▄︻デBab 42══━一

565 43 9
                                    


SPLASH!!

Hazim tersedar saat ada air yang di siram pada wajahnya. Dahinya berkerut-kerut saat merasakan sakit di kepalanya yang masih bersisa kesan hentakan di belakang kepalanya. Matanya memandang sekelilingnya buatkan dia sedar yang dia sudah di culik oleh lelaki ber hoodie!

Hazim berdecit kegeraman. Baru sahaja dia ingin berjalan, dia rasakan kakinya bagaikan di tahan sesuatu. Lelaki itu tundukkan wajahnya dan terlihat kakinya telah diikat oleh besi yang agak besar dan berat. Hazim berasa tidak puas hati. Dia ingin menarik tangannya, namun kedua-dua tangannya turut di gantung pada besi. Hazim mulai meronta-ronta ganas.
"Lepaskan aku lah sial!" jeritnya dengan kemarahan yang meluap-luap.

Seketika, dia teringatkan Sofia. Kepalanya mulai bergerak-gerak melihat sekelilingnya sebelum kepalanya terhenti pada satu tempat di mana ada seorang gadis yang tidak sedarkan diri diikat pada kerusi kayu dan kedua kaki dan tangannya di ikat menggunakan besi.
"Sofia!" laung nya dengan kuat. Berharap gadis itu segera bangun dari pengsan nya. Dan, berjaya.

Kedua mata gadis itu terkebil-kebil memandang sekelilingnya yang terasa sangat asing.
"Tempat apa ni?" soalnya dengan dahi yang berkerut sedikit sebelum mata coklat itu bertembung dengan mata hitam milik Hazim. Membulat mata Sofia melihat ke arahnya.
"Hazim!" Sofia memanggil. Wajah gadis itu mulai berubah panik. Berpeluh-peluh dahi si gadis jadinya.

"Sofia! Kita kena culik! Aku tak tahu siapa, tapi aku harap kau cuba bertenang." kata Hazim dengan mata yang tidak lepas memandang ke arah Sofia. Dia risau akan keadaan gadisnya. Sofia masih dengan wajah paniknya.

Klak!

Bunyi pintu di buka berjaya membuatkan mereka berdua memandang serentak ke arah pintu bilik itu. Terlihat dua orang lelaki masuk ke dalam bilik mereka buatkan serentak menelan air liur masing-masing. Sepasang mata amber keemasan itu hanya memandang tidak perasaan pada pasangan sejoli di hadapannya itu. Dia kemudian berpeluk tubuh lalu melangkah ke arah Hazim. Di renung wajah itu lama sebelum bibirnya mengherot senyuman sinis.

"Hazim... Hazim... Aku tak sangka kau rupanya yang rancang untuk bunuh Efrina ya?" mendengar soalan yang dilontarkan itu, segera wajah Hazim memerah.
"Macam mana kau tahu?" Hazim membalas dengan menyoal. Rahang di ketap kuat.
"Kau Aadyan kan? Aku tak sangka rahsia aku boleh mudah pecah begitu saja." kata Hazim lagi dan merenung wajah tampan di hadapannya itu.

Semerta, jejaka itu melepaskan tawa. Dia rasa kelakar. Dahi Hazim berkerut tidak mengerti.
"Apasal kau gelak ni? Aku tak buat lawak pun lah bodoh!" geram pulak Hazim apabila jejaka di hadapannya tidak habis-habis menertawakan dirinya. Terasa diri di hina. Jejaka itu kemudian menghentikan tawanya yang masih bersisa sebelum berdehem.
"Haih... Susah juga ada kembar seiras ni kan? Musuh pun tak boleh nak cam mana satu Aadyan, mana satu Aaryan." kata jejaka itu dengan bibir yang menyengih sinis.

"Kembar?"
"Yes, twins. Kau silap orang lah bro. Biar aku perkenalkan diri aku. Nama aku, Tengku Aaryan Han. Dan lagi satu tu barulah Tengku Aadyan Han."

"Arghhh!"

Bunyi erangan dari seorang perempuan buatkan Hazim segera memandang. Terbeliak biji matanya melihat tangan Sofia yang sudah di cucuk menggunakan pisau rambo. Gadis itu menangis apabila merasakan sakit yang teramat di tangannya. Darah mulai memancut-mancut keluar dari tangannya yang luka.
"Lepaskan dia lah Aadyan!!!" jerit Hazim kuat. Semakin ganas jejaka itu meronta-ronta dari tempatnya namun langsung tidak dapat melepaskan diri.

Tengku Aadyan mengangkat wajahnya, dan kosong. Wajah tampan itu hanya pamerkan wajah yang kosong. Dia  kemudian memandang Sofia yang masih menangis sebelum berjalan ke arah abang kembarnya. Dan mendekati Hazim.
"Hazim. Apa masalah kau ni? Huh? Dari dulu, sampai sekarang tak habis-habis cetuskan masalah." ujar Tengku Aadyan dingin. Mata coklet cerah itu berubah menjadi gelap. Tajam matanya merenung ke dalam mata hitam Hazim.

HIS MAFIA WIFE. (OG) Where stories live. Discover now