian agar pergi dari situ.

Setelah beberapa kali di pujuk, baru Aadrian pergi berlari ke satu pokok. Efrina yang melihat itu ingin menjerit menyuruh Aadrian berhenti. Namun suaranya  terasa tersekat di kerongkong. Dia pandang dirinya yang masih terbaring lemah di kereta. Muncul kereta lain yang berhenti tidak jauh dari kereta sebelum orang di dalam itu keluar dari kereta.

Mereka berjalan mendekati  Efrina sebelum tubuh itu di tarik kasar keluar dari keretanya. Efrina yang melihat kejadian tersebut mengetap rahangnya. Dirinya di pukul dan di marah sehingga tubuhnya di tolak ke hujung bukit. Terbuntang mata Efrina melihatnya. Dia cuba berlari menarik tubuhnya itu namun tangannya tembus.
"Tidak!"



















"HAH!" Efrina tersedar dari lenanya. Dadanya berombak ganas. Tercungap-cungap dia mencari nafas. Peluh mulai membasahi dahi. Apa semua itu? Itu hanya imaginasinya sahaja kah? Atau itu adalah... Memorinya yang telah hilang? Dia cuba menenangkan dirinya. Nafas ditarik dalam sebelum di hembus perlahan.

Nampaknya, dia perlu mengetahui masa lalunya!

▄︻デнιѕ мαƒια ωιƒє══━一


















































Mcm mna? Ok? Sorry late update.

Korang ii. Kemungkinan author akan busy beberapa minggu ni. Jdi, tkde masa nk update. Kalau ada masa tu saya cuba untuk buat bab seterusnya.

Nk cerita ni cepat complate tk? Author nk semua bab selama ni korang vote. Bgi yg blm vote, sila vote ya. Kalau tk, author buat Efrina mati secara misterius. MW HAHAHAHA.

K guro.

Ok that's all.
Don't forget to comments and votes✨!

HIS MAFIA WIFE. (OG) Where stories live. Discover now