PIYA merempuh kasar pintu kayu di hadapannya. Masuk sahaja dia di dalam, terlihat seorang lelaki yang sedang duduk di atas sofa sambil menyedut rokok. Lelaki itu hanya memakai seluar tanpa baju di tubuhnya. Kepalanya di sengetkan sedikit sambil memandang Piya di hadapannya.Piya mendengus kasar. Baru sahaja dia ingin duduk di sofa bertentangan lelaki tersebut lelaki itu pantas menarik lengannya. Gadis itu sedikit terkejut. Dia kini berada di atas riba lelaki itu. Lelaki itu senyum sinis. Dia dekatkan wajahnya pada wajah Piya sembulan hembusan rokoknya di lepaskan pada hadapan wajah gadis itu. Piya terbatuk-batuk. Tangannya pantas memukul dada bidang lelaki tersebut.
"Apa you ni Hazim?! I tak suka lah!" bentuknya.Lelaki a.k.a Hazim itu hanya tertawa kecil. Tangannya naik menyelitkan rambut gadis itu di telinga.
"Sorry darling. So, how?" soalnya.
"Apa?" soalan di balas soalan. Wajahnya cemberut sahaja. Hazim tertawa lagi.
"Macam mana dengan Leya?" mendengar itu wajah Piya bertukar masam."Dia tu kurang ajar lah you! Dia langsung tak gerun bila i bagi warning tadi." adunya. Sebelah kening Hazim terjongket mendengar kata-kata gadis itu.
"Really? Wow, Interesting." ucapnya.
"Hm... Jadi ke nanti serang dia? You jangan pulak cancel ehhh." soal Piya dengan suara yang sengaja di manjakan. Hazim senyum sebelum mengangguk."Of course darling. Tapi, apa yang aku buat semua ni tak free." katanya bersama senyuman nakal. Wajahnya di dekatkan pada telinga gadis itu sebelum berbisik perlahan.
"Dan sekarang aku nak buat 'benda' tu." wajah Piya memerah mendengarnya. Tangannya pantas menolak jauh wajah Hazim darinya."Tak boleh buat nanti-nanti ke?" soal Piya tidak puas hati.
"Tak darling. Baik kau bagi sebelum aku tukar fikiran. Kau nak?" Piya laju menggelengkan kepalanya.
"Yelah..." Piya pantas dekatkan wajahnya pada wajah lelaki itu. Hazim senyum puas dan bibir gadis itu di ragut nya dengan kasar.EFRINA sarungkan hoodie hitam bercorak tengkorak di tengah-tengah bajunya. Seluar tracksuit berwarna hitam menjadi pilihannya. Mask dan topi tidak lupa di ambil. Dia kemudian berjalan mengambil kunci motorsikal ninja miliknya dan berlalu keluar dari bilik dan berjalan menuruni tangga.
Sampai sahaja di bawa, terlihat Tengku Aadyan dan Aadrian yang sedang berada di sofa sambil melihat TV. Efrina berjalan mendekati suaminya. Tengku Aadyan yang seakan-akan tahu akan kehadiran isterinya pantas mendongakkan wajahnya. Hairan dia melihat penampilan gadis itu. Tak lain, tak bukan. Pasti ingin pergi ke markas.
"Kenapa wifey?" soal Tengku Aadyan lembut. Efrina mencium sekilas bibir suaminya.
"Aku nak pergi markas jap. Boleh kan?" Tengku Aadyan senyum mendengarnya sebelum menangguk kecil.
"Boleh. Hati-hati ok?" Efrina mengangguk sahaja sebagai balasan.Dia kemudian terus keluar dari rumah agam tersebut dan motorsikal ninja berkuasa tinggi miliknya di dekati sebelum enjin motor di hidupkan.
MOTORSIKAL Ninja itu berhenti di hadapan satu rumah yang agak usang. Lihat sahaja di luarnya pasti orang-orang yang melihatnya berandaian bahawa rumah ini berhantu. Motor tersebut di letak di situ sebentar namun enjin masih hidup.
Pintu rumah usang itu di bukanya. Dek kerana pintu itu besar, jadi senang dia ingin membawa motornya masuk ke dalam. Setelah motor ninja miliknya di bawa masuk ke dalam rumah usang itu, pintu itu ditutup semula lalu di kunci. Enjin motor di matikan lalu kunci di ambil dan di masukkan ke dalam poket seluar nya. Rambut diikat ala messy hair. Mask di wajah di buka dan topi miliknya turut di buka. Dia berjalan masuk ke dalam rumah yang penuh berhabuk itu.
Kelihatan gelap, namun di sebabkan cahaya bulan yang menerobos masuk dari celah tingkap kaca itu membuatkan ada sedikit cahaya dalam rumah itu. Sedang dia asyik berjalan, kakinya berhenti di hadapan sebuah almari kayu yang agak usang.
Almari itu di bukanya dan terdapat banyak buku tersusun di dalam almari itu. Kesemua buku didalam itu berwarna hitam putih. Mata wanita itu galak menilik kesemua buku di situ sebelum satu buku di tariknya dan serta merta dia terbuka. Pintu rahsia.
Buka sahaja pintu itu, dia terus masuk ke dalam dan automatik pintu rahsia itu tertutup semula. Efrina kembali berjalan dan berhenti di hadapan satu pintu kecil yang sedikit tinggi. Pintu itu dibukanya dan pintu itu tertutup semula. Butang yang berada di tepi pintu itu di tekannya dan perlahan-lahan bergerak kebawah. Ya, ianya adalah lift.
Ting!
Pintu lift mulai terbuka dan...
Mata hazel miliknya memandang sekeliling. Ramai anak buahnya yang sedang sibuk kesana kemari melakukan tugas mereka. Kakinya bergerak berjalan masuk. Bagaikan tahu kehadiran ketua mereka, mereka pantas berhenti dari kerja dan berjalan laju lalu berdiri sebelah menyebelah berbaris panjang. Di tengah-tengah di biarkan kosong sebagai laluan untuk ketua mereka melalui.
Dengan serentak, semua menundukkan tubuh mereka sebagai tanda hormat kepada ketua mereka sebelum tubuh di tegakkan semula.
"Macam mana?"
"Dalam proses signora!" jawab mereka semua serentak. Efrina menganggukkan sedikit kepalanya.
"Bagus teruskan mencari." dia kemudian berjalan meninggalkan mereka semua dan berlalu masuk ke dalam satu bilik khas.Pintu itu di bukanya dan terlihat sahabatnya sudah berada di dalam. Ariani Syaa senyum lebar.
"Yow!" sapanya dengan riang. Efrina gelengkan sahaja kepala melihat Ariani Syaa yang memakai hoodie kucing itu. Terlihat Aleesha Ameera yang sedang sibuk menekan-nekan papan kekunci laptop miliknya."Syaa mana?" soalnya sambil tubuh di sandarkan pada meja di situ.
"Entah. Tengah malam pertama lah tu." ujar Ariani Syaa selamba. Dia kembali menilik senjata-senjata mereka.
"Bodo." sepatah Aleesha Ameera berkata buatkan Ariani mencebik.
"So how?" soal Efrina sambil memeluk tubuhnya."Sedang mencari." jawab Aleesha Ameera.
"Teruskan mencari jangan berhenti. Musuh aku makin lama makin ganas sekarang ni. Dan aku tahu diorang takkan target aku tapi..." dia diam sekejap sebelum menarik nafasnya dalam-dalam sebelum di hembus perlahan."Keluarga aku. Dan, Ani aku nak kau arahkan semua anak buah kita tetap berjaga-jaga. Bila-bila masa sahaja musuh aku boleh serang." ujarnya dengan nada dingin. Ariani mengganguk tanda faham.
Efrina diam. Kepalanya ligat memikirkan rencana untuk menghadapi masalah akan datang tidak lama lagi. Dia sedikit hairan. Kenapa tiba-tiba sahaja gadis itu ingin menyerang dirinya? Itu tersangatlah pelik. Adakah dia pernah melakukan sesuatu sehingga gadis itu ingin membalas dendam?
Tapi, tidak mungkin gadis itu membuat semuanya dengan sendiri. Pasti ada seseorang yang menolongnya. Yang pasti, orang itu bukan calang-calang.
▄︻デнιѕ мαƒια ωιƒє══━一
Something is going on with
My phone smpai tk leh
Ltk gmbr.Btw, sorry pendek.
Don't forget to vote and comments!
YOU ARE READING
HIS MAFIA WIFE. (OG)
Fiksi RemajaEfrina Adleya. Gadis yang berambut perang dan memiliki mata yang unik seperti ibunya. Hazel. Gadis ini merupakan seorang ketua mafia. Dia juga amat di kenali oleh semua orang, dan sesiapa sahaja yang mencari masalah dengannya akan dibunuh. Gadis yan...