SUNYI. Tengku Aadyan rasakan sekelilingnya berasa sunyi. Bunyi polis yang mengarah polis-polis lain untuk terus mencari isterinya di biarkan. Dia... Tidak sangka dia akan datang selewat ini. Dia suami yang tak guna kan?Dia pandang Aadrian yang sedang lena di dalam pelukan Qiz Aqeel sebelum memandang bukit di hujung sana. Kesemua polis sedang sibuk mencari keberadaan isterinya. Dia tidak tahu ingin bereaksi apa. Tengku Aadyan diam menunduk. Dia pandang tangannya. Ada sedikit getaran di situ. Dia tidak suka akan perasaannya yang satu ini.
Dia kemudian jatuh terduduk.
"Tuan muda!" Louis Vellero pantas mendapatkan tuan mudanya. Dia cuba membantu Tengku Aadyan untuk namun Tengku Aadyan menggelengkan kepalanya beberapa kali. Akhirnya, air mata yang di tahan sedari tadi pecah juga.Dia menangis teresak-esak disitu. Louis yang melihat itu bagaikan risau. Pertama kali melihat tuan mudanya menangis begitu.
"Tuan..."
"Aku gagal Louis! Aku gagal nak selamatkan isteri aku! Yaallah!" esak Tengku Aadyan di situ. Rambutnya di tarik kasar beberapa kali. Qiz Aqeel yang melihat itu pantas mendakap tubuh sahabatnya. Aadrian sudah di beri pada Rayn Zackry."Aadyan jangan macam ni Aadyan! Kau kena ingat ini semua ujian yang Allah beri pada kau, Yan." ucap Qiz Aqeel lembut.
"Tapi kenapa ujian ni terlalu berat Qiz?" soal Tengku Aadyan bersama tangisan yang semakin kuat.
"Aadyan, cara kau cakap seolah-olah kau tak boleh terima dengan ujian yang Tuhan beri. Sepatutnya kau kena kuat, dan teruskan mencari Leya. Kalau masih tak jumpa, kita hanya mampu berdoa semoga Allah pertemukan kita secepat mungkin dengan isteri kau." hujah Qiz Aqeel dengan panjang lebar.Tengku Aadyan diam sebelum mengangguk kecil tanda akur.
TENGKU AARYAN pandang kembarnya yang sedang berada di dalam bilik wad yang terdapat Aadrian di atas katil. Dahi dan tepi pipi budak kecil itu terluka. Hujung bibir turut pecah. Nasib luka anak kecil itu ringan-ringan sahaja. Tak seteruk Efrina.
Tiba-tiba telefon miliknya berdering menandakan panggilan masuk. Pantas sahaja di jawabnya.
"Hm, ada apa?"
"Tuan, dia dah sedar." terus tegak duduk Tengku Aaryan mendengarnya. Telefon di matikan sebelum bergegas pulang ke rumahnya.MATA di gosok beberapa kali apabila penglihatannya sedikit kabur. Leher yang terasa sakit cuba di regangkan sedikit. Dia pandang kedua tangannya. Dahinya berkerut sedikit.
"Tempat apa ni?"Klak!
Bunyi pintu di buka dari luar buatkan dia segera menoleh kesana. Terlihat seorang lelaki sedang masuk ke dalam. Lelaki itu memakai hoodie Nike tanpa lengan dan seluar tracksuit berwarna hitam. Dia pandang wajah itu lama. Seperti pernah nampak... Tapi di mana?
"Kau siapa?" soal Efrina dingin. Mata hazel milik tajam menikam ke dalam mata amber keemasan milik Tengku Aaryan.
"Aku kawan kau." tipu nya. Dahi Efrina berkerut.
"Kawan?"
"Ya, kawan. Kita selalu berkerjasama bila nak serang orang." tipu Aaryan lagi. Dalam hati, dia berdoa semoga wanita itu tidak syak apa-apa.Efrina diam. Dia pandang sekeliling kemudian memandang Aaryan semula.
"Nama... Kau?" soalnya perlahan. Aaryan senyum.
"Aaryan. Tengku Aaryan Han." sengaja dia menyebut nama panjangnya. Kut-kut lah wanita di depannya ini kenal kembarnya itu. Lagipun, nama mereka tidak jauh beza. Hampir dekat.Efrina diam sebelum mengangguk kecil.
"Kalau nama aku?"
"Kau langsung tak ingat semua ke? Kau tak ingat apa yang jadi sebelum ni?" Efrina yang mendengar itu diam. Lalu perlahan-lahan mengangguk sebagai balasan. Tengku Aaryan hampir terkedu. Dia terigat apa yang di katakan oleh dokter peribadinya tadi.Kemungkinan besar, puan muda akan lupa ingatan.
Nampaknya, ianya telah terjadi.
"Nama kau, Efrina. Efrina Adleya." jelasnya.
"Aku tiada hubungan apa-apa ke dengan sesiapa? Tiada keluarga?" soalnya lagi. Tengku Aaryan geleng sebagai balasan. Buat masa sekarang, dia takkan beritahu wanita ini tentang apa-apa. Bila tiba masa yang sesuai, akan di beritahu semuanya."Oh, ok." Efrina terus tunduk kan wajahnya.
"Kau, rehat lah dulu. Nanti kalau kau dah sembuh sepenuhnya, baru kau boleh keluar." Efrina angguk sahaja sebagai balasan. Dengan itu, Tengku Aaryan kemudian keluar dari bilik itu lalu pintu di tutup rapat.
"Macam mana Tuan?" soal dokter peribadinya. Fahim.
"Hm... Dia, betul-betul lupa ingatan. Bila dia boleh sembuh?" soalnya.
"Itu saya tidak tahu tuan." jawab Fahim bersama sengihan kecil.Tengku Aaryan menjeling jejaka itu tajam.
"Hm... Tak apa lah. Kau tolong jaga dia sehingga dia sembuh sepenuhnya." Fahim mengangguk tanda akur dengan arahan Tuannya."BROTHER!" jeritan itu buatkan Axel pantas mengangkat wajahnya dari terus melihat laptop miliknya. Sebelah kening terjongket melihat Alexxa yang sedang berlari ke arahnya dengan riak wajah yang bengis.
"What?"
"I need your help."
"For what?"
"To kill someone!" riak wajah Axel bertukar terkejut. Laptop yang menyala itu di matikan sebelum di letakkan di tepinya."Alexxa, kau jangan nak buat hal dekat Malaysia. Elok-elok momma dah bagi kau datang sini." tegur abangnya. Alexxa mendengus kasar.
"I nak bunuh orang yang dah bunuh Efrina lah!" duduk Axel terus menegak. Tidak percaya dengan apa yang baru sahaja di dengarnya sebentar tadi.
"Efrina... Die?" soalnya bagaikan tak percaya."Yes! Someone just kill her and now i want to kill that bastard!" marahnya.
"Okey i will help you." putusnya. Alexxa tersenyum kegembiraan.
"Oh yeah! Thanks brother!"
TENGKU AADYAN diam memandang atas. Dia pandang Aadrian di sebelahnya yang sedang lena dibuai mimpi. Tangan kanannya perlahan-lahan mengusap lembut kepala anak kecil itu. Dia... Rasakan sunyi apabila isterinya tiada di sisinya.Bagaikan kosong. Dia pandang atas semula. Selalunya, pasti isterinya akan memanjakan dirinya dan tidak berhenti mengusik dirinya. Sekarang, dia rindukan kasih sayang yang di beri dari isterinya. Pelukan, ciuman, hangat tubuh isterinya. Semuanya dia rindukan. Ingin sahaja dia menamatkan hidupnya kerana hampir berputus asa apabila pihak polis langsung tidak menemukan isterinya.
Namun, teringatkan Aadrian, dia batalkan niatnya. Kesian anak kecil ini. Siapa akan menjaga anak kecil ini kalau isterinya sudah tiada? Pasti dia yang menjaganya.
Tanpa sedar, cecair jernih perlahan-lahan mulai mengalir dari tubir matanya. Bibir di kemam rapat agar tidak mengeluarkan bunyi tangisan. Tidak ingin anaknya sedar dari lena. Bantal yang sering di gunakan oleh isterinya di sebelum di tekup pada wajahnya dan tangisan di lepaskan di situ.
Teresak-esak dia menangis bagaikan anak kecil. Sungguh, dia benar-benar rindukan isterinya.
"Wifey... Balik lah... Saya rindu awak hiks..." esaknya. Bantal yang berada di tangannya semakin dieratkan.▄︻デнιѕ мαƒια ωιƒє══━一
Mcm biasa, fon ad mslh smpai tkleh letak gmbr.
Enjoy this bab geys!
Ada sesiapa yg rindu efrina ke?
Tkde nk pujuk Aadyan ke? Hoho!
Bye guys, jmpa Sabtu ahad blik.
Insyallah, sye cuba sehabis mungkin untuk tamatkn cerita ni. Bila dh complate, segala typo dan kesalahan bahasa akan sya check semula dan ubah suai.
Bye syg ii sya!
Don't forget to vote and comments!
Lagi 15 bab!
YOU ARE READING
HIS MAFIA WIFE. (OG)
Teen FictionEfrina Adleya. Gadis yang berambut perang dan memiliki mata yang unik seperti ibunya. Hazel. Gadis ini merupakan seorang ketua mafia. Dia juga amat di kenali oleh semua orang, dan sesiapa sahaja yang mencari masalah dengannya akan dibunuh. Gadis yan...